in , ,

Video Watie Berbusana Songket Undang Komen ‘Double Meaning’ Netizen

Salah satu video menunjukkan Watie menggayakan busana songket traditonal berserta aksesori di tangan dan kepala meraih perhatian netizen.

Pelawak dan penyampai radio, Shuib dan tunangnya, Watie Hanifah, kini sedang menantikan dengan tidak sabar pernikahan mereka yang akan berlangsung dalam 10 hari.

Malam semalam, pasangan tersebut mengadakan majlis malam berinai bertemakan padang pasir yang meriah, dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.

Video tersebut dengan tontonan lebih 2.4 juta menerima komen double meaning kerana busana yang dipakai dianggap terlalu ketat dan tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung.

Selalunya kita akan lihat lelaki yang komen sebegini tetapi video Watie ini turut meraih perhatian kaum Hawa dan sesetengah daripada mereka memberikan komen tentang hal yang sama.

Ada yang akui mereka sebagai wanita berasa malu selepas melihat Watie berpakaian ketat sebegitu dan menjadi tatapan umum.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Faizal Tahir Akui Tiada Kuasa Tentukan Harga Tiket Konsert Yang Terlalu Mahal

Astro Originals Lancar Drama Siri Terbaharu JACK YUSOF Lakonan Rosyam Nor