Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









David Arumugam dan Khadijah Ibrahim Dapat Gelaran Datuk



Tahniah buat David Arumugam dan Khadijah Ibrahim sebab dah dapat gelaran Datuk.

PEKAN: Dua penyanyi popular tanah air, David Arumugam dan Khadijah Ibrahim, hari ini dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun hari keputeraan ke-78 Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah pada 24 Okt lepas.

David atau nama sebenarnya Thiagarajan K.R. Arumugam dan Khadijah adalah antara 66 penerima darjah DIMP yang menerima anugerah masingmasing daripada baginda dalam satu istiadat di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini. David merupakan penyanyi utama kumpulan Alleycats manakala Khadijah berkecimpung lebih 30 tahun dalam industri hiburan tanah air.

Ketika ditemui, David berkata anugerah itu merupakan satu penghargaan kepada kumpulan Alleycats yang telah berkecimpung dalam industri hiburan tanah air selama hampir 40 tahun.

“Anugerah ini adalah untuk para peminat kumpulan Alleycats, terima kasih,” kata David.

Mendahului senarai penerima pada istiadat hari ini ialah tiga menteri kabinet iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Zin Mohamed dan Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai yang masingmasing menerima Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah peringkat pertama, Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP), yang membawa gelaran “Datuk Seri”. 

Yang turut menerima SSAP ialah Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin dan Pengarah Urusan Malaysia Steel Works Bhd, Tai Hean Leng.

Pada istiadat itu juga, tiga orang menerima darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) dan lapan penerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk, manakala empat orang menerima Darjah Setia Ahmad Shah (SAP), 13 menerima Darjah Setia Mahkota Pahang (SMP), sembilan menerima Darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), tujuh menerima Darjah Ahli Mahkota Pahang (AMP), tujuh lagi menerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), 14 menerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan 23 menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK). BERNAMA

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • David Arumugam Alleycats Terima Pingat Johan Setia Mahkota
  • Khadijah Ibrahim: Pearl Anniversary Concerts at Dewan Filharmonik PETRONAS
  • Dato’ Khadijah Ibrahim Pengacara Resipi Nikmat Kehidupan
  • Gelaran Datuk Kepada Shah Rukh Khan Timbul Isu?
  • Komposer Lagu Ku Pendam Sebuah Duka Meninggal Dunia
  • Siti Nurhaliza di Konsert Setiakawan 2 @ Dataran Merdeka Malam Ini
  • Concert Khadijah Ibrahim at Dewan Filharmonik PETRONAS
  • AC Mizal & Eizlan Yusof Dapat Gelaran Datuk
  • Farah Asyikin & Dayang Nurfaizah Jayakan Diva 2 Era
  • Gambar Rafidah Ibrahim di Red Carpet ASK 2011



    • permatacunz

      alhamdulilah , they deseved it , syabas kepada mereka, hopefully lagi ramai artis malaysia yg akan terpilih pada masa akan datang

    • june

      tahniah2…mmg harus diberikan penghargaan pada meka2 ni..

    • T Pah

      Tahniah kepada mereka, moga anugerah ini akan menyuntik semangat mereka untuk lebih maju lagi

    • http://murad-skin-care.blogspot.com/ apai

      tahniah…
      semoga kejayaan bersama2 anda..
      teruskan usaha anda..

    • rEENA

      congrats, this is for Loga. Long live ALLEYCATS ! Congrats Khaty. U guyz deserved it. Sepatutnya artis2 lebih dihargai drp ahli politik yg tak guna ! jadi kaya atas kesusahan orang

    • http://www.shimawar.blogspot.com mawar

      tahniah wat david n khatijah..dieorang dh setaraf shah rukh khan le..sbb shah rukh khan pn datuk gak..hehe.. ;)



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK