in

Tentang Festival Anggun Life di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor

HIMPUN SELEBRITI & PELBAGAI JENAMA POPULAR!
8 & 9 Jun di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor

Buat julung kalinya, Media Prima Berhad akan menganjurkan festival Anggun Life yang menghimpunkan pelbagai jenama popular yang menawarkan barangan, fesyen, kecantikkan, gaya hidup dan kesihatan di bawah satu bumbung. Anggun Life akan singgah di dua lokasi iaitu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada 8 & 9 Jun bersempena sambutan syawal yang bakal tiba nanti dan di Kuala Lumpur di penghujung tahun 2018.

POSTER_BOTH_CALL FOR ENTRY

Anggun Life menampilkan Amar Baharin dan Amyra Rosli sebagai Duta. Para pengunjung tidak hanya dapat membeli belah barangan kesukaan mereka, malah turut berpeluang untuk menyertai bermacam lagi aktiviti yang disediakan. Orang ramai boleh beramah mesra dengan duta Anggun Life dan juga artis-artis Drama Sangat seperti Izzue Islam, Nina Iskandar, Saharul Ridzuan yang dibawakan khas sempena Anggun Life. Tidak ketinggalan, jurugaya terkenal seperti Tym Fatimah, Min Luna, Watiey Abdullah dan instafamous Sharifah Rose akan berkongsi tips mengenai penataan gaya, solekan dan penggayaan tudung di gerai “Hijab & Heels” dan banyak lagi!.

Lebih 100 vendor akan turut serta menjual pelbagai barangan menarik dan antara selebriti yang turut serta menjadi vendor menjual produk keluaran mereka sendiri di Festival Anggun Life ialah, Remy Ishak, Sherry Ibrahim, Mia Ahmad, Yana Samsuddin & Fadzil Zahari, Zul Huzaimi, Fedtri Yahya, Ameera Zaini, Chef Naem, Mak Cun, Dayah Bakar, Nadya Syahera dan Nora Lunia dan ramai lagi!

Wanita Hari Ini (WHI) akan turut membuat liputan secara langsung di sepanjang festival ini berlangsung di mana Fiza Sabjahan, Hazrena Kassim dan Uyaina Arshad juga merupakan personaliti Anggun Life. Satu kempen Program Khidmat Masyarakat (CSR) iaitu “Baju Baharu Di Hari Raya” turut dijalankan bagi memperkuatkan lagi penganjuran Anggun Life. Para pengunjung dan peniaga yang menyertai Anggun Life di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor untuk menyumbangkan pakaian baharu yang dapat dipakai untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sumbangan boleh disalurkan menerusi kotak khas yang disediakan oleh Media Prima Berhad dan hasil sumbangan itu akan diserahkan kepada rumah anak-anak yatim di sekitar Johor Bahru.

POSTER ANGGUN LIFE

CJ WOW SHOP akan turut turun padang menyertai festival ini bersama hos-hos CJ WOW SHOP seperti Diana Rusdi, Chef Brian, Mimie Haris serta Zaim Helmi Zaini yang akan mengadakan sesi ramah mesra dan demo produk CJ WOW SHOP. Di samping itu, mereka juga akan mempromosikan kempen Ramadan Raya Bersama WOW serta peraduan Cuti Raya WOW yang berlangsung dari 11 Mei hingga 24 Jun 2018.

Tidak ketinggalan, tonton juga akan turut serta di festival Anggun Life dengan membawakan Xtra FB Live Corner yang dihoskan oleh Nisa Kay. Orang ramai juga boleh mengambil gambar di photobooth khas yang disediakan oleh tonton bercirikan video animated. Di samping itu, orang ramai juga turut boleh menikmati wifi secara percuma dengan hanya memuat turun aplikasi tonton atau mengikuti laman sosial tonton. Tidak ketinggalan, orang ramai juga boleh beramah mesra dengan para pelakon “Wan Peah Balik Beraya” iaitu Zee Zainal, Ashraf Jamaludin dan Bell Ngasri untuk sesi ramah mesra. tonton turut menjual langganan VIP dan barangan tonton dengan harga diskaun sempena Ramadan Raya 2018.

Bagi mereka yang ingin menyertai Anggun Life sebagai vendor, boleh layari www.anggunlife.com.my atau hubungi talian 03-76213333 (sambungan: 12046/12051) untuk sebarang pertanyaan dan pembelian ruang niaga. Nikmati potongan RM500 bagi 20 peniaga yang terawal membuat pembelian booth! Tarikh tutup permohonan adalah sebelum 31 Mei 2018.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Visa Membawa Zlatan Ibrahimović Kembali ke Piala Dunia FIFA Rusia 2018™

Demam Piala Dunia RTM Dalam Dokumentari THE ROAD TO RUSSIA