in

Fizo Omar Keluar Dari Pengurusan MIG

Pelakon Fizo Omar telah membuat keputusan meninggalkan syarikat pengurusannya Metrowealth International Group (MIG) sejak minggu lalu kerana ingin memberi fokus kepada perniagaan yang sedang diusahakan.

Fizo, 27, berkata, dia tidak berhasrat menyambung kontrak bersama syarikat produksi itu selepas dua tahun kerana komitmennya dalam bidang perniagaan selain enggan memberi masalah kepada mereka.

Fizo Omar

“Fokus saya bukan tertumpu kepada bidang lakonan sahaja tetapi beberapa perniagaan yang sedang saya usahakan selain bidang pengacaraan. Saya sedar jadual saya akan padat dengan pelbagai tanggungjawab jadi rasanya lebih baik saya bergerak sendiri dan tidak menyusahkan pihak MIG.”

Fizo ditemui selepas mencuba baju Melayu tajaan daripada Lord’s Tailor di sini pada Rabu.

Tambah Fizo, Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo juga memahami keputusannya itu namun dia akan tetap bekerjasama jika mendapat tawaran sesuai dengan jadualnya.

“David sendiri merupakan seorang ahli perniagaan dan dia faham apabila saya jelaskan mengapa saya mahu bergerak sendiri. Bagaimanapun jika ada rezeki saya akan terus bekerjasama dengan MIG. Tambahan pula MIG banyak berjasa dengan saya sehingga berada di tahap sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, Fizo berkata, dia bakal menubuhkan syarikat produksinya sendiri iaitu F1ZO Enterprise yang bukan sahaja memfokuskan kepada penerbitan program tetapi juga terhadap promosi sosial media dan pemasaran makanan.

Menurut Fizo, dia memang telah berhasrat untuk menubuhkan sebuah syarikat sendiri sebagai salah satu jaminan masa hadapannya.

“Ini adalah perancangan lima tahun saya dan ia perlu dimulakan sekarang sebagai persediaan untuk masa akan datang,” katanya yang tidak merancang meninggalkan dunia lakonan.”

Dalam perkembangan lain, Fizo memberitahu dia akan pulang menyambut Syawal ke kampung halamannya di Kelantan selepas mengendalikan program Nasi Lemak Kopi O di TV9 pada Hari Raya pertama. via Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ucapan Salam Aidilfitri 2012 dari Dato’ Siti Nurhaliza

Aaron Aziz & Nadiya Nissa Kena Tangkap Basah?