in ,

Gambar Majlis Intan Sarafina & Iskandar Bertunang

Pada 31 Ogos 2008, tatkala rakyat Malaysia melaungkan semangat kalimah Merdeka, dalam diam-diam, tanpa hebohan media dan peminat, penyanyi Intan Sarafina telah melangsungkan majlis pertunangan dengan kekasihnya, Iskandar.

Budiey dan pembaca Sensasi Selebriti ingin mengucapkan tahniah. Semoga hubungan cinta suci dan kebahagiaan milik kalian berdua hingga ke jinjang pelamin. Elok la tu, korang berdua memang sama cantik sama padan… dua-dua anak Datuk. So, kira matching la tu.

Majlis perkahwinan Intan Sarafina akan berlangsung dalam tahun ini juga sebab Intan tak nak tunggu lama-lama.

Dulunya, kecoh seketika setelah gambar Intan bersama kekasihnya bercuti di Pulau Andaman¬†ini tersebar di internet. Lepas kahwin nanti apa pula destinasi berbulan madu korang ya? Mesti korang suka berseronok-seronok kat pulau jugak. Apa kata gi tempah tiket awal-awal… oh ya, 5 – 7 September ni ada Matta Fair kat PWTC kan?

Apa-apa pun, sekarang, jelas hubungan cinta Intan dengan jejaka yang bekerja sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat gergasi begitu kukuh. Bukan sekadar cinta biasa.

Khabar angin yang tiba dari arah mana mengatakan majlis merisik dilangsungkan pada 13 Julai 2008.

Budiey: Seronoknya tengok orang bertunang, aku ni bila la, umur dah lanjut. Sayang sekali, takde sape yang nak… nak buat camna.

2823547484 Ffd53B6B20 | 4

2822713503 34Be2F404A | 5

2823547904 9433159B09 | 6

Gambar lain yang lebih menarik bolehla layari,

http://budifoto.blogspot.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anugerah Skrin 2008 ASK 2008

Trivia: Beg Louis Vuitton Paris Siapa Ni?