in

PILIHAN RAYA KECIL / PILIHAN RAYA PENENTU: KUALA TERENGGANU

LIPUTAN MENYELURUH ASTRO AWANI UNTUK PILIHAN RAYA KECIL / PILIHAN RAYA PENENTU: KUALA TERENGGANU PADA 17 JANUARI 2009

17 Januari ini bakal menyaksikan episod politik yang pertama tahun 2009 apabila Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan.

Pemerhati politik berpendapat isu utama yang diberi perhatian pengundi ialah mewujudkan peluang pekerjaan, pendidikan dan ekonomi. Hanya calon yang mampu memenuhi tuntutan ini dilihat akan menang pilihan raya kecil ini. Ini kerana lebih 60 peratus daripada pengundi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu berumur bawah 40 tahun.

Penyampai Berita berpengalaman, Suhaimi Sulaiman

Pengurus Besar Astro AWANI, Rozina Aziz berkata, “Laporan kami sepanjang minggu ini akan memfokuskan isu dan perkara yang dekat di hati rakyat. Kami akan menganalisa fakta dan laporan menjurus kepada bagaimana pengundi di Kuala Terengganu melihat masa depan mereka dan menterjemahkannya kepada undi dengan mengambil kira masa depan ekonomi yang suram.”

Tambah Rozina, “Astro AWANI telah memantau dan melaporkan pembangunan di Kuala Terengganu secara dekat sejak kematian mengejut bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu. Kami telah menerima banyak respon yang positif daripada penonton setia kami dan berharap mereka terus setia bersama kami pada 17 Januari ini kerana kami akan membawakan komentar, analisis, temuramah dan laporan secara langsung dari lokasi. Pasukan ini akan diketuai Penyampai Berita berpengalaman, Suhaimi Sulaiman dan Wartawan Kanan, Rohaida Mohamad sepanjang hari.”

Selain itu, rancangan bual bicara yang makin mendapat perhatian penonton, Analisis AWANI juga akan bersiaran menganalisis pilihan raya kecil ini. Pengacara Kamarul Bahrin Haron dan Nazri Kahar akan membincangkannya bersama tetamu jemputan di studio kami di Kuala Lumpur. Selain itu, Suhaimi Sulaiman juga akan membuat analisanya dari lokasi.

Berikut adalah jadual program Astro AWANI untuk Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu:

8:00pagi – 5:30ptg
Siaran langsung berita, temuramah dan analisis pada setiap jam dalam AWANI Global dan Atma Asia.

5:30ptg – 6:00ptg
Siaran langsung Analisis AWANI bersama Kamarul Bahrin dan Nazri Kahar dari bilik berita serta Suhaimi Sulaiman di Kuala Terengganu.

6:00ptg – 6:30ptg
Siaran langsung AWANI Global

6:30ptg – 7:00mlm
Ulangan Analisis AWANI

7:00mlm – 7:45mlm
Siaran langsung Atma Asia

7:45mlm – 8:30mlm
Siaran langsung AWANI Global

8:30mlm – 9:00mlm
Siaran langsung Analisis AWANI bersama Kamarul Bahrin dan Nazri Kahar dari bilik berita serta Suhaimi Sulaiman di Kuala Terengganu.

9:00mlm – 10:00mlm
Siaran langsung AWANI Global

10:00mlm – 11:00mlm
Siaran langsung Analisis AWANI bersama Kamarul Bahrin dan Nazri Kahar dari bilik berita serta Suhaimi Sulaiman di Kuala Terengganu.

11:00mlm – 11:30mlm
Siaran langsung Atma Asia

11:30mlm – 12tgh mlm
Ulangan Analisis AWANI

12:00tgh mlm – 1:00pagi
Siaran langsung AWANI Global

Untuk laporan terkini dan analisis mendalam Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, tontoni Astro AWANI (Saluran 501). Setia bersama kami yang akan bersiaran mulai jam 8.00 pagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

LIPUTAN ANGKAT SUMPAH PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT KE – 44

AMERICAN IDOL SEASON 8