in ,

Ramalan Anugerah Bintang Popular 2006 dari Budiey Dot Com

Tinggal dua hari lagi untuk kita menyaksikan anugerah berprestij Anugerah Bintang Popular 2006 yang akan diadakan di Arena of Stars, Genting Highland. Jom kita tengok ramalan dari Budiey, siapa yang kenaaa!

Saya tidak rasa teruja sangat untuk mengetahui siapakah pemenangnya. Sebaliknya, saya tertarik untuk mengetahui apakah perisian sepanjang 2 jam anugerah berlangsung. Sudah tentu, kita ingin tahu apakah kelainan dan gimik persembahan yang akan ditonjolkan. Selain itu, sudah tentu kontroversi yang bakal timbul setelah anugerah ini berlangsung.

Melihat pada persediaan yang rapi, (6 bulan sebelumnya berlangsung ABP dah mula rancang nak buat itu, nak buat ini), saya percaya anugerah ini akan berjalan lancar. Sokongan dan bantuan dari pihak penaja saya lihat sudah semakin banyak.

Dari hujung rambut hingga hujung kaki, semua selebriti dan calon yang terlibat ditaja dan ditatarias sebegitu lengkap dan eksklusif. Juga hadiah-hadiah yang disediakan untuk pemenang dan juga pembaca memang gempak.

A. Pengacara TV Lelaki Popular
1. AC Mizal
2. Ally Iskandar
3. Aznil Nawawi
4. Jimmy Shanley
5. Wahid Senario

Tidak ada orang lain ke yang akan menang? Sudah tentu khalayak akan memilih Aznil. Dalam ramai-ramai pengacara, diakan superstar, dialah ratu, kan? Ops! Stigma ini menggambarkan seolah-olah di Malaysia sudah ketandusan pengacara yang berbakat dan punya potensi sehingga dapat menjulang nama negara. Saingan Aznil yang terdekat pada saya ialah Jimmy Shanley (Trek Selebriti) dan AC Mizal (AC Di Sini). Mana nama Azwan Ali? Hah? Tak termasuk! Bukan ke Azwan Ali tu popular? OK, saya lihat, pengacara yang terlibat dalam beberapa cabang seni sebenar secara tidak langsung dapat menolong meluaskan pengaruh. Seperti Wahid (pengacara Melodi), peminat Senario sudah tentu akan memangkah namanya. Tak gitu, Senario-ers? Wahid dikatakan mengidam sangat nak menang anugerah ini… Alahai… kesian sungguh Si Wahid ni. Kalau tak menang lagi kali ini, malu jeh!

Pilihan Budiey: Aznil Haji Nawawi

B. Pengacara TV Wanita Popular
1. Cheryl Samad
2. Fara Fauzana
3. Linda Onn
4. Ogy Ahmad Daud
5. Raja Azura

Walaupun kita nampak semuanya hebat, tetapi pada saya, pengundi tidak perlu berfikir panjang. Nama Fara Fauzana kini semacam menjadi ikon. Namanya disebut-sebut menjelang tengahari setiap hari Ahad dalam Melodi. Lawak dan gedik-gedik yang spontan Fara memang boleh diterima oleh penonton. Apatah lagi setiap pagi, suaranya menggeletek pendengar Hot FM. Cheryl Samad (pengacara Muzik-Muzik) yang baru berjinak-jinak dalam bidang nyanyian, tidak mampu menandingi finalis yang lain. Nama Linda Onn & Raja Azura agak tenggelam sebab tiada program yang baru. Tiada peningkatan. Walaupun gosip percintan Linda dengan Fahrin Ahmad boleh menaikkan nama beliau, namun sejauh manakah gosip dapat menaikkan nama beliau?

Pilihan Budiey: Fara Fauzana

C. Penyampai Radio Lelaki Popular
1. Faizal Ismail (Hot FM)
2. Halim Othman (Sinar FM)
3. Khairil Rashid (Era FM)
4. Khairul Ikhwan (Hot FM)
5. Kieran (Era FM)

Mampukah Halim Othman yang kini berpindah ke stesen Sinar FM mempertahankan pengaruhnya? Saya rasa agak sukar. Penghijrahan kepada stesen yang mempunyai bilangan pendengar sedikit akan menjatuhkan populariti. Saya gemar dengan keletah Faizal Ismail yang kini masih berduet dengan Fara Fauzana di Hot FM. Khairil Rashid dan Kieran menjadi finalis underdog. Penubuhan Khafi sedikit sebanyak menjadikan Khairil dan Faizal lebih dekat di hati peminat.

Pilihan Budiey: Faizal Ismail (Hot FM)

D. Penyampai Radio Wanita Popular
1. Abby Fana (Sinar FM)
2. Fara Fauzana (Hot FM)
3. Linda Onn (Era FM)
4. Nana (Era FM)
5. Sharifah Aleeya (Hot FM)

Tahun lepas, saya pernah mengundi Abby Fana. Memang nak tengok sangat dia menang. Tetapi apabila melihat nama Fara Fauzana (Hot FM), agak sukar menandingi kebangkitan Fara Fauzana yang sudah mula menapak di arena penyampai radio. Selera pendengar sekarang sudah berubah. Mereka lebih inginkan persembahan yang lebih santai dan tidak terlalu over.

Pilihan Budiey: Fara Fauzana (Hot FM)

E. Artis Komedi Lelaki Popular
1. Afdlin Shauki
2. Mazlan Pet Pet
3. Saiful Apek
4. Wahid
5. Yassin Yahya  

Saiful Apek akan menjadi pilihan pembaca kerana filem-filem lakonannya membanjiri panggung sepanjang 2006. Cicakman yang berjaya mengutip RM2 juta dalam masa 5 hari antara filem yang melonjakkan nama beliau. Di penghujung 2006 pula, Saiful Apek dilanda penyakit misteri sehingga beliau mengambil keputusan untuk berehat selama 3 bulan di Jakarta. Saingan terdekat Saiful Apek ialah Afdlin Shauki yang banyak mencipta sejarah pada tahun 2006 dengan kemenangan filem Buli Balik di beberapa anugerah berprestij. Saya suka Afdlin menang. Kalau Afdlin menang, bertambah laku filem Sumolah yang menemui peminat pada bulan Mac nanti.

Pilihan Budiey: Afdlin Shauki

F. Artis Komedi Wanita Popular
1. Adibah Nor
2. Alliza Abdullah (Enot)
3. Raja Azura
4. Sharifah Shahira
5. Sheila Rusly

Adibah Nor telah mengumumkan kepada sekalian Deebers supaya tidak mengundinya untuk kategori in. Memandangkan ruang Adibah Nor yang begitu terhad dalam iklan-iklan TV3. Lupakah Adibah bahawa lakonan beliau dalam GUBRA juga dikategorikan dalam komedi? Ekoran dari kemenangan lagu Terlalu Istimewa, Adibah dikatakan akan mencipta satu sejarah dalam anugerah ini. Tidak pun, Sheila Rusly yang berjaya menambat hati saya dalam drama Sebuah Ijtihad akan membawa pulang anugerah ini sekali lagi. Aliza, Kak Engku dan Sharifah Shahirah masih goyah walaupun masih aktif berlakon.

Pilihan Budiey: Sheila Rusly

G. Artis Baru Lelaki Popular
1. Akbar
2. Faizal AF4
3. Fazli Zainal
4. Felix Agus
5. Izwan Pilus

Semua nama-nama di atas lahir dari program realiti TV kecuali Akbar. Akbar yang dulunya anggota Brothers telah bereksperimen dalam album terbarunya, namun tidak berapa menjadik untuk menjulang nama beliau. Kemasukan Izwan Pilus yang sudah meraih popular dengan lagu Indah Lelapku, Fazli Zainal yang lunak dengan lagu Harapan akan bersaing dengan kelibat Felix dan Faizal yang memegang tiket Akademi Fantasia. Anugerah ini akan membuktikan sejauh mana gegaran AF musim ke-4… adakah juaranya masih diminati ramai? Adakah mampu untuk menyaingi aura Mawi. Jawapan saya, MANA MUNGKIN?

Pilihan Budiey: Faizal AF4

H. Artis Baru Wanita Popular
1. Amylea AF3
2. Farahwahida
3. Ina Naim
4. Leez AF4
5. Marsha

Hanya satu nama yang asing dalam kategori ini. Ina Naim popular tetapi dia tidak berbakat! Ina popular kerana kisah peribadi yang dilelong di akhbar-akhbar. Kemasukan Ina Naim dalam kategori ini mendatangkan kesan buruk dan negatif kepada anugerah ini sendiri. Setengah golongan mengatakan Ina Naim tidak layak walaupun mempunyai produk. Soalan saya, bermutu sangatkah produk Ina Naim. Kalau setakat, masih menggamit simpati dan menjaja status, saya rasa Ina patut sedar dengan hakikat sebenar. Ramai lagi artis yang bikin album dan popular tetapi disingkirkan dengan mudah! Bagi Berita Harian sendiri, isu ini dapat menimbulkan kontroversi yang positif. Kemenangan Ina boleh meranapkan kredibiliti penganjuran walaupun ya… kemenangan berdasarkan pada undian pembaca. Tetapi kalau kerana simpati, baik jangan undi! Farahwahida dan Amylea ada vokal yang mantap untuk dipertaruhkan.

Pilihan Budiey: Amylea (walaupun tak popular, dia berbakat!)

I. Penyanyi Nasyid Popular
1. Hijjaz
2. In-Team
3. Mirwana
4. Rabbani
5. Raihan

Nama Raihan sudah terkenal di serata negara-negara Islam. Bezanya, Rabbani masih bertatih. Begitu juga dengan Hijjaz, In Team dan Mirwana. Saya masih memilih Rabbani berdasarkan pada populariti lagu-lagu Rabbani yang berkumandang di radio. Persoalan, mengapa Raihan tidak boleh menang… itu kena tanya pembaca yang mengundi!

Pilihan Budiey: Rabbani

I. Penyanyi Lelaki Popular
1. Amy Search
2. Awie
3. Faizal AF4
4. Mawi
5. M Nasir

Tidak perlu diperikaikan lagi, Mawi akan menang dengan mudah.  Anugerah ini terbina berdasarkan siapa yang paling popular. Popular ada banyak jenis. Popular seseorang artis kerana apa? Penyanyi-penyanyi yang bertarafkan Otai-Otai, walaupun lama bertahan dalam industri, tidak akan dapat menyaingi populariti Mawi. Mawi adalah raja yang mempunyai kuasa tarikan. Seakan sudah tahu, pen akan terus diletakkan dalam kotak dan terus sahaja pangkan nama Mawi. Senangkan? Nampaknya, saban tahun Mawi akan memandu kereta baru… semoga Mawi tidak lupa diri dengan populariti beliau.

Pilihan Budiey: Mawi

K. Penyanyi Wanita Popular
1. Erra Fazira
2. Dayang Nurfaizah
3. Jaclyn Victor
4. Misha Omar
5. Siti Nurhaliza

2006 banyak mencoretkan sejarah manis dan masam buat penyanyi pujaan saya, Datuk Siti Nurhaliza. Gosip dan berita tentang perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza dengan Datuk K sedikit sebanyak dapat diambil modal untuk mengundi. Isu lapuk, mampukah populariti dipertahankan oleh Siti setelah bergelar isteri. Jawapan saya, Siti akan terus bertahan selagi mana beliau aktif dalam bidang seni. Lihat penyanyi barat yang sudah berkahwin, masih mampu bertahan selagi tidak berhenti menyanyi. Nama hebat seperti Erra, Dayang, Jaclyn dan Misha antara saingan hebat. Namun, bisakah mereka ini mengalahkan Siti?

Pilihan Budiey: Siti Nurhaliza (memangkah borang sambil memejam mata)

L. Artis Berkumpulan / Duo Popular
1. Jamal & Mawi
2. KRU
3. Nikki & Zahid
4. Spider
5. V.E

Sukar juga untuk menceritakan siapakah yang bakal menang. Untuk kategori ini, semua kebarangkalian boleh berlaku. Namun, saya ingin melihat Nikki dan Zahid menang. Gandingan Jamal dan Mawi dianggap sudah lapuk tetapi peminat Mawi punyai kuasa veto dan kuat untuk memilih Mawi. Mawi sudah dianggap produk dan ikon. Apa sahaja yang melihatkan Mawi, peminatnya akan sokong.. V.E dan Spider boleh menang seandainya peminat setia mereka berganding bahu membeli Berita Harian dan bekerjasama menghantar undian. Tahun 2006 banyak memberi kegemilangan tersendiri buat kumpulan trio adik beradik, KRU. Namun, album mereka tidak berapa mendapat sambutan yang menggalakkan.

Pilihan Budiey: Nikki & Zahid

M. Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Afdlin Shauki
2. Farid Kamil
3. Que Haidar
4. Rosyam Nor
5. Saiful Apek

Kategori ini paling kuat dan hebat persaingannya. Berikutan filem di Malaysia sudah menampakkan satu perkembangan positif, nama-nama pelakon mula menggarap kisah tersendiri. Antara nama baru seperti Que Haidar, Farid Kamil (Remp-It) yang akan berperang dengan nama-nama yang sudah teguh seperti Rosyam Nor, Saiful Apek dan Afdlin Shauki. Rosyam Nor pada awalnya ingin menarik diri dari disenaraikan. Sajelah kan nak kasi gempak sikit… pastu masuk balik. Jadi, peminat sudah tidak mahu memilih Rosyam sebab Rosyam sudah power giler kan? Maka, apa kata tahun ini kita pilih Afdlin Shauki pula… apa kata anda?

Pilihan Budiey: Afdlin Shauki

N. Pelakon Filem Wanita Popular
1. Erra Fazira
2. Fasha Sandha
3. Nasha Aziz
4. Rita Rudaini
5. Umie Aida

Maya Karin yang menjadi pemenang pada tahun lepas tiada dalam senarai sebab tiada produk katanya. Tunggu sahaja filem Waris Jari Hantu arahan Shuhaimi Baba yang akan mengaum di pawagam tidak lama lagi. Mungkin Fasha Sandha atau Erra Fazira akan menang pada tahun ini berikutan nama beliau banyak mengisi kekosongan yang ada. Erra Fazira dan Rita Ridaini akan menang disebabkan cerita dan kontroversi. Erra dengan kisah perceraiannya dan Fasha Sandha pula dikatakan telah menggantikan Siti Nurhaliza bagi menduduki carta duta barangan jenama kecantikan Maybelline selama setahun. Kesemua nama pelakon di atas berbakat… memang sukar untuk meramalkan siapa pemenangnya.

Pilihan Budiey: Fasha Sandha

O. Pelakon TV Lelaki Popular
1. Ako Mustapha
2. Arash Mohamad
3. Fahrin Ahmad
4. Rosyam Nor
5. Zed Zaidi

Hanya dua nama yang sering dilihat di kaca TV, Rosyam Nor dan Fahrin Ahmad. Kegemilangan sejarah Rosyam Nor sudah tidak boleh disangkal lagi. Rosyam Nor bukan sahaja berlakon malah dia juga sudah menjadi penerbit dan pengusaha drama dan filem. Ako Mustapha dan Fahrin Ahmad dikatakan akan menjadi pengganti kepada pelakon drama yang sedia ada. Untuk lebih kuat dan lebih popular, saya rasa pelakon ini perlu mencetuskan kontroversi dan banyak keluar dari kepompong. Cubalah watak-watak yang lebih mencabar dan lebih berani… mungkin ini dapat membantu.

Pilihan Budiey: Rosyam Nor

P. Pelakon TV Wanita Popular
1. Abby Abadi
2. Eja
3. Fasha Sandha
4. Rita Rudaini
5. Sheila Rusly

Kemenangan Fasha Sandha pada ABP 2005 yang lalu mencipta sejarah manis.  Pastinya, episod sejarah itu akan berulang lagi pada tahun ini memandangkan pesaing Sandha tidak berapa hebat. Impak dari kemenangan itu juga, Fasha nampaknya sudah banyak peningkatan dan dinaik taraf. Banyak penaja yang sudi memberi dan tawaran berlakon pun sudah mulai beratur panjang. Saya harap jangan pula terlebih demand pulak ya. Maklum sahaja, orang tengah laku!

Pilihan Budiey: Fasha Sandha

BINTANG PALING POPULAR:

Pilihan Budiey: Yeaaaa.. aku suka Siti Nurhaliza menang lah tahun ni! Ye ye… Siti menang!

Budak Anti Siti: Budiey, buat sakit hati je pilih Siti? Ko ni memang gile!

Budiey: Aku tak suka Mawi menanglah! Dia tu kan dah kaya.

Budak Anti Siti: Habis Siti tu tak kaya ke? Siti tu kan dah banyak menang? Kasi je la kat Mawi.

Budiey: Ikut suka hati aku lah nak pilih sape!

Budak Anti Siti: Apa untung kau pilih Siti? Ada dia kasi duit kat kau? Ada dia jemput kau ke konsert dia? Ada dia kenal ko? Nan hhhaddoooooo!!!

Budiey: Ko cakap baik sikit eh… lantak dialah nak jemput aku ke tak! Ko ni…memang hanjeng babi!

Budak Anti Siti: Ko ni cakap macam Rosnah Mat Aris masa dalam SENSASI malam Selasa lepas. ISh! Berlapiklah sikit.

Budiey: Eh, aku takde la sampai nak mengaitkan Sirah nabi dengan perkataan ‘mampos’… bercakap pun kena bertempat jugak beb!

PENUTUP:
Semoga ABP kali ini mencipta sejarah manis dan berlangsung dengan lancarnya. Rumah siap pahat berbunyi itu perkara biasalah… Itulah tandanya anugerah berprestij.. Tak gitu?

Baca ulasan lain:

1. Fiebie – Mentally Disturbed 

2. Ramalan Sultanmuzaffar

Kredit Foto:

1. Banner – Laman web Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

2. Gambar Datuk Siti Nurhaliza – Minaq Jinggo (ResQ Foto Media)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muid Latif | 19

Singgah-Singgah Blog: Seni, Kanvas & Muid Latif

Siti Nurhaliza 1 | 20

Sekitar Konsert Sambutan Eksklusif Bersama Siti Nurhaliza