in , ,

ASK 2019 Gamit 4.8 Juta Penonton & 700 Ribu Tontonan Digital

Masih belum reda kehangatan Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019) yang menyaksikan kemenangan besar drama “Di Sisi’ dan filem ‘One Two Jaga’ diangkat sebagai karya terbaik.

Terima kasih kepada 4.8 juta penonton dan 700,000 tontonan digital yang mengikuti siaran langsung ASK 2019 dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada 1 November lalu di TV3 dan juga laman sesawang www.tonton.com.my . (Sumber: Nielsen Audience Measurement, Youtube, Dailymotion & Media Prima Digital). 

ASK 2019

ASK 2019 mempertaruhkan 30 kategori yang merangkumi 14 kategori drama, 7 kategori filem9 kategori bukan drama dan teknikal. ASK 2019  meraikan kemenangan besar drama Di Sisi yang menggondol 5 anugerah iaitu Drama Terbaik (Unit Drama TV, Radio Televisyen Malaysia), Pengarah Terbaik Drama (Wan Afzam Wan Daud), Lakon TV Terbaik (Amin Masyur), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama (Ruzaidi Rahman) dan Penyunting Drama Terbaik (Izar Masuri). Bagi kategori filem, One Two Jaga berjaya meraih 4 anugerah iaitu Filem Terbaik (Pixel Play Entertainment), Lakon Layar Terbaik (Pitt Hanif, Namron & Mohd Syafiq), Pelakon Lelaki Terbaik Filem (Dr. Rosdeen Suboh) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem (Zahiril Adzim).  

ASK 2019

Menurut Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, 

Bagi pihak penganjur, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan penyiar, para penggiat seni dan rakan penaja yang mengambil bahagian dalam ASK 2019.

Anugerah Skrin menyediakan platform kepada syarikat penerbitan menerusi stesen televisyen bagi memperlihatkan hasil dan produk mereka.

Tahniah kepada para pemenang ASK 2019! Kami berharap agar kemenangan ini menggalakkan para penggiat seni untuk berusaha dan terus berkarya agar hasil kerja mereka dihargai dan mendapat pengiktirafan.”

Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad
ASK 2019

Anugerah Skrin, anugerah berprestij anjuran TV3 bertujuan mengangkat karya terbaik dalam terbitan TV dan filem. Masih kekal dengan objektif penganjurannya sejak tahun 1994, ASK 2019 meneruskan usaha untuk memartabatkan industri seni dengan memberi pengiktirafan kepada para karyawan dan penggiat seni tanah air.

Selain TV3, ntv7, TV9 dan 8TV yang bernaung di bawah rangkaian televisyen Media Prima Berhad, TV3 selaku penganjur turut mengundang dan membuka ruang kepada rakan penyiar lain seperti RTM dan BERNAMA untuk menyertai ASK 2019 ini. 

ASK 2019

Anugerah Skrin 2019 diserikan dengan Nivea sebagai penaja bersama, mekarkan keyakinan dengan wangian floral bersama Mandian Creme Oil Pearls dan Deodoran Nivea Hokkaido Rose. Turut disokong oleh Hot FM & Kool FM sebagai radio rasmi, manakala tonton, xtra, Oh Bulan! dan Drama Sangat sebagai rakan digital

Poster Ratings Anugerah Skrin 2019

ASK 2019 menampilkan 6 pasangan selebriti popular dan sensasi sebagai penyampai anugerah untuk mengacarakan majlis anugerah iaitu Zizan Razak & Nabila Huda, Rozita Che Wan & Zain Saidin, Siti Sarah & Shuib, Shaheizy Sam & Syatila Melvin, Eira Syazira & Azad Jasmin, dan Elly Mazlein & Shuk Sahar

Malam anugerah dimeriahkan dengan persembahan nyanyian mantap oleh pasangan duo iaitu Dato’ Jamal Abdillah & Sissy Imann, Syamel & Ernie Zakri, Hael Husaini & Dayang Nurfaizah, Ayda Jebat & Santesh, pertunjukan silap mata yang memukau oleh The MADgicians, tarian yang energetik oleh 2Twenty2 Squad, sketsa komedi oleh Ebby Yus, Issey & Zizi Kirana, persembahan hebat daripada Andi Bernadee  & Psycusix dan juga 10 protege Mentor Milenia 2019.

ASK 2019

Berikut ialah keputusan penuh Anugerah Skrin 2019:

Kategori Drama (14)

Drama Terbaik: Di Sisi (Unit Drama TV, Radio Televisyen Malaysia) 

Pengarah Terbaik Drama: Wan Afzam Wan Daud (Di Sisi)

Lakon TV Terbaik: Amin Masyur (Di Sisi)

Penyunting Drama Terbaik: Izar Masuri (Di Sisi)

Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Faizal Hussein (Samad Tedung)

Pelakon Wanita Terbaik Drama: Nabila Huda (Dia Tidak Berdosa)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Ruzaidi Rahman (Di Sisi)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: Amyza Aznan (Batik Zakiah)

Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu): Kamar Kamariah (Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.)

Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina): Sweet Delicacy (The Rock Productions Sdn. Bhd.)

Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian: Dato’ Fizz Fairuz (Kamar Kamariah)

Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian: Zara Zya (Pia)

Drama Komedi Terbaik: Budak Usin (Radius One Sdn. Bhd)

Videografi Drama Terbaik: Junaimeramfizal Rahmat (Telingkah)

Kategori Bukan Drama & Teknikal (9)

Rancangan Majalah Terbaik: Sahabat Backpackers

Rancangan Realiti Terbaik: The Z Power

Rancangan Dokumentari Terbaik: Majalah 3 (Pertabalan Yang-Dipertuan Agong Ke-XVl)

Rancangan Bual Bicara Terbaik: Feel Good Show (Istimewa Deepavali)

Laporan Khas Berita Terbaik: Buletin Utama (Aduan Rakyat: Kampung Sampah)

Rancangan Hiburan Terbaik: Konsert Minggu Ini (Ratu 2.0)

Rancangan Anugerah Terbaik: Anugerah Juara Lagu 33

Rekabentuk Set Terbaik: Anugerah Skrin 2018

Montaj Terbaik: Halaqah 2019

Kategori Filem (7)

Filem Terbaik: One Two Jaga (Pixel Play Entertainment)

Lakon Layar Terbaik: Pitt Hanif, Namron & Mohd Syafiq (One Two Jaga)

Pengarah Terbaik Filem: Mamat Khalid (Hantu Kak Limah)

Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Dr. Rosdeen Suboh (One Two Jaga)

Pelakon Wanita Terbaik Filem: Diana Danielle (Gol & Gincu Vol. 2)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Zahiril Adzim (One Two Jaga)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Siti Saleha (7ujuh)

Karpet Merah ASK 2019 telah dikemudikan oleh Sean LJE dan Nina Nadira bersiaran secara langsung menerusi TV9 dari pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam dan laman sesawang www.tonton.com.my pada malam anugerah. 

Kru penerbitan ASK 2019 diketuai oleh Tengku Shahilawati selaku penerbit eksekutif dan Shahrizan Razali sebagai penerbit. Perbualan ASK 2019 di laman sosial dirancakkan dengan hashtag #ask2019!. Ikuti berita lanjut dan kisah di sebalik tabir tentang ASK 2019 di www.xtra.com.my

ASK 2019
ASK 2019
ASK 2019
ASK 2019
ASK 2019
ASK 2019
ASK 2019
ASK 2019
ASK 2019

MENGENAI TV3

Stesen TV No. 1 Malaysia sentiasa menghasilkan kandungan rancangan terbaik yang mencetus fenomena sepanjang 34 tahun bersiaran. Antaranya, drama bersiri – Nur dan Leftenan Zana, rancangan anugerah – Anugerah Juara Lagu, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan juga rancangan realiti seperti Mentor, Bintang Bersama Bintang dan I Can See Your Voice Malaysia. Buletin Utama telah merekodkan jumlah tontonan tertinggi pada setiap hari manakala Saluran YouTube TV3 – @TV3MALAYSIAOFFICIAL bukan sahaja menghimpunkan rancangan-rancangan popular siaran TV3 malahan ia juga merupakan antara saluran YouTube yang paling tinggi langganan di Malaysia.

MENGENAI TONTON & XTRA

tonton adalah perkhidmatan penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 8.4 juta pengguna, menyaksikan pertumbuhan lebih 20,000 ahli setiap minggu sehingga kini selepas 8 tahun pelancarannya pada tahun 2010. Nikmati kandungan tempatan terbaik dan acara LIVE eksklusif dalam definisi tinggi (HD) yang dibawakan secara PERCUMA tanpa had. Dengan peningkatan servis, alami pengalaman baru dalam menonton keseluruhan episod secara menerus. Dengan perkhidmatan terbaharu ini, visi tonton adalah untuk menjadi platform hiburan video tempatan #1 untuk drama Malaysia yang terbaik dan terkini, acara LIVE eksklusif dan banyak lagi.

Selain dari itu, dapatkan gossip terbaru dan tip gaya hidup anda melalui laman xtra (www.xtra.com.my), kini boleh dilayari menerusi web dan aplikasi tonton. Muat turun atau kemas kini aplikasi baru tonton dari Google Play & App Store hari ini atau layari www.tonton.com.my.

MENGENAI NIVEA

NIVEA dilancarkan pada tahun 1911 sebagai krim kulit kosmetik berkualiti tinggi yang mampu milik, mempunyai legasi selama  100 tahun dan terus berkembang ke seluruh pelusuk dunia. NIVEA memahami keperluan kulit anda! Itulah sebabnya kami mencipta produk yang membersih, melembap dan melindungi kulit anda, dengan memberi keperluan kepada kulit  – penjagaan lembut dan berkesan yang menjadikan kulit anda licin, lembut serta cantik berseri. 

Mandian Creme Oil Pearls mengandungi Mutiara Minyak Argan, Krim yang selembut sutera dan Wangian Bunga  Segar untuk 3x belaian manja yang boleh menenangkan deria anda dan memberi pengalaman mandian yang mewah. Rangkaian Mandian Creme Oil Pearls terdapat dalam 3 variasi, Cherry Blossom, Lotus dan Ylang Ylang.

Deodoran Whitening Deep Serum Hokkaido Rose menggunakan formula inovatif dengan gabungan Vitamin C pekat dan esen Ros Hokkaido dapat memulihara kulit bawah lengan, untuk memberikan pengguna 3x tindakan iaitu, ia memulih dari dalam, menjadikan kulit bawah lengan yang lebih cerah dan licin, serta mempunyai wangian Ros Hokkaido untuk keyakinan menyerlah sepanjang hari.  

What do you think?

64298 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Peraduan Menonton Filem Ford v Ferrari

Konsert Bertemakan Rock Tri-O Orkestra Filharmonik Malaysia Bersama Hattan, Hazama & Azlan Typewriter