Corat Coret Anugerah Bintang Popular: Part 1

Gambar ini dirakam oleh Budiey ketika sesi Karpet Merah. Kelihatan Vernon & Ning berjalan dengan gaya seperti pasangan bahagia. Ning nampak macam Cleopatra dengan rambut dan solekan sebegitu.
Kira-kira 6 jam sebelum berlangsungnya ABP, saya sempat bersua dengan Mr. Manager aka Vernon buat kali pertama di lobi Hotel First World. Pada mulanya saya melihat kelibat Ning Baizura & the gang kelihatan agak tergesa-gesa menuju ke Arena of Stars. Saya pun mencari Vernon. Sekadar bertegur sapa. Vernon ada di barisan belakang. Di sisinya si genit manis, Nikki.
Ternyata, Vernon memang cukup mesra walaupun inilah kali pertama Budiey bertemu mata dengan seorang manager yang suka menulis blog pada masa lapangnya. Vernon sebenarnya seorang yang sempoi. Nampak je cam serius, kan?
Budiey: Hai Vernon! Its me lah… Budiey.
Vernon: Hei! Hi… Budiey. Tadi I dah link your blog kat my blog.
Budiey: Oh ye ke. Thanks Vernon! Hopefully Ning menang malam ni ya! (Cam yakin je saya cakap statement nih)
Vernon: (Riak muka yang monyok lagi sedih) Bukan Ning lah… Nikki !
(Seraya jarinya menunjuk ke arah Nikki yang tersenyum dari tadi.)
Budiey: Eh! Ops… Sorry. Lupa pulak Ning tak tersenarai.
(Masa tu, Budiey rasa malu sebab tak tahu yang Ning bukan finalis. Tulis ulasan ramalan tempohari berapi-api, takkan tak tahu. Rasa bersalah pulak tersasul cakap.)
Vernon: Tau tak pe! Oklah, kitorang nak pergi make up dah nih… Kasi vogue & meletops sikit.
Budiey: Okay Vernon. Good luck to you all ya!
Vernon pun melangkah meninggalkan saya yang tersipu-sipu.
Anyway, Vernon ada tulis di blognya:
I also bumped into a celebrity blogger who called out my name as I was walking past him in the lobby. This was the first time I met Budiey and he looked chinese to me!
 Ye, mungkin ramai yang tak tahu, Budiey adalah peranakan Melayu campur Siam (Baka dari Thai)
 Okaylah kembali kepada topik kita… bicara pasal Anugerah Bintang Popular 2006 yang telah berlangsung semalam. Keseluruhannya, saya boleh katakan… memang gempak dan meriah. Namun, pada Budiey persembahan pembukaan tidaklah segempak yang saya gambarkan. Nantilah saya ceritakan dalam ulasan saya… apa yang menarik, apa yang tak berapa mengancam!
 Terlebih dahulu, saya merangkap fotografer dan penulis untuk blog Sensasi Selebriti ingin mengucapkan tahniah buat Berita Harian kerana berjaya menjadikan anugerah ini lebih popular dari biasa.
 Keputusan telah kita ketahui. Tidak banyak yang diubah oleh pengundi-pengundi yang terdiri daripada pembaca Berita Harian yang begitu berdedikasi. Anda semua memang rocks la beb! Difahamkan jumlah undian meningkat secara mendadak untuk penganjuran kali ke 20 ini.
 Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Mawi (meraih 261,555 undi) yang dulunya menjadi Raja SMS tetapi kini dinaiktaraf sebagai Raja Bintang Popular. Pastikan anda akan terus memangkah nama Mawi pada ABP di tahun-tahun akan datang bagi memastikan kejayaan Mawi terus berkekalan. Ini dalam rangka untuk Mawi melengkapkan hatrik untuk ABP. Inilah dia penangan menuju puncak. Tiap-tiap tahun dapat kereta dan barang kemas percuma!
Ok, lah ini dia senarai pemenang pada malam tadi!
Bintang Paling Popular: MAWI
Anugerah Biduan Veteran: JEFRYDIN
Anugerah Seniwati Veteran: DATIN UMI KALTHUM
Anugerah Khas Bintang Popular: DATUK JAMIL SULONG
Pelakon Filem Lelaki Popular: SAIFUL APEK
Pelakon Filem Wanita Popular: FASHA SANDHA
Penyanyi Lelaki Popular: MAWI
Penyanyi Wanita Popular: DATUK SITI NURHALIZA
Penyanyi Nasyid Popular: RABBANI
Artis Berkumpulan/Duo Popular: MAWI DAN JAMAL ABDILLAH
Pelakon TV Lelaki Popular: ROSYAM NOR
Pelakon TV Wanita Popular: FASHA SANDHA
Artis Komedi Lelaki Popular: SAIFUL APEK
Artis Komedi Wanita Popular: SHEILA RUSLY
Artis Baru Lelaki Popular: FAIZAL AF4
Artis Baru Wanita Popular: FARAHWAHIDA
Pengacara TV Lelaki Popular: AZNIL NAWAWI
Pengacara TV Wanita Popular: FARAH FAUZANA
Penyampai Radio Lelaki Popular: HALIM OTHMAN
Penyampai Radio Wanita Popular: LINDA ONN
Tahniah kepada semua pemenang!
Nantikan foto-foto menarik di karpet merah dan ulasan ringkas dari Budiey.
Tags: Anugerah Bintang Popular, Aznil Hj Nawawi, Faizal AF4, Fara Fauzana, Farawahida, Fasha Sandha, Halim Othman, Jamal Abdillah, Jamil Sulong, Jefrydin, Linda Onn, Mawi, Nikki, Ning Baizura, Rabbani, Rosyam Nor, Saiful Apek, Sheila Rusly, Siti Nurhaliza, Umi KalthumBaca artikel lain yang berkaitan:









February 5th, 2007 at 5:45 pm
tengah tunggu dgn tak sabar nie….. ingatkan budiey update trus lps event. Mintak2 ada banyak gambar siti.
Thanks
February 5th, 2007 at 5:51 pm
Sabar Ogik, Budiey tengah edit gambar ni, memang lawa dan cantik gambar ni, maklum tengah cuba try test kamera baru… hehehe Nikon D40.. apa tak cantiknya…
Ogik.. thanks sebab sudi komen Ogik…
Mawi semalam, cam kerek gaklah, Budiey & some fotografer freelance panggil tak nak datang kat tempat kitorang… tapi rasanya Mawi bukan sombong kot… may be tak dengar kot kitorang panggil tu…
February 5th, 2007 at 6:08 pm
hurm…sedeh farah fafau tak menang dj fofular…fafau ngan linda onn tak ngam ke…menyindir semacam je mase linda onn bagi ucapan~
February 5th, 2007 at 6:10 pm
Kasik gambar Siti banyak2 ek? I tak dpt tgk ABP…
February 5th, 2007 at 6:13 pm
Zie,
Budiey tengok Fara Fauzana & Linda Onn sekarang ni sedang bersaing sengit. Mana yang lebih hebat dan mana yang lebih popular.
Dengar citer, peminat Fara Fauzana akan mati-matian buat undi gempur bagi memastikan Linda Onn tumpas untuk anugerah penyampai radio popular.
Kita tengok lah tahun depan camna….
Habis lingkup ke tidak, Fara akan buat program dia sendiri kat TV3…
February 5th, 2007 at 7:05 pm
First time tinggal komen kat sini. Rasanya Linda tak prepare speech dia tu..tu jadi mcm tuh.
February 5th, 2007 at 9:02 pm
ahaks…ko tak call aku pun. keji.hiks…not like ada masa pun…anyways…this is one of the most ok ler ABP so far. leh la…
February 5th, 2007 at 9:15 pm
Selamat datang Roy,
Linda saje nak buat kontroversi kot… dia dan Fara dulu mmg mesra. Tapi la ni, dia mungkin rasa tercabar bila nama fara semakin naik… Tengoklah tahun depan camna… perampasan kuasa akan berlaku?
Hi Joe, aku ada niat nak call tapi aku rasa ko takkan layan punya. I can imagine ko sibuk memanjang…
Aku rasa ada yang tak OK ABP kali.. tak semua OK I means… persembahan terbaik bagi aku VE & Amy Search… sama si Misha & Jac.
February 6th, 2007 at 1:08 am
Nak curik gambar boleh?
February 6th, 2007 at 7:11 am
Hi Manager, ambik je… gunakan tanpa was-was hehehehe… very nice meet you that day !
March 5th, 2007 at 6:43 pm
Tak suka tengok artis terlampau mendedahkan aurat mereka. kita orang melayu islam lagi u. insaf la…..
June 27th, 2007 at 4:39 pm
yup…asal fafau tk mng…padahal i tink fafau lagi better in dj-ing..
October 14th, 2007 at 11:41 pm
faizal best