in , ,

Kim Pan Gon Sifatkan Keputusan Seri 3-3 Dengan Korea Selatan Menakjubkan

Ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Kim Pan Gon menyifatkan keputusan seri 3-3 dengan Korea Selatan pada aksi Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub sebagai menakjubkan.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu menegaskan apa yang diraih dalam pertembungan dengan pasukan di ranking ke-23 dunia itu adalah hasil usaha keras pemain yang berjuang hingga wisel penamat.

Bagaimanapun, Pan Gon mengakui bahawa Korea Selatan tetap berada pada tahap yang berbeza dengan pemain Harimau Malaya bergelut untuk mengimbangi permainan skuad Jurgen Klinsmann.

Kim Pan Gon Sifatkan Keputusan Seri 3-3 Dengan Korea Selatan Menakjubkan

“Tahniah kepada pemain dan rakyat Malaysia, kami menghargai semua sokongan daripada kerajaan, FAM, kelab, pemain dan rakyat Malaysia. Ia (aksi menentang Korea Selatan) perlawanan yang hebat.

“Ia semua mengenai pemain, apa yang mereka sudah lakukan. Korea menguasai permainan dan pemain saya bergelut untuk menyaingi mereka,”

Harimau Malaya yang berada di kedudukan ke-130 dunia mencalar reputasi Korea Selatan apabila mengikat lawan 3-3, sekali gus memperbaiki pencapaian 2007 yang mana skuad negara gagal meraih sebarang mata pada ketika itu.

Malaysia menutup kempen Piala Asia 2023 dengan menghuni kedudukan keempat kumpulan dan meraih satu mata selepas tewas dua perlawanan awal menentang Jordan dan Bahrain.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suami Amyza Aznan Terpaksa Menjalani Dialisis Seumur Hidup

Konsert DEAN with Tabber Live in Malaysia di WTC KL Anjuran JioBuddy