in , ,

Sinopsis Drama LEHA, LEYA LAWA Lakonan Didi & Bella Astillah di tonton

Muaz Dan Bella Bercinta? Saksikan Lakonan Mantap Mereka Menerusi Drama Terbaharu ‘Leha, Leya Lawa’, Eksklusif Di Tonton!

Terbaharu di Tonton, Leha, Leya Lawa mengisahkan tentang Leha (Bella Astillah), seorang gadis yang berusia 30an kekal teguh, berdikari dan kuat dalam meneruskan legasi bisnes arwah ibunya, butik pengantin di kampung.

Leha sentiasa menitikberatkan sudut positif dalam setiap ujian yang melandanya, namun mampukah beliau menempuh segala badai ujian ketika ingin mengembangkan bisnes beliau? Berjayakah Leha membahagiakan dirinya dan keluarga? 

Sinopsis Drama Leha, Leya Lawa Lakonan Bella Astillah di tonton

Jangan lepaskan peluang untuk saksikan drama terbaharu Leha, Leya Lawa bermula pada 29 April 2024 eksklusif di Tonton. Strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store. Drama ini menggandingkan pelakon-pelakon hebat seperti Bella Astillah, Didi Astillah, Muaz Zabir, Ezaidi Aziz, Hazeeq Dean, Ropie, Amyza Aznan, Fathil Dani dan Carissa Azhar. 

Drama bersiri 15 episod terbitan Million Pictures Sdn Bhd yang pertama kali menggandingkan adik-beradik ini merupakan idea asal pengarah, Azhar Khalid dan Hana Hussain sebagai penerbit. Pelbagai mesej yang ingin disampaikan menerusi drama ini, antaranya adalah unsur-unsur kekeluargaan, persahabatan dan percintaan. 

Sinopsis Drama Leha, Leya Lawa Lakonan Bella Astillah di tonton

Leha mempunyai seorang adik, Leya yang merupakan seorang yang manja dan kuat merajuk. Leha dan Leya sama-sama mengusahakan butik pengantin peninggalan arwah ibunya dan masing-masing mempunyai kepakaran tersendiri seperti Leha pakar dalam bidang solekan serta reka bentuk manakala Leya pula mempunyai kepakaran dalam bidang masakan dan dekorasi.

Leya sedang hangat bercinta dengan Jangkho (Ezaidi Aziz) seorang anak muda yang terpengaruh dengan cara pemakaian K-Pop. Leya dan Jangkho mempunyai persamaan dari segi citarasa dan minat tetapi hubungan mereka terganggu dengan kehadiran Rahmah (Shaza Bae), bekas kekasih Jangkho. 

Sinopsis Drama Leha, Leya Lawa Lakonan Bella Astillah di tonton

Kehadiran John (Muaz Zabir) dalam hidup Leha pada mulanya dianggap sebagai satu musibah, namun lama kelamaan mereka mula jatuh cinta. Kisah cinta mereka terganggu akibat pelbagai konflik yang dihadapi, tambahan mereka juga turut mempunyai jurang perbezaan umur yang jauh. Berjayakah Leha menamatkan zaman bujangnya? Apakah nasib yang bakal menimpa adik-beradik ini?

Saksikan Leha, Leya Lawa dengan memuat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store, atau layari www.tonton.com.my untuk menikmati pengalaman penstriman premium iaitu strim secara HD dimana ia pasti memberikan keseronokan berganda kepada anda! 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Iss Arrfan Lancar Single Kekasih Hati Versi Solo Prekuel Kepada Versi Duet

4 Juta Dijangka Tonton Episod Akhir Drama Bersiri Lelaki Itu Malam Ini!