in

Drama Bersiri THE FOUR di 8TV

THE FOUR
Bakal Menemui Anda di 8TV!

Slot Best of TVB
The Four
Hari/Masa siaran: Isnin – Jumaat, 7pm – 8pm
Tarikh siaran: 8 Oktober 2010 – 11 November 2010
Bahasa: Kantonis
Jumlah episod: 25 x 60 minit

Pelakon: Raymond Lam, Ron Ng, Ma Kwok Ming, Sammul Chan, Lam Ka Wah, Kate Tsui, Lee Sze Wan, Chan Shan Chung

Sebuah drama bersiri yang paling ditunggu oleh peminat seni mempertahankan diri, akhirnya muncul di kaca TV anda, apabila slot Best of the East membawakan kepada anda THE FOUR secara eksklusif di 8TV! THE FOUR mula bersiaran pada 8 Oktober 2010, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam.

image001

Siri ini diadaptasikan daripada novel seni mempertahankan diri yang popular karya Wen Ruian, The Four Great Constables. Menceritakan tentang empat konstabel hebat – “Heartless”, “Iron Fist”, “Chaser” dan “Cold Blood”. Mereka bekerjasama dalam menyelesaikan kes-kes dan juga cubaan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Dinasti Song yang tercemar.

Seorang yang dingin dan bijak, Mo Ching (Raymond Lam) sememangnya lumpuh sejak kecil. Dia bernasib baik kerana bertemu Ketua Biro Syerif, Chu Kot Ching Ngo (Lam Ka Wah), yang mengajarnya untuk menggunakan senjata rahsia. Chu yang sebelum ini pernah menolong Maharaja Song mendapatkan semula risalah berharga yang hilang, telah diberi ganjaran dengan pembukaan semula Jabatan Konstabel yang berstatus tinggi. Dia kemudian merekrut Zui Mang (Sammul Chan), penipu licik, Tit Sau (Ma Kwok Ming), lelaki jujur, dan pembunuh kejam Lang Huyt (Ron Ng), bersama mereka digelar sebagai THE FOUR.

Plot semakin mendalam apabila Mo Ching belajar menjadi seorang yang kurang bersifat bongkak, dan mendapati dirinya jatuh cinta dengan tabib herba, Song Chi Yin (Kate Tsui), tanpa diketahuinya Chi Yin mempunyai agenda untuk memecah-belahkan THE FOUR dan mengeruhkan hubungan antara Mo Ching dan Tit Sau. Menteri yang penuh kepura-puraan, Choi King mempunyai rancangan untuk melakukan pemberontakan kepada Dinasti Song. Chu berkorban demi menggagalkan rancangan mereka, tetapi dia juga turut membuatkan hubungannya dalam THE FOUR ke ambang kemusnahan.

“Sebuah drama bersiri yang pasti berbaloi untuk ditonton! Babak aksi dan perlawanan pasti membuatkan penonton terhibur,” ujar Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim. Tambah beliau, “Penonton juga pasti berpuas hati dengan aksi seni mempertahankan diri yang terbaik, kerana ini merupakan program berbahasa cina yang pasti membuatkan penonton melekat di kaca TV setiap minggu!”

Pastikan anda membuat temujanji bersama THE FOUR, setiap Isnin hingga Jumaat bermula pada 8 Oktober 2010, pukul 7.00 malam, secara eksklusif di 8TV.

8TV juga terdapat di saluran Astro 708. Jika anda tidak sempat menonton rancangan kegemaran anda di tv, kini anda boleh menonton semula program-program ini menerusi ‘Catch Up’ www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau layari mobile.8tv.com.my untuk menonton program-program menarik di telefon bimbit anda.

rsd-The Four (2)

rsd-The Four (9)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dokumentari Lambaian Kaabah di TV1

CSI: NEW YORK Musim ke-4 di 8TV