in ,

Undian Pemenang Utama ICSYVMY3 Kini Bermula

Selesai 11 episod I Can See Your Voice Malaysia Musim 3 (ICSYVMY3) dengan episod raya yang menampilkan Ramlah Ram sebagai artis jemputan, tujuh penyanyi sebenar bakal mencapai impian untuk bergelar artis dan memiliki sebuah single!

Untuk makluman, semua penyanyi misteri yang berjaya ke pusingan akhir akan memenangi hadiah iaitu hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 untuk penyamar bersuara sumbang manakala penyanyi sebenar akan berpeluang untuk bersaing menjadi artis di bawah naungan Monkey Bone dan Warner Music serta layak untuk merakamkan sebuah single! 

I Can See Your Voice Malaysia Musim 3 Edisi Raya yang baru saja disiarkan malam tadi (31 Mei 2020) membuka tirai dengan persembahan lagu ‘Hari Raya Hari Bahagia’ oleh Ramlah Ram yang telah menghidupkan suasana raya dan mengimbau nostalgia raya kepada para penonton. Gelak ketawa bersama dengan panel penyiasat tetap iaitu Yusry Abdul Halim, Jihan Muse dan Mark Adam serta penyiasat jemputan iaitu Awal Ashaari dan Scha Alyahya, episod raya ini bermula dengan lancar apabila Ramlah Ram berjaya menyingkirkan seorang penyamar bersuara sumbang di pusingan 1. 

EP1 Syed Noh Aljeffri  01

Walaupun Ramlah Ram tersilap menyingkir dua penyanyi sebenar di pusingan 2 dan 3, tetapi beliau tetap tenang dan tidak terpengaruh dengan pendapat panel penyiasat untuk memilih pasangan duet di pusingan akhir. 

Ternyata pilihan Ramlah Ram adalah tepat! Secara automatik, Ahmad Syamim juga layak bersaing dengan 6 penyanyi sebenar yang terpilih untuk menjadi artis naungan Monkey Bone dan Warner Music serta rakaman sebuah single

Pemenang utama akan ditentukan oleh barisan juri profesional (60% markah) dan undian atas talian oleh orang ramai (40%). Barisan juri profesional pula terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar, wakil Warner Music, Raqeem Brian dan juga komposer terkenal iaitu Yusry Abdul Halim, Audi Mok dan Mas Dewangga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 15 Jun 2020 menerusi laman sosial Facebook & Instagram @TV3Malaysia dan Instagram @SenangTerhibur . 

EP8 Firas Aliyan 01

Klip video persembahan kesemua penyanyi sebenar telah dimuat naik di www.xtra.com.my/icsyvmy untuk undian orang ramai bermula dari 31 Mei 2020 hingga 14 Jun 2020. Berikut ialah senarai lagu yang dipersembahkan oleh mereka:

NOMBOR  EPISODNAMA PENUHTAJUK LAGU 
1Syed Noh Aljeffri Terabadi – Daniesh Suffian 
2Norisma Ummirah Sumpah – Aina Abdul
4Mohd Harith DanialJodoh Berdua – Hafiz Hamidun
8Firas AliyanSelamanya – Usop
9Clinton Jerome ChuaI Want You To Love Me – Alif Satar
10Mohd Akmal Izzat Sumpah – Naim Daniel
11 (RAYA)Ahmad SyamimBisa Aja – Faizal Tahir

Selain itu, jangan ketinggalan untuk menyaksikan 10 episod baharu ICSYVMY3 mulai 21 Jun, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3. 

ICSYVMY3 dihoskan oleh Shuk Sahar dan Sean LJE , menampilkan Digi sebagai penaja utama dan Oppo sebagai penaja bersama. Disokong oleh Hot FM sebagai radio rasmi, manakala xtra, Oh Bulan! dan Senang Terhibur ialah rakan digital. Kru penerbitan ICSYVMY3 diketuai oleh Mas Ayu Haji Ali sebagai penerbit eksekutif dan Lucent Chong Kien Wen sebagai penerbit dari Primeworks Studios.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.tonton.com.my dan www.xtra.com.my , ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. 

EP4 Mohd Harith Danial 02

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Artis Popular Ceriakan Kanak-Kanak Dalam Program CHAN MALI CHAN

Tahniah! Drama BUKAN GADIS BIASA Raih 27 Juta Tontonan