in

10 THINGS I HATE ABOUT YOU di 8TV

KEHIDUPAN GADIS REMAJA DALAM 10 THINGS I HATE ABOUT YOU MUSIM KE-2 HANYA DI 8TV

TARIKH SIARAN: 10 MAC 2011 (SETIAP KHAMIS)

MASA: 9.30 MALAM
EPISOD: 10
BAHASA: INGGERIS

Sudahkan anda bersedia menyaksikan kisah pergolakan kehidupan remaja yang penuh dengan drama dan gosip? 8TV membawakan kepada anda musim terbaru 10 THINGS I HATE ABOUT YOU yang bakal disiarkan Mac ini. Anda telah menyaksikan kisah dua anak gadis Dr. Walter Stratford; Kat dan Bianca dalam musim pertama. Kini mereka kembali dengan lebih banyak cerita menarik yang pasti membuat anda terus melekat di kaca televisyen masing-masing.

image001

Musim terbaru ini bermula dengan kisah Bianca yang cemas apabila video rakaman beliau dan Joey tersebar. Bianca memaksa Joey mengambil kuncil bilik Cameron untuk mendapatkan rakaman video tersebut dan memadamnya. Namun segala rancangan mereka gagal apabila Joey ditangkap kerana memecah masuk bilik Cameron. Apa yang bakal terjadi kepada Bianca? Adakah Chasity akan mengetahui apa yang terjadi di antara Bianca dengan Joey? Segalanya bakal terjawab dalam musim terbaru 10 THINGS I HATE ABOUT YOU.

Kat pula digantung sekolah kerana satu insiden yang menyebabkan harta benda sekolah rosak. Kat juga memberi alasan kepada bapanya yang insiden itu berlaku gara-gara kerana beliau ingin menyelamatkan seorang kanak-kanak namun sebenarnya ada cerita lain di sebalik kisah ini. Bagaimana Kat berdepan dengan apa yang terjadi dengan kehidupannya? Adakah insiden ini akan memusnahkan impian beliau untuk menyambung pelajaran ke kolej yang cukup berprestij?

“Drama bersiri ini bakal membawa anda ke satu perjalanan yang sangat menghiburkan tentang kisah keluarga, perhubungan antara anak dan bapa, persahabatan, cinta remaja dan banyak lagi!” ujar Airin Zainul, Pengurus Besar 8TV.

10THINGSIHATEABOUTYOU_Y2_018_001

Airin menambah “Siri ini tidak hanya memberikan hiburan tetapi banyak menerapkan nilai-nilai murni yang perlu ada dalam sesebuah keluarga,”

Pastikan anda menonton 10 THINGS I HATE ABOUT YOU musim ke-2 kerana musim ini memaparkan banyak persaingan yang berlaku di antara Bianca dan Chasity. Selain itu, musim ini juga bakal merungkai misteri tentang Patrick dan apa yang berlaku di antara beliau dan Kat.

Dibintangi barisan pelakon popular antaranya Larry Miller, Lindsey Shaw, Meaghan Jette Martin, Dana Davis serta Ethan Peck, drama bersiri 10 THINGS I HATE ABOUT YOU sarat dengan gosip, drama, konspirasi dan kehidupan dan kisah cinta anak muda.

Saksikan musim terbaru 10 THINGS I HATE ABOUT YOU setiap Khamis, jam 9.30 malam bermula 10 Mac 2011 di saluran hip 8TV! 8TV juga boleh ditonton menerusi saluran 708 di Astro. Anda juga boleh menonton rancangan kegemaran anda menerusi laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my. Jika anda terlalu sibuk dengan urusan harian, anda masih boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aktiviti & Sukan Lasak dalam Remaja Ekstrem

Emelda Terajui Konsert Gadis Semasa Sunsilk