in ,

Showcase Malam Edan Search Gempak, Padat & Gegeriuh!

Semalam berlangsung 2 acara tercatit dalam diari saya. Showcase Kerispatih di The Funtheque, The Ship Bukit Bintang dan Showcase Malam Edan SEARCH di Planet Hollywood. Yang mana satu pilihan hati? Saya mulanya mahu saja ke Showcase Keris Patih apabila memikirkan ini peluangnya nak tengok persembahan kali pertama band Indonesia di Kuala Lumpur. Apatah lagi setelah menonton secara langsung persembahan Keris Patih di Anugerah Era 07. Dahsyat dan boleh tahan juga. Saya tertarik dengan vokalis Keris Patih yang juga bermain keyboard, Badai atau nama sebenarnya Doadibadai Hollo sebab punya suara yang matang dan rock habis.

Namun, saya rasa Showcase SEARCH di Planet Hollywood lagi super duper gempak. Rindu sangat nak tengok band lagenda rock ini beraksi. Saya suka dengan lagu-lagu lama Search yang penuh nostalgia seperti Isabella, Fantasia Bulan Madu, Fenomena, Gadis Misteri, Isi dan Kulit, Kejora, Rozana, Gadisku dan banyak lagi lah. Budiey membesar bersama lagu-lagu Search hingga terbawa-bawa kenangan lampau ketika di bangku sekolah. Jadi, semalam hati saya lebih berat untuk ke Planet Hollywood untuk melihat persembahan satu-satunya Ikon Rock Malaysia ini. Tambahan pula, kali ini Search mengutip kembali jejak-jejak ahli dan pemuzik asal iaitu Hillary Ang (Gitar), Nasir (Gitar Bass) dan Yazid (Drum). Bukan itu sahaja, Joe Wings juga turut berkolaborasi bersama mengegarkan Planet Hollywood. Search pernah buat showcase di Planet Hollywood pada tahun 2004.

Budiey tiba di Bukit Bintang dalam jam 9.45 malam. Di luar Planet Hollywood, saya lihat masih ramai lagi yang beratur untuk masuk. Namun ada yang terpaksa ditahan sebab terlampau sesak dan padat. Takut juga nanti ada yang pengsan. Setelah menyelinap masuk, baru Budiey dapat lihat Planet Hollywood yang selama ini dipenuhi meja dan kerusi, telah dipenuhi dengan manusia. Seingat Budiey, inilah kali pertama Planet Hollywood dibanjiri manusia sebanyak ini sehingga sukar untuk lalu lalang. Pecah rekod lah ni kiranya. Agak-agak berapa agaknya Planet Hollywood untung pada malam tadi ya. Khabarnya, peminat sudah menunggu di sini sejak pukul 8 malam lagi. Meja dan kerusi di Planet Hollywood terpaksa ‘dibuang’ seketika untuk mentransformasi ruang bawah tanah PH menjadi satu dewan besar. Tapi sayang masih lagi sempit tidak ada ruang untuk saya bernafas. Gua lemas la beb! Lu tak lemas ke, bro?

Tiba saatnya, kemunculan Amy Search disambut dengan sorakan yang kuat sekali. Membuka tirai dengan dua buah lagu, suara garing dan nyaring Amy Search berdentum hebat dengan muzik rock membuatkan peminat sudah tidak dapat duduk diam. Saya berpuas hati dengan pemilihan lagu di mana lagu yang dibawa sememangnya mesra di telinga. Antaranya lagu Isi dan Kulit, Mentari Merah Di Ufuk Timur, Nantikan Gerimis, Pelesit Kota, Gadisku, Isabella dan beberapa buah lagu yang dipetik dalam album Gothik Malam Edan iaitu Yin & Yang, Memoria Anna, Neo-Romantik, Lara Tari Pencinta dan lagu dari album Double Trouble. Eh, selain Joe Wings, ada pemain keyboard tambahan… tak ingat dah apa nama dia… hahaha… memang cool giler dia ni. Hillary Ang lak macam orang mengantuk je, selalu pejam mata main gitar. Khusyuk sangat kot. Ambik feel.

Untuk menyemarakkan Hari Merdeka, Search turut nyanyi lagu 31 Ogos yang dengan iringan semua yang hadir dengan begitu semangat sekali. Gegeriuh sungguh! Bunyi memang kuat sampai telinga Budiey rasa bengang dan hampir pekak.

Oklah showcase gempak camni, yang ngantuk rasa tak ngantuk, yang letih jadi tak rasa letih, kaki penat dan lenguh pun tak terasa sangat masa di Planet Hollywood. Bila sampai rumah baru terasa sakit. Letih pulang dari Genting pun tak habis lagi. 

Yang penting untuk peminat Search yang menunggu konsert band rock yang ditubuhkan pada 1981 ini terubat. Amy ada cakap yang konsert mega Search susah sangat untuk dibuat sebab masalah sponsor dan kerenah birokrasi. Apa-apa pun gua suka Search perform lagi di sini untuk tahun-tahun seterusnya. Kalau dipanjangkan umur lah, kan. Umur Amy Search kurang setahun dengan umur Malaysia. Kalau umur Malaysia 50 tahun, Amy Search pula 49 tahun. Mmm… dah tua tapi masih bertenaga dan mampu untuk menyanyi seperti zaman muda-muda dulu. Lagi satu, Amy Search yang botak lepas pergi umrah ni dengan beraninya melakukan aksi dijulang oleh peminat… Takut juga kalau ada peminat yang meraba-raba Amy. Tapi jangan risau, sebilangan besar peminat yang berada di hadapan tu terdiri daripada lelaki. Takkan lah diorang ni giler nak raba barang Amy Search, kan? Hahaha…

Tengok tu, sampai berpeluh sakan Amy Search… demo panas dih!

Saya kira, ramai yang datang rasanya berbaloi dengan bayaran masuk RM50. Tetapi saya jangka kalau ada yang tak puas hati pun sebab ramai pompuan yang berbadan rendah tak dapat tengok Search perform dengan lebih jelas sebab dihalang oleh lelaki yang lebih tinggi. Jadi, saya nak sarankan kepada Planet Hollywood supaya meninggikan lagi pentas untuk kepuasan peminat.

Ada pembaca yang sempat ke PH semalam? Amacam, rock tak? Rock uuuuu…. Mana lebih rock? Search atau Kerispatih? Vote now!

[tags]search google, search band rock ikon, gothik malam edan, gambar search, lagu search, download lagu search, gothic fashion, gothic font, gothic style, planet hollywood, merdeka, pantun merdeka, pejuang merdeka, download album terbaru anuar zain, mp3 album anuar zain, myzone, maybank2u.com, isabella, gadisku, lagu rozana, showcase search planet hollywood, gotik malam edan, kaza rock, eman manan, wira daim raja endon mastura, gambar intan ladyana seks, lagu torrent, muatturun ringtone search, youtube namewewe, lagu rap namewewe, ella jojie, katie watsaon, madonna, ella ratu rock, jojie bogel, ikon rock malaysia, wings joe wings, eureka, gambar hantu pocong, gambar kumpulan search, sejarah rock malaysia, tips belajar main gitar, belajar muzik, kl plaza, ikea, perabut ikea, drama heroes musim kedua, starworld, AXN, channel v, senarai lagu search, showcase kerispatih, keris patih, kerispatih anugerah era, lirik mengenangmu, video youtube anugerah era keris patih, gambar konsert keris patih, biodata keris patih, gossip keris patih, lagu keris patih hits, era.fm, suria.fm, download lagu keris patih, vanessa hudgens nude, muatturun lagu mp3 keris patih, Arena Of Stars, Genting Highland, filem 9 september, Tropic Jaya Entertainment, carta pop, utorrent download, p2p, muzik mp3, iphone, itunes download, PMP Entertainment, muatturun gratis percuma ringtone, music unlimited, gsc, 18sg, plu, biseksual gambar artis, gambar nasha aziz berkemban bendera malaysia[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Eksklusif AE 07 & Ulasan Album Anuar Zain

Advertorial: iTalk Buddy, Servis Terkini dari Telekom Malaysia