Gambar Sekitar Sidang Media One In A Million Top 12

Semalam, jam 3 petang, bertempat di Mega View, Menara Kuala Lumpur, satu sidang media One In A Million telah mengumumkan peserta Top 12. Budiey nak ucapkan tahniah kepada 12 orang finalis yang terpilih iaitu Amylea, Tomok, Pija, Nine, Simon, Esther, Aweera, Han, Anith, Ayu, Rizu dan Fify. Bukan senang untuk melepas halangan setakat ini, dengan komen juri, dengan tekanan ketika pusingan penyingkiran, maka boleh Budiey katakan kesemua finalis adalah yang terbaik dari yang terbaik. Syabas. Terbukti ketika kesemua dari mereka mempersembahkan vokal yang mantap dan mengkagumkan, menjadikan OIAM musim ini antara peserta yang paling terbaik!

3278099324 Ce27A39507 O | 3

Mulai minggu hadapan, kesemua finalis akan buat persembahan di hadapan penonton pada setiap Jumaat, jam 9.30 malam secara langsung dari Sri Pentas 2, Shah Alam hanya di stesen 8TV.

Sebanyak 15 episod akan ke udara secara langsung dan proses penyingkiran akan berlaku setiap minggu. Malam final yang akan disiarkan pada 1 Mei 2009 akan menyaksikan 3 orang finalis berentap bagi merebut hadiah bernilai RM1 juta!

Tahun ini menyaksikan 6 orang artis telah terpilih melawan 6 orang artis yang bukan bergelar artis. Mereka ialah Amylea, Tomok, Pija, Nine, Han dan Rizu.

3277265507 D000632B55 | 4

Han

3278090262 3De1D30E5A | 5

Ridzuan dah tukar nama jadi RIZU!

3277269513 45C3246D6D | 6

My favorite finalis, ESTHER. Comel, cute, vokal mantap!

3278091946 4512827236 | 7

Amylea yang lebih matang

3278092682 0Bf3F2611A | 8

Simon peserta yang gagal tahun lepas.

3278093676 D6Bb8D848B | 9

Ayu yang ayu, mungkinkah seorang lagi juara OIAM bergelar Ayu, mana tau?

3278094458 73812496D2 | 10

Aweera yg masih muda tapi berjiwa rock kapak

3278095292 E04Ab69C0F | 11

Nine, vokalis Coco aka bf kepada seorang wartawan

3278095922 17698B78B9 | 12

Fifi, lawa betul dia

3278096960 Bddd6Ce050 | 13

Tomok yang lain

3278097726 Ac66Fa770C | 14

Anith

3278098436 5B21D9470D | 15

Pija mentor dah tukar jadi Pija OIAM3

Kalau kita lihat musim sebelum ini juara OIAM milik peserta bukan artis, adakah tahun ini gelaran One In A Million bakal milik artis?

3277264235 6Ebf32353C | 16

Izham Omar

Kata Izham Omar, Ketua Pegawai Ekskutif 8TV: Kami telah memasuki peringkat menghadapi kesukaran untuk memilih siapakah yang layak menjadi 12 orang finalis. Proses penyingkiran yang berlaku bukanlah sesuatu benda yang mudah kerana kita mahu melahirkan artis-artis yang berkualiti dari pelbagai aspek. Selain itu, kami mahu menepati citarasa penonton secara keseluruhan.”

Seperti musim lalu, Syafinaz Selamat dan komposer Paul Moss dilantik sebagai juri tetap. Pengacara juga masih kekal iaitu Awal Ashaari dan Marion Caunter.

3277264823 D20Aa1E0C3 O | 17

Hos OIAM: Awal dah pandai buat lawak dan Marion pula HOT!

Namun kali ini, Ning Baizura dilantik sebagai Mentor Vokal, Pat Ibrahim sebagai Mentor Persembahan Pentas, Juita Abdul Jalil sebagai Mentor Keseluruhan Persembahan dan Yuaz sebagai pelatih vokal.

3278084088 9A556B8057 O | 18

3278099586 78Bde7C812 O | 19

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

X-MEN ORIGINS: WOLVERINE

David Arumugam dan Khadijah Ibrahim Dapat Gelaran Datuk