in ,

AMERICAN IDOL SEASON 8

AMERICAN IDOL (SEASON 8)
Program realiti nyanyian kegemaran ramai kini kembali!

Rancangan yang banyak menghasilkan bintang-bintang ternama yang cukup berbakat seperti Kelly Clarkson, Ruben Studdard, Fantasia Barrino, Carrie Underwood, Taylor Hicks, Jordin Sparks dan David Cook kini kembali!

American Idol (Musim ke-8) kini akan menemui penonton-penonton di Malaysia pada 15 Januari 2009 ini jam 9.30 malam bagi mencari seorang lagi bintang yang pastinya cukup berbakat. Rancangan yang sentiasa mendapat sambutan hangat ini juga turut memenangi pelbagai anugerah berprestij antaranya Teen Choice Awards, People Choice Awards, Image Awards dan Kids’ Choice Awards!

“Saya juga merupakan salah seorang peminat fanatik rancangan American Idol ini. Pastinya saya tidak akan terlepas untuk menonton rancangan ini pada setiap minggu bermula 15 Januari 2009 ini! Adakah anda juga teruja seperti saya?!,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV.

American Idol merupakan sebuah rancangan realiti nyanyian yang cukup popular menampilkan 3 orang personaliti terkenal iaitu Randy Jackson, Simon Cowell dan Paula Abdul sebagai pengkritik tetap. Pengacara popular Ryan Seacrest yang diberi tanggungjawab sebagai hos pula akan terus mengembara bersama anda ke seluruh Amerika bagi mencari bintang baru untuk musim ini.

Masih mengekalkan konsep yang sama, pemenang akan dipilih menerusi undian tertinggi dari peminat dan sekaligus memenangi kontrak merakamkan album dengan syarikat rakaman gergasi.

Bagi musim ke-8 ini, American Idol akan menampilkan seorang lagi juri baru untuk bersama-sama dengan Paula, Randy dan Simon. Kara DioGuardi seorang komposer dan penerbit terkenal di Amerika telah dipilih sebagai salah seorang pengkritik tetap untuk memberi sedikit kelainan bagi musim ini.

Anda pastinya sudah tidak sabar untuk mengetahui siapakah yang bakal merangkul gelaran ‘Americon Idol’ yang baru. Jangan lupa untuk menonton American Idol (Musim ke-8) bermula 15 Januari 2009 jam 9.30 malam hanya di 8TV! Anda juga dapat menonton 8TV di saluran 708 Astro anda!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PILIHAN RAYA KECIL / PILIHAN RAYA PENENTU: KUALA TERENGGANU

Penyampai Hot FM Aleya Kena Serang Pembuli Jalan Raya