in , ,

Timur Kembali Membawa Kelainan Single Ketiga Berjudul LOVE YOU NOW

Setelah melancarkan dua single bergenre pop dance, Timur kembali membawa kelainan dengan melancarkan lagu bergenre balada, “Love You Now“ sebagai single ketiganya.

Disusun dengan bunyi melodi melankolik serta sokongan vokal yang hebat daripada Timur, “Love You Now” merupakan sebuah lagu balada indah yang menyelami emosi cinta antara dua insan yang tidak sehaluan.

“Love You Now” merupakan hasil ciptaan Henrik Moreborg, Linnéa Deb and Josefin Glenmark manakala terjemahan lirik Bahasa Melayu oleh Omar K dan John Jeeves.

Timur Kembali Membawa Kelainan Single Ketiga LOVE YOU NOW

Kisah disebalik lagu “Love You Now” adalah berdasarkan kisah benar iaitu tentang perasaan cinta antara seorang wanita berusia 40-an dan lelaki berusia 20-an, yang menyedari bahawa walaupun mereka saling mencintai, masa depan mereka tidak sehaluan tetapi mereka masih mahu menikmati masa bersama.

Timur berkata “Saya sangat teruja untuk mempamerkan sisi berbeza saya sebagai seorang artis dengan lagu balada ini. Saya rasa lagu ini sangat indah, dan saya harap semua orang akan suka dan boleh memahami lagu ini”

Video Muzik “Love You Now” merupakan sambungan (Bahagian 3) bagi siri video muzik kuadrilogi arahan Datuk Yusry Abdul Halim dan episod akhir kuadrilogi ini akan terungkai di dalam video muzik single keempat Timur. 

Video muzik kali ini mengisahkan tentang Timur yang ditangkap oleh Justin iaitu seorang anggota polis setelah disyaki terlibat dalam kes rompakan bank, namun ketika dia terus menyiasat… mungkin dia akan mendapati bahawa ada kebenaran lain disebalik kes tersebut.

Timur Kembali Membawa Kelainan Single Ketiga LOVE YOU NOW

Lagu “Love You Now” akan dikeluarkan secara rasmi di semua platform penstriman digital pada 16 Disember 2022 manakala video muziknya akan ditayangkan di saluran YouTube Timur Official pada hari yang sama. 

Seperti single sebelumnya, lagu ini turut dikeluarkan dalam versi Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Mandarin.

Timur Kembali Membawa Kelainan Single Ketiga LOVE YOU NOW

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Travie McCoy

Travie McCoy Tampil Dengan Konsert Pertama Di Malaysia Pada Malam Tahun Baru

BALAN KASH

Balan Kash Lancar Single Melayu Pertama TERIMA KASIH Bersama Hazama