in , , , , , , ,

Sekitar Karpet Merah di Anugerah Bintang Popular 2006

Bagilah apa sahaja kepada Ziana Zain untuk digayakan, pasti sesuai dan Ziana Zain akan tampak cantik. Siapa pereka fesyen Ziana? Adakah budak yang berambut afro itu perekanya? Wa tak tahu la…

Updated: Melalui sumber orang dalam, gaun Ziana Zain ini direka oleh Rizman Ruzaini  Haa, dialah perekanya. Berbakat betul, kan budak-budak zaman sekarang?

Masa buat persembahan pembukaan pula, Ziana mengenakan baju dari rekaan Khoon Hooi. Memang cun siot!

Kak Engku bergaya seperti ratu HA HA HA. Jaga-jaga dengan mutiara berlian di leher dan di telinga yang mana menurut Kak Engku seumur hidup kerja dengan Habib Jewels takkan bisa membayarnya. Disisi Raja Azura, Azfar – One In A Million yang juga performer yang berjaya menjadi klon M. Nasir dengan lagu Mentera Semerah Padi.

Cheryl Samad mengenakan kain lace berwarna pastel. Disempurnakan dengan top yang ringkas. Tampak elegan. Dia sebenarnya genit dan cute kalau lihat secara langsung. Selalu tersenyum. Memang manis.

Pelakon bersuara falsetto, Fasha Sandha yang membawa pulang dua buah trofi kemenangan ditemani kekasihnya dalam Cicakman, siapa lagi kalau bukan pelawak nombor satu Malaysia, Saiful Apek.

Fasha: Wah, you all… ramainya peminat I.

Apek: Jangan hang duk perasan, ni semua peminat akulah!

Sayang sekali gambar Siti Nurhaliza dan Datuk K kelihatan agak kabur kerana silap setting di kamera. Entah macamana, munculnya kelibat Datuk Siti Nurhaliza & suaminya, saya jadi tak tentu arah sampai terketar-ketar memegang kamera.

Untuk foto yang lebih BESAR & puas hati, sila layari: http://budifoto.blogspot.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ning Baizura 2020 | 17

Corat Coret Anugerah Bintang Popular: Part 1

Mawi | 18

Mawi Gembira Bersama Kereta Naza Sorento Barunya