in ,

Drama 21 Jump Street Lakonan Johnny Depp di 8TV

Satu lagi drama bersiri yang menarik dari tahun 90-an! 8TV dengan bangganya mempersembahkan 21 Jump Street yang akan mula ditayangkan di kaca televisyen anda bermula 15 November 2008 jam 11.45 malam hanya di 8TV!

21 Jump Street adalah sebuah drama bersiri yang dimajukan oleh Fox Network. Drama bersiri tersebut telah diterbitkan oleh Stephen J. Cannell Productions yang telah juga menerbitkan drama bersiri seperti The A-Team dan The Rockford Files.

Pelakon-pelakon drama bersiri ini termasuklah Johnny Depp sebagai Officer Thomas “Tom” Hanson Jr., Holly Robinson sebagai Officer Judith “Judy” Anne Hoffs, Dustin Nguyen sebagai Officer Douglas “Doug” Penhall dan Frederic Forrest sebagai Captain Richard Jenko.

Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Cik Lam Swee Kim menyatakan pendapatnya mengenai program TV terbaru ini, “21 Jump Street merupakan salah satu lagi drama bersiri menarik dari tahun 90-an. Drama ini juga telah memenangi beberapa pingat seperti Best Drama Series (Television) untuk Imagen Award (1988) dan Best Young Actor bagi Young Artist Award (1988), kami pasti drama bersiri ini akan diminati oleh para penonton kami. Para penonton kami akan dapat menghayati drama tersebut kerana masalah-masalah dan isu yang ditonjolkan dalam drama tersebut mengelilingi kehidupan para remaja,” tambah Kim lagi.

21 Jump Street adalah pusat operasi sekumpulan pegawai polis yang merupakan pakar dan spesialis dalam isu-isu yang membabitkan para remaja. Setiap ahli pegawai polis Jump Street telah dipilih kerana paras rupa mereka yang muda seperti pelajar-pelajar sekolah menengah dan kolej. Oleh kerana paras rupa tersebut, ini membenarkan mereka untuk beroperasi secara rahsia di kawasan-kawasan yang sukar bagi pegawai polis biasa untuk beroperasi tanpa disedari.   

Plot-plot drama bersiri ini berputar dikalangan isu-isu seperti penyalahgunaan alkohol, penyalahgunaan dadah, isu perkauman, AIDS, penderaan kanak-kanak dan gangguan seksual. Dipenuhi dengan plot-plot yang menarik, jangan lupa untuk bersama-sama dengan rakan-rakan anda dan tontonilah 21 Jump Street mula pada 15 November 2008 jam 11.45malam! 8TV juga boleh ditontoni menerusi saluran 708 di Astro.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Norkhiriah Ahmad Shapie di Anugerah Oscar 2008

Kong : Return To The Jungle Dragon Metal Ages Kiddo The Super Truck di RTM