in , ,

Twincity Marathon 2024 Meriah Dengan Tema Rumah Terbuka Raya 

Twincity Marathon 2024: Menjelang 10 Tahun Penganjuran

Twincity Marathon, sebuah acara larian yang telah dianjurkanselama sembilan tahun berturut- turut, kini memasuki tahun untuk menuju jubli emas pada tahun 2025! 

Acara tahunan yang dinantikan ini, yang dianjurkan oleh Ten Senses (M) Sdn Bhd, akan sekali lagi menyaksikan pelari-pelari berkumpul pada 28hb April 2024 di Persiaran Flora.

Twincity Marathon 2024 Meriah Dengan Tema Rumah Terbuka Raya

Tahun ini buat pertama kalinya, Twincity Marathon akan berlangsung selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ini bertujuan untuk meraikan semangat aidilfitri dan kebersamaan bersama pelari-pelari yang setia menyokong acara ini setiap tahun. 

Seperti tradisi Twincity Marathon, setiap tahun peniaga tempatan dijemput untuk menyediakan hidangan di booth yang disediakan dan disajikan secara percuma kepada para peserta, akan tetapi pada tahun ini penganjur juga akan mengadakan rumah terbuka raya, lengkap dengan lemang dan hidangan raya yang akan disajikan kepada semua peserta.

Twincity Marathon 2024 Meriah Dengan Tema Rumah Terbuka Raya

Pendaftaran untuk Twincity Marathon 2024 telah mencatatkan jumlah peserta yang mengagumkan, dengan lebih daripada 8000 peserta dari lebih 24 negara termasuk Qatar, Brazil, Kenya, Hong Kong, Singapura, Brunei, United Kingdom, dan banyak lagi.

Pada tahun ini juga, acara larian menawarkan empat kategori yang berbeza: 5km, 12km, 21km, dan 42km. Ianya sesuai untuk keluarga yang ingin berlari secara santai dan pelari yang bersaing untuk mempertaruhkan rekod peribadi, Twincity Marathon memastikan bahawa terdapat sesuatu untuk setiap peserta yang mengikuti acara ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ChocoAlbab

Peluang Menangi Proton X70 Bersama ChocoAlbab di Karnival Jom Heboh

This is THE A.C.A.B. Indie Nostalgic Showcase Meet & Greet 2024 (One Night Only)