in , ,

Sekitar Konsert Sambutan Eksklusif Bersama Siti Nurhaliza

Pentas direka dengan penuh cahaya yang menarik. Dengan skrin LCD yang dapat melengkapkan pentas menjadi lebih gah.

Persembahan Siti Nurhaliza juga begitu menghiburkan sekalian peminat yang datang. Dikhabarkan seramai 800 pengguna Olay Total Effect yang mendapat tiket percuma dengan hanya membeli sebotol produk tersebut begitu gembira.

Namun, sebenarnya sebanyak 1,293 orang pengguna telah diberi tiket dan dijemput mengisi ruang dewan besar Palaca of the Golden Horses. Mungkin ada yang tidak dapat hadir.

Kemantapan vokal dan persembahan Siti Nurhaliza memang tidak payah diceritakan lagi. Memang hebat dan masih berbisa walaupun bergelar isteri. Kematangannya menyerlah.

Namun katanya ada juga Siti tersasul apabila terus menyanyi ketika muzik sudah pun berhenti. Juga dikatakan Siti Nurhaliza terlupa lirik dan tersasul. Kata Siti Nurhaliza, mungkin dah lama dia tidak mengadakan konsert.

Foto-foto yang dihantarkan kepada saya oleh seorang kawan ini sekurang-kurangnya dapat memberi gambaran sebenar Konsert Sambutan Eksklusif bersama Siti Nurhaliza sememangnya memukau.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza 1 | 23

Ramalan Anugerah Bintang Popular 2006 dari Budiey Dot Com

Ning Baizura 2020 | 24

Corat Coret Anugerah Bintang Popular: Part 1