Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)













[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Anugerah Skrin 2008 ASK 2008

Penganjuran anugerah berprestij, Anugerah Skrin memang ditunggu-tunggu oleh penggiat seni tanahair. Ianya diadakan bukan sahaja untuk memperkembangkan lagi bakat seni, malah menggalakkan mereka berusaha dengan lebih gigih untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi sekaligus memartabatkan hasil seni negara.

Pada 6 Ogos 2008 yang lalu, satu majlis sidang media Anugerah Skrin telah diadakan di Jasmine Ballroom, Hotel One World. Ramai selebriti, pelakon dan penyanyi telah berhimpun di sana. Antaranya, Sofia Jane, Aizat, Sahri, Vanidah Imran, Dynaz, Rashidi Ishak, Ning Baizura, Sahri, Haliza Misbun, Rosyam Nor, Intan Ladyana dan ramai lagi.

Aizat, Ning Baizura dan beberapa penyanyi lain turut mempersembahkan nyanyian untuk hiburan hadirin.

Selain melancarkan Anugerah Skrin 2008, hadirin juga turut dipersembahkan persembahan audio visual lawatan pemenang-pemenang ASK 2007 ke Los Angeles & las Vegas, serta persembahan audio visual drama-drama dan filem yang berada dalam pencalonan ASK 2008.

Tidak lama lagi, bulan November ini, Anugerah Skrin kembali lagi untuk memberikan pengiktirafan. Mempertandingkan 22 kategori berbanding 21 kategori tahun lepas meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman.

Apa yang menariknya, Anugerah Skrin kali ini menyaksikan 2 lagi kategori baru diperkenalkan iaitu Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Secara keseluruhan, 9 kategori dipertandingkan bagi kategori penerbitan dalaman.

Calon-calon yang dipertandingkan pula terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca TV dan pawagam mulai 1 Julai 2007 hingga 30 Jun 2008 selain pencalonan drama yang berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielsen mengikut genre masing-masing.

Seperti tahun lalu, selain rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad yang terdiri daripada TV3, NTV7, 8TV dan TV9, pihak penganjur juga turut menjemput stesen televisyen RTM dan Astro untuk sama-sama menyertai Anugerah Skrin 2008.

Tahun ini menyaksikan peningkatan dari jumlah penyertaan bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Sebanyak 18 buah drama bersiri dan 6 buah drama komedi telah dicalonkan. Manakala untuk kategori filem pula 22 buah filem tempatan layak dipertandingkan untuk Anugerah Skrin 2008. Semua pencalonan akan dinilai oleh panel juri professional yang dipilih.

Ketua Pegawai Eksekutif TV3 Datuk Amrin Awaluddin kata,

“Anugerah Skrin bukanlah pertandingan antara stesen televisyen, tetapi drama dan terbitan yang disiarkan melalui stesen-stesen ini yang dipertandingkan. Kami berasa bangga kerana tahun ini ASK 2008 turut mendapat kerjasama dan sokongan positif daripada rakan-rakan stesen yang lain dan menerima banyak pencalonan yang menampilkan muka-muka baru dalam bidang ini. Ini merupakan satu petanda positif dalam meningkatkan mutu seni tanah air yang mana dengan adanya anugerah seperti ini, ia dapat menggalakkan penggiat-penggiat seni untuk berusaha lebih gigih agar karya mereka dihargai dan mendapat pengiktirafan.”

ASK 2008 juga menyaksikan peningkatan daripada jumlah penyertaan bagi setiap kategori yang dipertandingan. Sebanyak 18 buah drama, 13 drama bersiri dan enam drama komedi telah dicalonkan. Manakala untuk kategori filem pula 22 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan. Semua pencalonan akan dinilai oleh panel juri professional yang terpilih.

Antara telemovie yang tercalon ialah ‘Kehangatan Lantana’ (TV3), ‘Pulanglah di Aidilfitri’ (RTM1), ‘Aku Bukan Buaya’ (ntv7), ‘Relung Kasih’ (TV9), ‘Hang 2’ (AstroRia) dan ‘Kebun Pisang Tok Mudim’ (TV2).

Untuk drama rantaian pula antaranya ialah ‘Jelatang’ (TV3), ‘Bella’ (TV3), ‘Tangisan Bulan Madu’ (TV2), ‘Ghost’ (8TV) dan ‘Jangan Main Belakang’ (Astro Ria). ‘Mr. Mama’ (TV3), ‘Gaia’ (Astro Ria) dan ‘Pak Pandir Moden’ (TV9) antara calon untuk drama komedi.

Sementara untuk kategori filem pula ialah ‘1957: Hati Malaya’, ‘Duyung’, ‘Anak Halal’, ‘Kala Malam Bulan Mengambang’, ‘Cuci’, ‘Dunia Baru The Movie’, ‘Congkak, ‘Apa Kata Hati?’, ‘Sepi’ dan ‘Pensil’.

Intan Ladyana

Dynaz

Haliza Misbun

Sofea Jane

Ning Baizura

Rashidi Ishak

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Anugerah Pantene Shine di Anugerah Skrin 2008
  • Peraduan Menangi 10 Keping Tiket Anugerah Skrin 2008
  • Senarai Kategori Anugerah Skrin 2009
  • Sidang Media Anugerah Skrin 2008 Berkonsepkan DIAMOND
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Anugerah Skrin 2008
  • Poster filem Cintaku Forever & Cinta Nan Satu Sama?
  • Sistem Penjurian Festival Filem Malaysia
  • Gambar Fasha Sandha di Anugerah Skrin 2008
  • Trivia: Kasut Berbulu Ayam Siapa Ni?
  • Adlin Aman Ramlie dan Sharifah Shahira Pengacara ABP 2008



  • 5 Komen untuk entri “Anugerah Skrin 2008 ASK 2008”

    1. naNaku kata:

      tlg la organise anugerah yg alive sket……….thn lepas bosannn tul..pnt2 jek setting time nk tgk…kot2 hampehhhhhhhhhhhhhhhh

    2. xXYaNaXx kata:

      wow…
      u la la…
      nononono…
      dadadada…
      abc…
      i luv this award…

    3. Sis Amira kata:

      Hey, moga pemilihan akan lebih kepada bahan yang bermutu,
      apa kata semua pemenang sesesuatu drama naik kepentas
      untuk mengambil hadiah umpamanya tahun lepas drama shila rusly
      menang dalam Natijah tapi artisnya mana????? atau komedi Bong
      tapi arti yang menjayakan drama tak kelihatan????? dan red carpet
      harap tayang live ke tv tq so much

    4. sarah kata:

      best nurul syuhada……….

    5. FIKA kata:

      Ak xde benda yg nk d komenkn…by the way,remy ishak hensome

      siot……….

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!