Emelda Terajui Konsert Gadis Semasa Sunsilk

Melda menerajui Konsert Gadis Semasa Sunsilk
Berbekalkan keyakinan, kecantikan dan semangat membara, realiti Melda menjangkaui segala impian beliau

Pada jam 3 petang 9 Mac 2011, Budiey telah hadir di Sidang Media Konsert Gadis Semasa Sunsilk yang diadakan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. Tahniah buat Emelda yang telah diberi peluang sekali lagi, kali ini dalam rangka dan ruang yang lebih iaitu dapat tampil menerajui sebuah konsert bersama dengan Ella, Hujan, One Nation Emcees dan Yuna.

Sama ada ia satu rahsia atau diketahui umum, setiap insan ingin menjadikan impian mereka satu kenyataan dan bagi Melda Ahmad, ia bakal terjadi tidak lama lagi.

IMG_4922

Melda Ahmad. Dulu PUTUS, kini Aku Adalah AKu

Melda Ahmad tidak pernah menyangka akan diberi peluang sekali seumur hidup ini; diasuh untuk menjadikan impian beliau satu realiti. Sebagai pengiktirafan ke atas bakat dan semangat beliau terhadap muzik, Sunsilk, salah satu daripada jenama penjagaan rambut paling lama dan terbesar di dunia, telah memilih Melda untuk menjadi Gadis Semasa Sunsilk. Bertujuan meningkatkan gaya peribadi wanita muda, membolehkan mereka mencapai potensi penuh dan mengalami kehidupan yang menarik dengan penuh keyakinan, Konsert Gadis Semasa Sunsilk adalah platform di mana impian Melda menjadi realiti.

Suatu jenama yang sinonim dengan kesempurnaan melalui sentuhan pakar, kolaborasi Sunsilk dengan tiga pakar industri terkenal telah memberikan Melda bukan hanya nasihat pakar tetapi turut menyediakan jurulatih untuk kehidupan. Pemangku mentor, Ajai, sebagai pakar vokal terkemuka; Wardina, pakar personaliti TV popular serta Bambang Soteto, pakar dandanan diri dan Sunsilk menjadi pemangkin kepada pertumbuhan Melda yang menjadikan impian beliau satu realiti.

Pengurus Jenama Sunsilk, Malaysia, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd’s, Emily Chong berkata, “Falsafah Sunsilk adalah memberikan sentuhan pakar kepada wanita biasa dan inilah sebabnya kami telah bekerjasama dengan tujuh pakar rambut paling terkemuka di dunia bagi mewujudkan rangkaian Sunsilk Co-Creation kami. Bagi menghidupkan konsep ini, kami bekerjasama dengan pakar-pakar tempatan bagi menggalakkan perkembangan Melda secara menyeluruh. Bimbingan berterusan daripada Ajai, Bambang dan Wardina membantu Melda mengembangkan muzik, kecantikan dan keyakinan untuk mengejar impian beliau.”

Melda bekerja rapat dengan Ajai untuk memperhalusi bakat muzik beliau. Bukan itu sahaja, waktu yang diluangkan bersama Ajai telah melahirkan satu lagu baru, Aku Adalah Aku, yang dikarang Melda untuk bahagian terakhir perjalanannya.

Gelaran lagu dan lirik-lirik lagu sememangnya berkuasa. Ia adalah gubahan yang cukup menarik dan mewakili pengalamannya bersama Sunsilk dan pakar-pakar yang telah melatihnya supaya yakin untuk mengekspresi dirinya yang sebenar.

IMG_4925

“Dengan bantuan inisiatif Gadis Semasa Sunsilk, Melda telah berkembang menjadi seorang yang tidak takut mengejar semangat membaranya. Keazaman Melda mengejar impiannya dengan semangat membara dan keyakinan untuk menikmati kehidupan dengan sepenuhnya telah dikecapi dalam lagu ini dengan penuh emosi. Kami percaya Aku Adalah Aku adalah satu lagu yang boleh dihayati dan memberi inspirasi kepada jutaan pendengarnya,” tambah Chong.

Semakin hampir kepada penghujung perjalanan beliau sebagai Gadis Semasa Sunsilk, Melda kini bersedia untuk bab terakhir. Apabila beliau mengambil langkah terakhir ke arah memenuhi impian beliau, Melda akan menjadi untuk pertama kali penyanyi utama Konsert Gadis Semasa Sunsilk yang bakal berlangsung pada hari Sabtu, 16 April 2011.

“Perjalanan sebagai Gadis Semasa Sunsilk tidak terungkap dengan kata-kata. Pengalaman serta pembelajaran yang saya terima jauh lebih bernilai daripada perjalanan saya di masa depan. Sunsilk bukan hanya memberi inspirasi malah memberikan keberanian untuk hidup dan mengekspresikan diri dengan yakin serta membakar minat saya terhadap muzik. Keghairahan saya untuk konsert ini serta peluang membuat persembahan bersama veteran-veteran industri muzik hampir tidak terbendung. Ini adalah satu cara yang menyeronokkan untuk berhubung dan berkongsi muzik saya dengan para peminat yang telah menyokong saya selama ini,” terang Melda Ahmad.

Memberikan persembahan secara langsung, Melda akan mendendangkan lagu-lagu sebelumnya, Putus dan Kimia, tetapi yang lebih menuja ialah Melda akan memperkenalkan lagu baru beliau Aku Adalah Aku kepada orang ramai. Turut bersama beliau di pentas adalah legenda muzik popular dan artis-artis berbakat seperti Ella, Hujan, One Nation Emcees dan Yuna.

Peminat-peminat yang ingin melihat Melda Ahmad membuat persembahan pertamanya secara langsung boleh mendapatkan tiket konsert di roadshow Gadis Semasa Sunsilk seluruh negara. Melda Ahmad bersama pelakon-pelakon lain Gadis Semasa Sunsilk turut mendampinginya untuk bertemu dan menyambut peminat-peminat ketika mengedarkan tiket konsertnya.

Di samping itu, dengan setiap pembelian mana-mana produk Sunsilk bernilai lebih RM15, pelanggan berpeluang untuk memenangi syampu dan perapi Sunsilk, CD, tiket konsert Gadis Semasa Sunsilk dan pak percutian eklusif Sunsilk. Jadi pastikan semua berada di lokasi-lokasi ini.
• Pantai Timor Hyper Kota Bharu, Mac 18 &19, 10.30am – 10pm
• Tunas Manja, Kuantan, Mac 26 &27, 10.30am – 10pm
• Mydin, Kuala Terengganu, April 1 & 2, 10.30am – 10pm
• Giant Batu Caves, Central, April 2 & 3, 10.30am – 10pm

Tambahan lagi, Aku Adalah Aku juga akan dijadikan nada dering muat turun bagi peminat yang benar-benar menggemari lagu menyentuh kalbu Melda. Setiap trek disediakan melalui laman web Maxis, Celcom, Digi dan U Mobile.

Gadis Semasa Sunsilk telah mempamerkan konflik dalaman, kisah cinta, cabaran persahabatan, perkembangan peribadi serta perubahan hidup Melda dan audien di seluruh negara telah terpukau dengan setiap episod sejak 11 Januari 2011. Bagi menyaksikan penghujung perjalanan Melda sebagai Gadis Semasa Sunsilk, tontonilah saluran TV3 pada setiap hari Selasa pada jam 6ptg.

Sila layari www.facebook.com/GadisSemasaSunsilk untuk menyaksikan episod-episod lepas dan mengikuti perkembangan serta peristiwa terkini Gadis Semasa Sunsilk dan maklumat tiket konsert Gadis Semasa Sunsilk.

IMG_4914

IMG_4917

IMG_4923

IMG_4934

IMG_4935

IMG_4944

IMG_4947

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

10 THINGS I HATE ABOUT YOU di 8TV

Gambar Selebriti di Prebiu Media Filem Dalam Botol