in

KATHY AZEAN, WAN SUHAIMI, KENCANA DEWI DALAM SERUNDING BAKUL ROTAN

RANCANGAN KHAS AIDILFITRI : SERUNDING BAKUL ROTAN, 29 SEPTEMBER 2008 ( ISNIN ), JAM 10.00 PAGI.

Ramadan kali ini menyaksikan variasi jenis drama yang menarik disajikan khas buat tatapan para peminat setia RTM2. Tidak ketinggalan lakonan mantap para pelakon yang bisa mencuit hati para penonton. Begitulah intipati sebuah telemovie khas menjelang Hari Raya Aidilfitri “Serunding Bakul Rotan”. Telemovie khas ini akan disiarkan pada 29 September 2008 (Isnin), pada jam 10.00 pagi. Sebuah drama komedi yang pastinya membuat penonton tidak kering gusi disamping menyelitkan nilai-nilai murni buat dijadikan pengajaran.

Telemovie khas terbitan syarikat Enuja Production Sdn. Bhd. ini membariskan beberapa pelakon komedi terkenal tanah air. Antaranya, Liza Abdullah, Hamid Gurkha, Kathy Azean, Wan Suhaimi, Kencana Dewi, Mak Jah dan Ropi Cecupak.

Drama komedi ini mengisahkan Zura (Liza Abdullah) pulang ke kampung halaman bagi menyambut kedatangan bulan Ramadhan dan meraikan Syawal yang bakal tiba. Zura adalah seorang balu kepada seorang lelaki yang kaya. Mereka bekerja di sebuah syarikat milik mereka bersama. Namun, syarikat itu menanggung tunggakan hutang pinjamannya yang terlalu banyak hingga mencecah nilai ratusan ribu ringgit.

Zura akhirnya terpaksa menyerahkan semua saham syarikat dan rumah banglo milik syarikat bagi memenuhi permintaan rakan kongsi dan ahli Lembaga Pengarah yang telah bersetuju memansuhkan segala hutangnya.

Kepulangan Zura ke kampung disambut meriah oleh Mak Usu Tipah yang merupakan adik bongsu arwah ibunya. Kecantikan paras rupa mereka berdua menarik perhatian orang-orang kampung. Mak Usu Tipah menukar segala perabot baru di rumahnya yang dibayar secara ansuran dari kedai Mansur. Hal ini kerana dia beranggapan yang Zura merupakan seorang janda kaya. Keadaan menjadi semakin sukar apabila Zura tidak mempunyai wang untuk membayar hutang .Mujurlah Mansur yang baik hati tidak mendesak Zura kerana dia menyimpan hasrat untu bersua dengan Zura lagi.

Mary, rakan sekolah Zura juga ada menyimpan hati terhadap Mansur. Kepulangan Zura benar-benar mencabar dirinya dan perasaan cemburunya semakin membuak-buak, lantas dia bertindak menghasut wanita-wanita lain supaya membenci dan memusuhi Zura.

Di atas nasihat Mansur, Zura akhirnya berjaya membuka sebuah perniaagaan kecil-kecilan di Pasar Ramadhan menjual serunding. Zura disarankan supaya berjumpa dengan Penghulu Selamat iaitu Pengerusi JKKK ( Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) untuk mendapatkan bantuan dalam perniagaan kecilan.

Ikutilah kisah selanjutnya dimana keadaan menjadi haru biru dengan kemunculan Husin yang turut ingin mencuri hati Zura. Pada masa yang sama Zura terpaksa meredakan persaingan antara mereka berdua apabila Zura mendapat idea memperkembangkan perniagaannya menjual serundingnya di dalam bakul rotan. Telatah Penghulu Selamat juga tidak kurang hebatnya dalam drama komedi ini. Ketahuilah kesudahan nasib mereka. Siapakah jejaka bertuah yang berjaya menawan hati Zura?. Bagaimanakah kesudahan perniagaan serunding Zura ?

Tontonilah telemovie khas Aidilfitri yang menarik ini yang akan disiarkan pada 29 September 2008 (Isnin), jam 10.00 pagi di RTM2, Saluran Famili Anda.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SERINA RIDZUAWAN, ZACK KOOL DALAM DRAMA RODA-RODA KL

EGA A LUDJEMBERG DAN ARYANI FITIRNA DALAM DRAMA OLIVIA