in , ,

Gambar Selebriti di Prebiu Media Filem Dalam Botol

Semalam (9 Mac 2011) telah berlangsung Media Prebiu Filem Anu Dalam Botol atau sekarang ini telah pun dibuang ANU di depan menjadikan …Dalam Botol. Event yang agak meriah dan grand ini diadakan di GSC Signature, The Gardens, Mid Valley City, Kuala Lumpur pada jam 8 malam.

Filem ini diedarkan oleh MIG Metrowealth.

Filem ini dianggap agak taboo kerana ia membicarakan tentang dunia gay dan homoseksual yang sebenarnya berlaku dalam realiti mana-mana masyarakat di dunia ni. Ironinya, filem ini adalah sebuah filem yang diadaptasi dari kisah benar. Bagi Raja Azmi, pengarah yang kini digelar dengan jolokan sebagai pengarah kontroversi Malaysia ini, penghasilan filem ini bukan satu kerja mudah. Ianya terpaksa ditapis oleh semua pihak yang berkenaan.

Bermula dengan kisah yang disampaikan sendiri oleh sahabat lama yang mencurah rahsia hati sehinggalah Raja Azmi mengutarakan tentang niatnya untuk menghasilkan filem ini kepada kawan-kawan dan wartawan, pengarah ini tak lepas dari dilemparkan sindirin dan teguran.

Setelah niatnya itu diketahui umum, JAKIM pun menegur. Lalu, Raja Azmi buat keputusan untuk bersemuka dengan JAKIM. Setelah diteliti skrip asal, JAKIM menasihati Raja Azmi tentang beberapa isu dan Raja Azmi menerimanya dengan terbuka.

Kemudian, Raja Azmi hantar pula kepada LPF. Nasib baik Lembaga Penapisan Filem (LPF) menyambut kehadiran kertas skrip Raja Azmi dengan baik. Cuma beliau dinasihatkan supaya tidak menggunakan perkataan ANU dalam tajuk filem ini.

Pencarian pelakon bermula pada tahun 2009 dengan mengadakan beberapa ujibakat dan casting. Pengambaran pula bermula pada 6 Disember 2009 dan tamat pada 3 Januari 2010. Proses penyuntingan dibuat di FInas selesai pada Mei 2010. Kemudian diteruskan dengan proses pos produksi. Filem Dalam Botol akhirnya siap pada September 2010 dan dihantar ke LPF.

Setelah mendapat kelulusan LPF, filem ini dihantar pula ke FInas untuk proses Wajib Tayang. Akhirnya mendapat dapat Wajib Tayang dan tarikh penayangan kepada umum ialah pada 24 Mac 2010.

Filem …Dalam Botol mendapat perhatian dari pihak Library of Congress, Washington D.C yang mana mereka meminta salinan file mini untuk simpanan di sana. Majlis prebiu semalam juga telah menyaksikan majlis penyampaian salinan filem …Dalam Botol kepada Library of Congress, Washington D.C melalui wakilnya di US Embassy Kuala Lumpur.

Ini gambar beberapa orang selebriti dan pelakon yang sempat Budiey snap. Enjoyz!

Anu Dalam Botol

Ruby bersama kekasihnya

Anu Dalam Botol

Rosnan, pelakon filem ini yang memegang watak Jem, kawan kepada Ruby (Arja Lee)

Anu Dalam Botol

Lakonan Wan Raja sangat bersahaja

Anu Dalam Botol

Wajah Arja Lee ada iras-iras Shahz Jaszle

Anu Dalam Botol

Raja Azmi dengan wajah girang ceria dan beliau rasa sangat lega tapi neves katanya.

Anu Dalam Botol

Raja Azmi dan Khir Rahman

Anu Dalam Botol

Khir Rahman diapit oleh Arja Lee dan Wan Raja

Anu Dalam Botol

Anu Dalam Botol

Ad, artis dibawah naungan MIG

Anu Dalam Botol

Ogy Ahmad Daud, ibu kepada Dina lakonan Diana Danielle

Anu Dalam Botol

Aqasha

Anu Dalam Botol

Lisa Surihani pun ada datang

Anu Dalam Botol

Penulis skrip dan lakon layar filem ini, Khir Rahman bersama isterinya, Siti Jasmina juga penulis skrip drama tempatan.

Anu Dalam Botol

Betty Benafe

Anu Dalam Botol

Khir Rahman dan famili

Anu Dalam Botol

Siti Gadis Melayu pun ada

Anu Dalam Botol

Pekin

Anu Dalam Botol

Pelakon Normah Damanhury sangat berkarakter. Ibu kepada Ruby. Suka lakonan dia!

Anu Dalam Botol

Bersama anak-anak beliau.

Anu Dalam Botol

Tam Suhaimi

Anu Dalam Botol

Intan Ladyana

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Emelda Terajui Konsert Gadis Semasa Sunsilk

AirAsia Launches Direct Kuala Lumpur Palembang Flights