in ,

Advertorial: iTalk Buddy, Servis Terkini dari Telekom Malaysia

[dropcap]L[/dropcap]ewat bulan lalu, Budiey telah transformasikan background (latar belakang) blog ini dengan iklan iTalk Buddy. Ramai pembaca tertanya-tanya apa itu iTalk Buddy. Apa kata kita berkenalan dengan gaya baru dalam dunia komunikasi dari Telekom Malaysia ini. Jom…

APA ITU SERVIS iTalk BUDDY?
iTalk Buddy ialah servis baru yang dipertingkatkan dari kad pra bayar iTalk yang meliputi segenap segi termasuklah aplikasi percuma berasaskan internet, langganan dan kemudahan servis tambah nilai. iTalk Buddy menggabungkan instant Mesengger yang dipertingkatkan dengan intelligent pet, Moji dan ciri-ciri servis offline. Pengguna boleh berkomunikasi melalui instant mesengger, chatroom, Servis Pesanan Ringkas (SMS), blog dan mobil blog. Layari laman web iTalk Buddy: http://iTalkbuddy.com.my

italk buddy

Budiey kira laman web begitu senang dan mudah untuk dilayari. Dengan tagline Excite Your Communication (Keseronokan Dunia Komunikasi), sudah tentu pengguna akan seronok untuk berkomunikasi dengan lebih mudah. Terdapat 6 pautan (link) diletakkan di ruang atas laman web untuk kemudahan navigasi pengguna. Di ruang bawah laman web ini disediakan senarai nama-nama ahli yang baru mendaftar. Mana-mana pelanggan yang menyertai iTalk Buddy World akan mendapat keahlian istimewa yang begitu luas di mana mereka dapat mengumpulkan rakan-rakan dari seluruh dunia.

Pengguna dapat memuatturun iTalk Buddy Instant Mesengger bagi mendapatkan akses servis ini secara percuma. Jangan risau, terdapat ciri-ciri keselamatan yang dibina dalam Virtual Private Network (VPN) di mana ia akan melindungi data, suara dan aplikasi pengguna. iTalk Buddy mempunyai dua ciri iaitu iTalk Buddy Instant Mesengger dan iTalk Buddy Portal.

italk buddy

Antara kelebihan iTalk Buddy ialah:
1. Memperkenalkan virtual intelligent pet yang diberi nama MOJI di mana pengguna dapat membesarkan MOJI tersebut setiap kali menambah nilai.
2. Menggunakan aplikasi offline.
3. Mesej dihantar akan diterima dalam kadar yang segera.
4. Panggilan suara dibuat dengan kadar paling murah.
5. Pelanggan boleh mengupload dan berkongsi fail dan dokumen dengan rakan-rakan yang lain.
6. Berkongsi skrin dan talian internet juga boleh dikongsi bersama-sama rakan dan famili.
7. Boleh berhubung melalui PC-to-PC.
8. Menulis dan berkongsi blog.

KOMUNITI:
– Pengguna boleh memilih negara di mana mereka dapat berkomunikasi dengan rakan-rakan yang berada di seluruh negara.
– Sebuah peta disediakan untuk kemudahan pengguna untuk menentukan kawasan dan lokasi mereka berada.

MUATTURUN:
– Di ruang ini, pengguna boleh memuatturun perisian iTalk Buddy Instant Mesengger Beta dengan percuma.
– Disediakan juga manual untuk panduan dan kemudahan pengguna.

NEWS & EVENTS (BERITA DAN ACARA):
– Pengguna boleh mengetahui acara dan berita terkini yang akan berlaku.

FORUM:
– Ruangan forum disediakan bagi kemudahan pengguna berkomunikasi dan menulis apa sahaja perkara yang meliputi aspek kehidupan. Antaranya, jual beli, dunia fesyen, makanan kegemaran, permainan, gossip terkini, ruangan untuk lelaki, kolum untuk wanita, filem, muzik, sukan, melancong, dan buku.

SUPPORT & HELP (SOKONGAN DAN BANTUAN):
– Falsafah dan misi iTalk Buddy ialah unuk menyediakan segala kemudahan bagi keperluan pengguna. Sekiranya terdapat masalah, pengguna boleh bertanya terus kepada team bantuan yang begitu berdedikasi dan terlatih.
– Untuk maklumat, pengguna disediakan soalan lazim, bantuan melalui email dan bantuan telefon.

ROADSHOW iTalk Buddy
Untuk tujuan promosi, kini satu roadshow dilancarkan untuk mendekatkan dan memperkenalkan produk Telekom Malaysia ini kepada orang ramai.

italk buddy

PROMOSI KEPADA PEMBACA:
Untuk menyertai iTalk Buddy, pengguna perlu mendaftar nama mereka di ruangan yang disediakan. Nama login digunakan untuk kemudahan bersembanng di ruangan forum dan sebagai pengenalan diri ketika berchatting bersama kawan-kawan.Layari http://iTalkbuddy.com.my untuk berhubung dengan kawan-kawan seluruh dunia. Daftarlah sekarang!

[tags]italk buddy, instant mesengger, komuniti chat, kad prabayar, telekom malaysia, tm, tm net, chatroom, Servis Pesanan Ringkas (SMS), blog, mobil blog, tagline Excite Your Communication, advertorial, pengiklanan, nuffnang team blog[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Showcase Malam Edan Search Gempak, Padat & Gegeriuh!

Pelancaran gua.com.my – Portal Terbaru Media Prima