in , ,

Balan Kash Lancar Single Melayu Pertama TERIMA KASIH Bersama Hazama

Lagu berjudul ‘Terima Kasih’, yang didanakan geran Cendana dan My Creative, merupakan kerjasama Balan bersama penyanyi rock terkenal Malaysia, Hazama. 

Balan Kash adalah nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik Malaysia sebagai seorang pemuzik rap berbakat yang serba boleh. Malah, beliau juga dikenali sebagai artis yang mampu menguasai tiga bahasa. 

Sehingga hari ini, beliau pernah bekerjasama dengan beberapa nama hebat lain seperti Joe Flizzow, Reshmonu, Anirudh Ravichander, Santesh dan ramai lagi. Bukan itu sahaja, beliau juga mempunyai rekod penstriman sebanyak 20 juta sepanjang kariernya dalam bidang muzik. 

Balan Kash Bakal Lancar Single Melayu Pertama 'Terima Kasih' Bersama Hazama

Selepas berjaya menembusi pasaran Kollywood dan dunia hiburan Tamil, Balan cuba mengintai peluang baru dengan melancarkan lagu berbahasa Melayu pertama nyanyiannya pada tahun 2022. 

Lagu berjudul ‘Terima Kasih’, yang didanakan geran Cendana dan My Creative, merupakan kerjasama Balan bersama penyanyi rock terkenal Malaysia, Hazama. 

Balan, bersama duo yang banyak menerima anugerah, Mambang dan Navin ‘Navigator’ Kumar, telah menulis ‘Terima Kasih’ ketika pandemik COVID-19 melanda negara. Korus lagu tersebut merupakan idea daripada Balan sendiri, selepas inspirasinya muncul ketika beliau mahu menidurkan anak perempuannya yang berusia dua tahun. 

‘Terima Kasih’ merupakan sebuah lagu yang nyata, dan refleksi jujur tentang hidup saya,” cerita Balan. “Bagi saya, makna lagu ini lebih besar daripada perkataan Terima Kasih itu sendiri. 

Lagu ini menyedarkan saya, bagaimana rasa syukur itu mampu memberikan semangat untuk terus memulakan hari dan menerima apa sahaja yang terjadi- sama ada yang baik, yang buruk, yang tinggi atau yang rendah. Rasa tenang ini boleh hadir dengan mudah apabila kita sering bersyukur untuk setiap perkara.” 

Balan Kash Bakal Lancar Single Melayu Pertama 'Terima Kasih' Bersama Hazama

“Saya sudah lama mengikuti bakat Balan dan karya-karya hebatnya sepanjang kariernya,’ ujar Hazama.

“Saya teruja apabila diberikan peluang untuk bekerjasama dengan nama besar daripada industri muzik Tamil. Sebenarnya, banyak bakat-bakat tempatan yang kurang menerima perhatian daripada media dan orang ramai kerana mereka tidak menyanyi dan melakukan persembahan dalam Bahasa Melayu. Namun, kita semua adalah rakyat Malaysia dan saya mengharapkan kerjasama merentasi bahasa ini dapat diteruskan lagi.”

Video muzik ‘Terima Kasih’ merupakan adaptasi hidup Balan, dan bagaimana beliau membentuk dirinya sebagai seorang artis- bermula sebagai seorang penyanyi indie yang gigih menempa nama dan kini, beliau boleh berbangga selepas mempersembahkan lagunya sendiri, ‘Start That Thiruvizha’ di konsert Anirudh baru-baru ini.

“Kerana rasa cinta dan minat yang mendalam dalam muzik, saya berpeluang untuk berjumpa dan bekerjasama dengan orang-orang yang berbakat, serta idola saya,” tambah Balan lagi.

“Lagu ini juga tentang bagaimana kegigihan saya bekerja dan mengusahakan apa yang saya suka semata-mata untuk menyara keluarga. ‘Terima Kasih’ juga menceritakan siapa saya pada hari ini dan bagaimana saya telah berusaha untuk menjadi yang terbaik, bukan sahaja sebagai seorang artis, tetapi juga sebagai seorang anak, bapa, suami dan rakan.” 

‘Terima Kasih’ akan dilancarkan oleh Believe Music di semua platform penstriman digital pada 16 Disember ini. Video muzik ‘Terima Kasih’ pula akan dilancarkan pada 20 Disember pada laman Youtube label muzik Balan sendiri, Third Eye Music.

Balan Kash Bakal Lancar Single Melayu Pertama 'Terima Kasih' Bersama Hazama

LIRIK TERIMA KASIH BALAN KASH FEAT. HAZAMA

(Pre-Chorus)
Siapalah aku

Tanpa sentuhan mu

Lebih dari lagu
Beri aku peluang bagitahu

(Chorus)

Terima Kasih pada semua
Tak kisah muda atau tua

Hidup ini biar tenang

Hari ini susah, esok boleh senang

Jangan pernah mudah kalah

Rasa syukur pada semua
Hidup takkan selalu mudah

Hari ini susah, esok boleh senang

(Verse 1)

I janji Abang, aku akan jadi JOHAN

Kita kata hustle hari hari, jangan lupa Tuhan

Jangan lupa jasa abah, Jangan cucuk kawan

Pasal duit dan harta boleh buat mereka lawan

Pernah kalah pernah hutang pernah jatuh

Ibu dah bilang bukan senang jadi jaguh

Budak kampung nak tapau Kuala Lumpur

Mereka kata kalau miskin

Tak boleh durian runtuh

Ada yang bilang kerjaya mati, gali kubur

Dah kena lauk hampir maut impian dah runtuh

Aku orang biasa bukan superhero

Kalau jatuh, bangun balik

Hidup bukan muzik video


(Pre-Chorus)

(Chorus)

(Verse 2)

Apa lagi yang aku nak,

Ada Anak (check) ada emak (check)

Ada rumah dalam ada orang rumah

Kalau kira tambah kasih sayang diorang takde jumlah

Sumpah ada dua tiga kawan kawan lama

Dulu sama-sama kecik sekarang matang bersama

Ada jiran satu jalan semua sempoi selamba

Pakcik ah so anneh mami dengan hmmm apa nama

Api air sewa makan gaji dah cover semua

Simpanan hari tua, nak pergi cuti juga

Makan luar sekali sekala

Semua cukup pendek kata ini lah bahagia
Terima Kasih

(Pre-Chorus)

(2 x Chorus)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Timur

Timur Kembali Membawa Kelainan Single Ketiga Berjudul LOVE YOU NOW

Shila Amzah Smile | 13

Shila Amzah Luah Kisah Kegagalan Rumahtangga dalam JAUH HATI