in , ,

Ini Cara Melancong Lebih Jimat Dengan TEMPAT TEMPAT PERCUMA AirAsia

Destinasi pelancongan impian anda kini bakal menjadi kenyataan!

Sama ada anda ingin melancong ke bandar raya seperti Kuala Lumpur, Bangkok, Jakarta, Seoul, Tokyo, Beijing; menyelami pelbagai budaya di Siem Reap, Yogyakarta, Hanoi, Yangon; atau bersantai di persisiran pantai di Krabi, Langkawi, Phu Quoc, Gold Coast, Maldives atau Lombok, ini adalah peluang keemasan untuk menempah percutian anda tanpa perlu berbelanja besar dengan tawaran TEMPAT DUDUK PERCUMA* AirAsia!

Ini Cara Melancong Lebih Jimat Dengan TEMPAT TEMPAT PERCUMA AirAsia

Sebelum menempah penerbangan anda, ketahui cara-cara untuk menempah tiket penerbangan bagi mendapatkan tawaran luar biasa AirAsia:

  • Sentiasa peka: Tetapkan penggera, notifikasi kalendar, atau ajak rakan perjalanan anda untuk siap sedia menempah tawaran TEMPAT DUDUK PERCUMA* yang bermula hari ini hingga 27 Ogos 2023.
  • Semak tarikh: Rancang lebih awal dan pastikan tarikh perjalanan anda fleksibel untuk meningkatkan peluang menempah tempat duduk percuma ini. Jika anda mempunyai beberapa tarikh pilihan, ia juga akan membantu anda membuat tempahan dengan lebih mudah. Promosi ini sah untuk perjalanan antara 19 Februari 2024 dan 15 Disember 2024 (kod penerbangan D7, XJ) dan sehingga 19 Januari 2025 (untuk kod penerbangan: AK, FD, Z2, QZ).
  • Sedia meneroka: Walaupun anda tertarik untuk menempah destinasi popular, cuba terokai destinasi unik seperti Medan, Kunming, Cebu, Nha Trang dan lain-lain. Destinasi-destinasi ini mungkin akan menjadi tempat percutian baharu kegemaran anda.
  • Susun strategi: Jangan risau jika anda ingin membawa lebih barangan, kerana anda akan mendapat lebih penjimatan dengan diskaun sehingga 50 peratus untuk bagasi berdaftar 30kg apabila anda membuat pra-tempahan bagasi semasa membuat tempahan penerbangan untuk memaksimumkan penjimatan.
  • Satu aplikasi: Muat turun airasia Superapp daripada Apple App Store, Gedung Google Play atau Huawei AppGallery hair ini untuk pengalaman perjalanan yang lancar dan dipertingkatkan, termasuk berhubung dengan pengembara berpengalaman melalui airasia Chat untuk mendapatkan tips perjalanan yang lebih jimat.

*Tawaran TEMPAT DUDUK PERCUMA ini tidak termasuk cukai lapangan terbang,fi MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan. Tambang termasuk semua sehala ke destinasi domestik bermula daripada RM25 termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan. Tambang ke destinasi Asean dan seterusnya sehala bermula daripada RM74 termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAMSUNG FLIP SERIES

Meneroka Legasi Penciptaan & Ekspresi Diri Samsung Galaxy Z Flip Series

RONAN KEATING

Ulasan Ronan Keating Concert Live In Malaysia 2023 di Arena of Stars