in ,

Amy Search Pengetua Akademi Fantasia 9

Telah terang lagi bersuluh, otai rock Malaysia yang terkenal merangkap vokalis band rock Search, Amy Search telah diumumkan sebagai pengetua Akademi Fantasia musim ke-9.

Amy Search

Semasa Konsert Tirai AF9 malam tadi, mungkin ramai yang tertipu dengan klu-klu yang diberikan oleh pengacara Aznil sebelum pengumuman. Tak kurang, di Twitter, ramai yang meneka, Ahmad Dhani yang dilantik. Namun, semua itu cuma gimik & kejutan semata-mata. Maka benarlah dengan ramalan dan teka teki selama ini… Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman sah sebagai pengetua AF9.

Tahniah kepada Amy Search. Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas Konsert Tirai Akademi Fantasia sekejap lagi. Soalan berapa ratus ribu dibayar harus dielakkan kerana soalan itu tidak akan dijawab oleh Amy Search. Hehe…

So terbukti, orang PAS pun boleh jadi pengetua AF. 🙂

Antara nama-nama besar yang pernah menjawat jawatan sebagai pengetua program realiti popular ini termasuklah Datuk Freddie Fernandez, Datuk Ramli M.S, Datuk M.Nasir, Ramli Sarip, Roslan Aziz, Datin Seri Tiara Jacquelina dan Norman Abdul Halim.

Tawaran untuk menjadi pengetua ini telah mula disuarakan oleh pihak Astro beberapa bulan yang lalu.

Amy Search

Amy Search

Amy Search

Amy Search

Amy Search

Amy Search

Amy Search

Amy Search

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Seri Bayu Meninggal Dunia

Gambar Shaheizy Sam di Anugerah Bintang Popular 2010