in

Visa Membawa Zlatan Ibrahimović Kembali ke Piala Dunia FIFA Rusia 2018™

Visa melancarkan kempen pemasaran global bersama pemain bola sepak terkenal membantu peminat untuk tidak risau ketinggalan (Fear of Missing Out FOMO) pada musim panas ini.

Visa menambah baik pengalaman di hari kejohanan untuk peminat dengan teknologi pembayaran yang inovatif

Visa (NYSE:V) selaku Rakan Perkhidmatan Pembayaran Rasmi FIFA, hari ini mengumumkan bahawa Zlatan Ibrahimović , pemain bola sepak profesional dan duta untuk kempen pemasaran global Piala Dunia FIFA Rusia 2018™ Visa, akan kembali ke kejohanan bola sepak bersama Visa dan menyertai peminat bola sepak di Rusia pada musim panas ini.

“Saya telah berjanji kepada dunia bahawa saya akan berada di Piala Dunia FIFA Rusia 2018™ dan Visa telah membantu saya dan peminat serata dunia untuk menunaikannya,” kata Zlatan Ibrahimović, lagenda bintang bola sepak Piala Dunia FIFA™. Visa ialah inovatif. Zlatan ialah inovatif. Bersatu kami akan membantu peminat untuk tidak ketinggalan detik-detik di Piala Dunia FIFA™. “

Dengan adanya Visa yang menjadikan pembayaran cepat dan mudah, ia membantu peminat untuk tidak terlepas setiap detik di Piala Dunia FIFA™ tidak kira sama ada mereka pergi ke kejohanan atau menontonnya dari rumah. Peminat di Rusia pula boleh menjimatkan masa di talian dan mempunya lebih banyak masa untuk fokus pada perlawanan dengan menggunakan 3,500 terminal pembayaran dan 1,000 concessionaires mudah alih yang dilengkapi dengan inovatif pembayaran terkini, membayar dengan hanya masuk, sentuh atau imbas. Selain menjimatkan masa pada checkout dan lebih masa untuk fokus pada permainan, peminat juga berpeluang untuk mendapat mengalaman untuk melihat lokasi disebalik takbir melalui akses yang Visa boleh sediakan.

Zlatan dan Pengaruh Menewaskan FIFA World Cup™ FOMO
Piala Dunia FIFA™ Visa “Ultimate FIFA World Cup™ FOMO” akan mendokumenkan perjalanan Zlatan ke perlawanan tersebut dan pengembaliannya ke pentas Piala Dunia FIFA™, sambil memaparkan kemudahan penggunaan teknologi pembayaran tanpa sentuh sepanjang perjalanannya. Visa dan Zlatan akan membantu peminat untuk tidak berasa FIFA World Cup™ FOMO dengan menawarkan imbasan disebalik takbir acara sukan terbesar dunia dengan akses eksklusif Visa dengan membawa ke lokasi dan melihat pemain bersiap sedia sebelum perlawanan sebenar bermula.

Zlatan akan digandingkan dengan selebriti-selebriti sosial media terkenal untuk memastikan semua peminat tidak FOMO. Buat pertama kalinya buat Visa untuk menggabungkan 5 selebriti dari bidang bola sepak, gaya hidup dan fesyen yang diwakili oleh Jerman (freekickerz), Jepun (Kotaro Tokuda), Mexico (Pamela Allier), United Kingdom (Chris MD) dan Rusia (Tatiana Vasilieva). Beberapa selebriti ini akan muncul dalam filem kempen yang berbeza serta menunjukan jutaan pengikut mereka bagaimana teknologi pembayaran inovatif Visa dan akses eksklusif yang membantu peminat berhubung dengan kejohanan.

“Visa komited untuk menambah baik pengalaman peminat di lokasi sukan serata dunia dan Piala Dunia FIFA™ tidak terkecuali” kata Lynne Biggar, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Visa Inc. “Kempen Piala Dunia FIFA™ kami berfokuskan untuk membantu peminat bola sepak antarabangsa untuk tidak ketinggalan detik-detik aksi sama ada dengan memperkenalkan cara pembayaran di stadium yang baru atau memberi peminat di rumah imbasan disebalik takbir perlawanan tersebut.”

Satu kempen kreatif untuk mengikuti pengembaraan Zlatan kembali ke Piala Dunia FIFA™ ini akan dirakam oleh Traktor, seorang pengarah yang memenangi anugerah. Kempen ini akan dihasilkan secara global dan dirakamkan di United Kingdom turut memaparkan gabungan hero lebih 20 orang dan filem social, serta siaran televisyen, digital, video, sosial, cetak dan diluar rumah.

Tanpa Tunai dari Pembukaan ke Penutupan Kejohanan
Visa ialah perkhidmatan pembayaran eksklusif bagi Piala Dunia FIFA Rusia 2018™ untuk kesemua stadium yang menerima pembayaran kad. Di stadium peminat boleh membayar dengan kad kredit dan debit Visa tanpa sentuh dan perkhidmatan pembayaran mudah alih di semua terminal pembayaran tanpa sentuh. Visa juga menyediakan peminat di Rusia produk-produk inovatif yang membantu pengalaman pembayaran yang cepat mudah dan tanpa tunai untuk dibeli seperti:

• 6,500 cincin pembayaran
• 30,000 gelang pembayaran
• Kad prabayar peringatan tanpa sentuh Visa

Untuk berita terkini berkenaan aktiviti Piala Dunia FIFA 2018™ Visa, sertai Visa di @Visa_US dan 31 juta pengikut Zlatan di Instagram @iamzlatanibrahimovic, dengan #PayLikeZlaton atau kunjungi Visa.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

GENG BAZAR Kisah Dugaan Peniaga Bazar Sepanjang Ramadan Ini

Tentang Festival Anggun Life di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor