in

EGA A LUDJEMBERG DAN ARYANI FITIRNA DALAM DRAMA OLIVIA

SLOT ASEAN DELIGHT : OLIVIA, SETIAP ISNIN HINGGA KHAMIS, JAM 6.00 PETANG DI RTM2

Ruang santai petang hari anda pastinya lebih bermakna sekiranya anda meluangkan masa menyaksikan drama bersiri terbaharu Indonesia yang sarat aksi lucu dengan plot cerita menghiburkan menerusi Olivia mengisi slot Asean Delight, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.00 petang menerusi RTM2.

Dengan mengetengahkan lakonan mantap pelakon kacak dan ternama Rafi Ahmad bergandingan dengan Velove Vexia yang cantik dan kecil molek membawakan watak sepasang kembar yang menimbulkan huru-hara apabila si adik perempuan terpaksa menyamar sebagai si abang demi menyelamatkan keadaan. Selain turut dibantu lakonan Ega A Ludjemberg dan Aryani Fitirna.

Olivia mengisahkan tentang Olivia, seorang gadis muda yang memiliki segala-galanya. Olivia mempunyai seorang abang kembar bernama Ruben. Olivia meminati bola sepak, manakala Ruben pula meminati muzik.

Ruben telah meninggalkan rumahnya secara rahsia untuk menghadiri sesi ujibakat. Demi membantu Ruben, Olivia telah menyamar sebagai lelaki dan dengan kesempatan itu, dia cuba menyertai pasukan bola sepak di sekolahnya.

Olivia terpaksa mengubah penampilan dan gayanya sebagai seorang lelaki. Olivia terpaksa menghadapi banyak kesulitan ketika menyamar sebagai Ruben di sekolah. Tetapi, dia dapat menghadapinya dengan bantuan rakan-rakannya. Sikap Olivia yang aneh di sekolah telah menyebabkan Justin mencurigainya.

Oleh itu, dia cuba merapatkan hubungan Justin dan Chelsea demi menyembunyikan penyamarannya. Chelsea sebenarnya menyukai Olivia, dan Olivia mula menyukai Justin.

Rafi Ahmad

EVA

Kepulangan Ruben akhirnya telah membongkarkan segala-galanya dan menimbulkan kekecohan di antara mereka. Pertandingan bola sepak juga hampir dibatalkan setelah mereka mengetahui status sebenar Olivia.

Namun, jurulatih telah membantu Olivia dan pertandingan bola sepak diteruskan semula. Dan akhirnya, Olivia telah menyumbangkan kemenangan untuk pasukannya. Justin tetap bersikap dingin terhadap Olivia. Ketika ibu Olivia ingin memperkenalkan Olivia kepada Faizal, Justin datang untuk menyatakan cintanya terhadap Olivia.

Untuk mengetahui siapakah jejaka yang menjadi pilihan Olivia, jangan ketinggalan janji temu anda menyaksikan Olivia mengisi slot Asean Delight, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.00 petang menerusi RTM2 yang dijamin mampu menghidupkan situasi petang anda sekeluarga.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KATHY AZEAN, WAN SUHAIMI, KENCANA DEWI DALAM SERUNDING BAKUL ROTAN

DRAMA NOKTAH DENDAM DAN DRAMA GILA DI RTM2