in , ,

Travie McCoy Tampil Dengan Konsert Pertama Di Malaysia Pada Malam Tahun Baru

Konsert dengan judul TRAVIE McCOY NEW YEAR COUNTDOWN FEAT ALEXIS KINGS 2023 dijadual berlangsung pada 31 Disember 2022 mulai pukul 9 malam di Zepp Kuala Lumpur.

Jika sebelum ini beliau terlihat bersama grupnya, Gym Class Heroes, namun kali ini Travie McCoy muncul dengan tour dan konsert sendiri. 

Lebih menarik lagi, Travie yang berusia 41 tahun muncul buat kali pertama di Malaysia untuk menghiburkan para peminat di Kuala Lumpur pada malam tahun baru.

Buat penggemar muzik dengan genre rap, tentulah kehadiran Travie yang sebenarnya mempunyai bakat besar sebagai pemain instrumen dan meminati rock dan menerima dengan senang paduan muzik seperti Reggae dan Pop ini adalah sebuah khabar gembira.

Travie McCoy

Rapper inilah yang berkolaborasi dengan Bruno Mars melalui lagu hit Billionare yang cukup popular pada tahun 2010 lalu. 

Sebagai bonus, pihak penganjur Pushplay Production Sdn Bhd tidak hanya menerbangkan Travie secara solo tetapi menjemput sama Alexis Kings yang akan menghangatkan suasana.

Konsert dengan judul TRAVIE McCOY NEW YEAR COUNTDOWN FEAT ALEXIS KINGS 2023 dijadual berlangsung pada 31 Disember 2022 mulai pukul 9 malam di Zepp Kuala Lumpur.

“Sebagai penganjur kami amat berbesar hati mengatakan projek sulung TRAVIE McCOY NEW YEAR COUNTDOWN FEAT ALEXIS KINGS 2023 sebagai ‘hadiah’ tahun baru 2022 dan mahukan tahun 2023 menjadi sebuah tahun yang lebih baik dari tahun tahun sebelumnya.

“Dengan rekod yang baik, Travie yang memang terkenal dengan muzik santai, rap serta pesanan- pesanan positif yang ada dalam karyanya dilihat sangat bersesuaian dengan visi kami untuk menutup tahun 2022 dengan manis dan membuka 2023 dengan harapan besar yang lebih menguntungkan.

“Lebih bangga TRAVIE McCOY NEW YEAR COUNTDOWN FEAT ALEXIS KINGS 2023 juga adalah konsert rap antarabangsa pertama yang diadakan di Zepp KL. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk ‘berpesta’ dan menikmati malam tahun baru bersama kami,” ujar Nika yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif  Pushplay Production Sdn Bhd.

Travie McCoy

Pada tahun 2010, Travie muncul dengan album solo perdananya yang berjudul Lazarus sekaligus single pertamanya yang bertajuk Billionaire (feat Bruno Mars) telah menawan hati khalayak.

Karier solonya kemudian bergerak stabil dan Travie menghasilkan single demi single yang antaranya mencetak rekod dalam belantika muzik dunia.

Malah untuk memastikan kerjanya terus relevan, Travie yang menandatangani kontrak dengan Hopeless Records telah melahirkan single pertama pada Jun tahun lalu berjudul A Spoonful of Cinnamon.

Travie McCoy

Harga Tiket bermula daripada RM399 (CAT 3), RM499 (CAT 2), RM599 (CAT 1), RM499 (VIP) dan RM8,999 (VVIP BOX) boleh didapati di laman web www.myticket.asia.

Hubungi talian +603 8605 0196 atau emel www.myticket.asia untuk sebarang keterangan lanjut.

Ingat temujanji  tahun baru anda; TRAVIE McCOY NEW YEAR COUNTDOWN FEAT ALEXIS KINGS 2023, 31 Disember 2022 di Zepp KL.

Sila lawati dan ikuti sosial media Instagram @pushplay_production untuk maklumat terkini. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MEERQEEN

Senarai Top 5 Pencalonan GEMPAK MOST WANTED AWARDS (GMWA) 2022

TIMUR

Timur Kembali Membawa Kelainan Single Ketiga Berjudul LOVE YOU NOW