in , ,

ABPBH 35 Pasti Meriah, KJ Penyampai Trofi, Johan & Ain Edruce Sebagai Hos

KJ Penyampai Trofi, Johan Sebagai Hos & Siti Nurhaliza Buat Persembahan ABPBH 35 Meriah!

Debaran malam kemuncak anugerah beprestiji iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH 35) yang bakal berlangsung pada 21 Julai ini semakin terasa.

Antara yang menjadi keunikan bagi edisi kali ini apabila saudara Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ yang kini bergelar penyampai radio Hot FM, telah diumumkan antara penyampai trofi yang bakal menghangatkan malam tersebut.

ABPBH 35 yang akan dipentaskan di panggung seni utama negara, Istana Budaya dan diajaibkan penaja utama, Fellera Skin, bakal menyaksikan gandingan bintang legenda dan angkatan baharu dalam mengemudi serta menyerikan segmen persembahan.

ABPBH 35 Pasti Meriah, KJ Penyampai Trofi, Johan & Ain Edruce Sebagai Hos

Pada majlis itu, penyampai radio Hot FM, Johan dan pengacara popular, Ain Edruce diumum sebagai hos utama edisi kali ini.

Pengalaman dan kepakaran dimiliki Johan dan Ain yang juga hos program sensasi terbitan TV3, Melodi, dalam mengendalikan program hiburan termasuk acara anugerah, menjadi sandaran agar ABPBH 35 yang bertemakan Ekspresi Legasi Seni, dapat mencipta magis tersendiri dan sekali lagi trending dalam media sosial.

Manakala acara karpet merah akan dihoskan penyampai radio Hot FM, Fizi Ali dan Riena Diana.

Antara barisan artis dan selebriti penyampai trofi adalah pelakon baharu seperti Meerqeen, Siti Hariesa dan Anna Jobling termasuk Puteri Sarah Liyana dan Raysha Rizrose.

Tidak ketinggalan, pelakon hebat seperti Beto Kusyairy dan primadona filem Melayu, Erra Fazira serta pengarah, penerbit dan pelakon, Erma Fatima dan Janna Nick.

Turut memeriahkan acara adalah pengacara radio dan televisyen (TV) seperti Fara Fauzana, AG dan Haiza serta Sherry Alhadad dan Che Puan Sarimah Ibrahim, penyanyi Mas Idayu dan Sissy Iman.

ABPBH 35 Pasti Meriah, KJ Penyampai Trofi, Johan & Ain Edruce Sebagai Hos

Barisan artis yang membuat persembahan turut membabitkan bintang yang layak bergelar lagenda, selain bakat baharu yang pantas mendaki tangga populariti.

Pentas ABPBH 35 bakal dihangatkan dengan persembahan Datuk Ramli Sarip, Datuk Yusni Hamid, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Amelina, Aizat Amdan, Aina Abdul, Sufian Suhaimi dan Baby Shima.

Tidak ketinggalan, Roslan Madun, Haziq Rosebi, Luca Sickta, Kmy Kmo, Luqman Podolski, Aya Amiruddin dan Norreen serta kumpulan Mergasatwa.

Menambah debaran malam kemuncak ABPBH 35, majlis pengumuman pra-kemuncak ABPBH 35 turut mengisytiharkan 10 artis yang setakat ini mendahului undian, sekaligus mempunyai harapan untuk dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular.

Sepuluh artis terbabit ialah Aina Abdul, Amir Masdi, Anna Jobling, Bell Ngasri, Ben Amir, Ernie Zakri, Khai Bahar, Meerqeen, Sharifah Rose dan Siti Nordiana.

Selain keputusan 12 kategori utama dan tujuh kategori sampingan, Ekstra! serta Bintang Paling Popular, malam kemuncak ABPBH 35 juga bakal menyaksikan dua bintang menerima trofi anugerah khas yang dibawakan khusus bagi edisi ke-35 acara anugerah berprestij ini.

Peminat masih boleh mengundi finalis ABPBH 35 sehingga jam 11.59 malam 15 Julai ini menerusi laman web ABPBH 35 di www.abpbh.com.my. Undian boleh dilakukan sama ada secara percuma atau pakej langganan BH digital.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sambutan International French Fry Day Anjuran McDonald’s Malaysia

EJEN ALI 3 DAY OUT di Next Gen 1 Utama Terima Kunjungan Peminat Setia