in , ,

WOWSHOP Kini Berwajah Baharu, Tampil dengan Lebih Segar & Lebih Berani

Ketibaan Yang Ditunggu! WOW Serba Baharu! WOWSHOP baharu yang lebih segar, lebih berani dan menjanjikan lebih kegembiraan untuk pelanggan beli belah dari rumah!

WOWSHOP, rangkaian beli-belah dari rumah kegemaran rakyat Malaysia kini bersedia membawakan WOW yang lebih segar dan lebih berani kepada setiap rumah di Malaysia. Dengan lebih dari 2 juta pelanggan dan lebih dari 6000 episod yang telah disiarkan, ia kini muncul dengan penampilan baharu yang menyuntik kesegaran kepada jenamanya dan memikat pelanggan dengan lebih rasa wow untuk pengalaman beli belah dari rumah yang hebat. WOW serba baharu menjanjikan pelanggan lebih sebab untuk tersenyum dengan Produk WOW, Khidmat WOW dan Kandungan WOW.

Penjenamaan semula ini tepat pada waktunya kerana WOWSHOP Sdn bhd (dulu dikenali sebagai MP CJ ENM Sdn Bhd) kini dimiliki sepenuhnya oleh Media Prima Berhad, yang memperoleh baki pegangan untuk segmen beli-belah dari rumah, lalu menjadikannya anak syarikat penuh kumpulan media ini.

WOWSHOP Kini Berwajah Baharu

Bagi meraikan kelahiran semulanya dengan “All New WOW”, WOWSHOP akan melancarkan kempen “30 DAYS OF WOW”. Kempen ini akan bermula pada 1 November 2020 hingga 30 November 2020 dengan rancangan-rancangan harian di TV9 dan 8TV yang memaparkan pelbagai promosi serta hadiah istimewa dan mata ganjaran tunai yang menambah nilai kepada setiap pembelian pelanggan sepanjang promosi ini.

Pelanggan yang menonton siaran TV9 pada pukul 9.30 pagi setiap hari dan membuat pembelian ketika siaran langsung akan menerima hadiah eksklusif “The WOWSHOP Bag” (selagi stok masih ada). Sementara itu, pelanggan yang menonton 8TV pada pukul 11:30 pagi dan membuat pembelian dalam talian semasa siaran langsung pada waktu yang sama akan menerima WOW CASHBACK tambahan sebanyak 6% di samping 5% WOW CASHBACK sedia ada.

WOWSHOP serba baharu akan membawakan lebih banyak senyuman kepada pelanggan demi memperkukuhkan kehadirannya di pasaran runcit dan perdagangan. Ia bertujuan untuk memberikan pelanggan pengalaman yang lebih WOW dan interaktif melalui kandungan, produk dan pelbagai perkhidmatannya.

WOWSHOP Kini Berwajah Baharu

“WOWSHOP dibangunkan untuk menjadi kuat dan tangkas dan ia merupakan jenama yang pantas memahami keperluan pelanggan. Kami sentiasa berevolusi bagi membantu pelanggan berkembang jauh dalam hidup untuk masa depan yang lebih baik dan cemerlang. Hari ini saya sangat gembira untuk melancarkan WOW yang baharu, jenama yang juga bertindak sebagai pembeli peribadi pelanggan dan akan terus membawakan lebih banyak kebahagiaan dan tentu sekali lebih banyak senyuman ke dalam hidup mereka.” kata Yang Hyun Kim.

WOWSHOP juga akan bekerjsama dengan syarikat induknya, Media Prima Berhad, melalui kempen penjenamaan semula holistik Media Prima Berhad dan akan mendapat liputan di seluruh program popular rangkaian televisyennya seperti Wanita Hari Ini, Borak Kopitiam, Melodi, Nona, MBuzz, Living Delight, dan Majalah 3. Turut dicipta ialah muzik tema bertajuk Hidup Mesti Ada WOW / Tian Tian Jing Chai Tian Tian WOW, yang ditulis oleh Audi Mok, Ahmad Izham Omar, Shazee Ishak, Tilla Hanna, Hong Joon Sim dan Ong Yin Yin (Melissa) yang akan dimainkan di stesen-stesen radio Ripple Media iaitu One FM, Fly FM, Hot FM dan Kool FM untuk melebarkan lagi jangkauan WOWSHOP. Muzik tema yang memikat hati, santai dan memberi rasa gembira itu menyempurnakan semangat WOWSHOP yang baharu.

WOW serba baharu juga kini ke arah membina interaksi yang lebih dekat dan lebih diperhebat buat pelanggan-pelanggannya dengan memperkenalkan avatar dalam talian, SIS WOW. Wajah baharu WOWSHOP ini akan muncul di paltform digital dan akan beraksi sebagai pembeli peribadi untuk pelanggan. SIS WOW akan berkongsi tip-tip dan cadangan gaya hidup serta akan membimbing pelanggan dengan pelbagai maklumat untuk produk dan perkhidmatan yang akan membantu mereka untuk membuat pembelian yang lebih baik dan lebih tepat. Syarikat juga sedang giat menaik taraf platform e-dagangnya untuk menjadi lebih mesra pengguna dan berfokus kepada kemudahan mobil.

Pelancaran logo baharu yang memberikan pengalaman lebih segar, jenama lebih mesra dan lebih mapan kepada pelanggan

WOWSHOP kini menawarkan lebih dari 5,000 barangan di pelbagai platformnya, daripada produk isi rumah hingga ke barangan elektrik, kecantikan, fesyen dan perkhidmatan di mana 70% barangan yang dijual di rangkaiannya terdiri dari jenama tempatan termasuk Mugen, Riino, Elba, Habib, Ariani dan Simplysiti.

Syarikat juga telah memudahkan pelanggan dengan memperkenalkan pelbagai kaedah pembayaran termasuk bayaran e-Dompet seperti Boost, GrabPay, Touch n’ Go eWallet dan juga MAE oleh MAYBANK2U. Selain daripada kaedah tunai semasa penghantaran, pelanggan boleh memilih pelbagai kaedah pembayaran lain ketika mendaftar keluar semasa pembelian dalam talian termasuk kaedah pembayaran terbaharu yang menawarkan Skim Pembayaran Mudah.

WOWSHOP Kini Berwajah Baharu

Demikianlah, WOW yang berwajah baharu bermatlamat untuk sentiasa memberikan pengalaman WOW kepada pelanggannya dan memastikan sentiasa mendukung slogan syarikat, HIDUP MESTI ADA WOW!

Pelanggan boleh menonton siaran demonstrasi WOWSHOP di pelbagai saluran TV iaitu di TV3, ntv7, TV9, 8TV, MYTV dan TONTON. Pelanggan Astro boleh menonton di ntv7 – saluran 147, 8TV – saluran 148 dan TV9- saluran 149. Tidak lupa juga di MyFreeView saluran 104 & 106

Pelanggan boleh membeli produk yang dilihat di TV melalui:

  • Panggilan telefon ke talian bebas tol 1-800-18-0808
  • Dalam talian di laman web hhtp://​www.wowshop.com.my

• Muat turun aplikasi mobil WOWSHOP daripada Google Play (Android) atau App Store (iOS)

Mengenai WOWSHOP

WOWSHOP ialah rangkaian membeli-belah dari rumah yang inovatif, yang boleh diakses di platform televisyen, dalam talian dan aplikasi mudah alih, membawakan kepada rakyat Malaysia pengalaman visual, interaktif dan menyeluruh yang unik. Ditubuhkan pada tahun 2016, syarikat ini menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi yang bertujuan memperkayakan kehidupan orang ramai. Sebagai syarikat perdagangan media utama yang berorientasikan pelanggan di Malaysia, kami membolehkan orang ramai berbelanja dengan selesa, sama ada di rumah atau di mana sahaja pada bila-bila masa.

Untuk maklumat lanjut, lawati:​ ​www.cjwowshop.com.my

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ekonomi Makin Gawat, Ini Punca Kerajaan Sukar Benarkan Pengeluaran Akaun 1 KWSP

Filem MUKHSIN Arahan Yasmin Ahmad Ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Tokyo