in , ,

Ulasan Ronan Keating Concert Live In Malaysia 2023 di Arena of Stars

Penyanyi pop Ireland Ronan Keating telah berjaya menghiburkan 4,700 peminat Malaysia pada konsert Ronan Keating Live In Malaysia 2023 yang diadakan pada 19 Ogos lalu.

Ronan Keating yang popular dengan lagu When You Say Nothing At All akhirnya mengotakakan janjinya untuk kembali mengadakan konsert di Malaysia.  

Konsert Ronan Keating Concert Live In Malaysia 2023 anjuran MIC Entertainment Group itu yang berlangsung pada 19 Ogos lalu telah menghimpunkan lebih 4.700 peminat di Arena of Stars, Resorts World Genting, Genting Highlands.

Ronan Keating Concert Live In Malaysia 2023

Peminat bersorak, bertepuk tangan dan menyanyi bersama idola mereka sepanjang konsert dua jamnya di Arena Of Stars di Resorts World Genting pada pukul 8.30 malam.

Konsert yang disifatkan oleh peminat sebagai malam “muzik ajaib”, menyaksikan penyanyi utama Boyzone itu menyanyikan lagu serenakan rakyat Malaysia dengan 20 lagu hits terhebatnya, termasuk When You Say Nothing At All, No Matter What, Picture Of You, Father And Son dan Baby Can I Hold You.

Ronan Keating Concert Live In Malaysia 2023

Penyanyi kelahiran Ireland itu tampil membuka persembahan dengan lagu Heyday dan Lovin’ Each Day dan Breathe sambil bermain gitar, biarpun hanya pemanas acara namun Ronan cukup bijak berinteraksi dengan peminatnya.

Meskipun rata-rata peminat yang hadir berusia lebih 40an ianya sekaligus memberi ‘makna’ tersendiri.  Energi Ronan terus ‘memakukan ‘ hadirin dengan untaian melodi In This Life, Fathers & Son Serta No Matter What.

Ronan Keating Concert Live In Malaysia 2023

‘Keintiman’ Ronan bersama peminat tidak perlu diperjelaskan segalanya terungkap apatah lagi antusiasmenya yang cukup memberi makna serta warna seraya melagukan lagu-lagu seperti One More Song, Last Think On My Mind, Love Me For A Reason dan Nothing At All.

Konsert Ronan Keating Concert Live In Malaysia 2023 yang berdurasi selama 2 jam itu pasti tidak bermakna tanpa adanya lagu-lagu yang terus menaikkan popularitinya setelah bergerak secara solo. Going Gets Tough, Pictures Of You, Brown Eyed Girl dan Life Is A Rollercoater yang menutup siri jelajah Ronan Keating di Malaysia.

Konsert Keating yang berusia 46 tahun itu dianjurkan oleh MIC Entertainment Group dan menandakan kepulangan penyanyi itu ke Malaysia selepas pandemik Covid-19.

Ronan Keating Concert Live In Malaysia 2023

Keating memulakan kerjaya pada awal 1990-an dengan Boyzone yang kini sudah pun tiada lagi – salah satu kumpulan lelaki paling terkenal dalam generasinya dengan senarai panjang single yang menduduki carta teratas yang melanda seluruh dunia.

Menyertai barisan pemuzik Ireland yang lain dengan kehadiran global, termasuk Westlife, yang mana beliau pernah menjadi pengurus bersama, Keating telah menjual lebih 20 juta rekod di seluruh dunia sebagai artis solo dan 25 juta rekod dengan Boyzone.

Untuk rekod, album Boyzone yang ketika itu turut dianggotai oleh Shane Lynch, Keith Duffy dan Mikey Graham telah terjual lebih 25 juta unit di seluruh dunia manakala album solonya terjual lebih 20 juta unit.  

Ronan Keating Concert Live In Malaysia 2023

Selama bertahun-tahun, Keating telah mencipta nama untuk dirinya bukan sahaja sebagai penyanyi dan penulis lagu tetapi juga sebagai hos televisyen, pelakon dan kempen untuk kesedaran kanser.

Tidak hairanlah mengapa Ronan Keating terus relevan dan diminati sehingga kini. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

Ini Cara Melancong Lebih Jimat Dengan TEMPAT TEMPAT PERCUMA AirAsia

SAMSUNG

Samsung Odyssey OLED G9 Dinamakan ‘Pilihan Editor’ & ‘Pilihan Teratas’