in , ,

Terbongkar! G-Dragon & Jennie BLACKPINK Disahkan Menjalin Cinta Sejak Setahun Lalu

Anggota kumpulan K-Pop terkenal BLACKPINK, Jennie dilaporkan sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan ketua kumpulan BIGBANG, G-Dragon. Berita tersebut didedahkan oleh Instagram portal eksklusif terkenal Korea, Dispatch sebentar tadi.

Portal hiburan Korea, Dispatch melaporkan bintang Korea G-Dragon dan salah seorang ahli kumpulan BLACKPINK, Jennie telah menjalinkan hubungan cinta selama setahun.

BlackPink Jennie is in love. Her boyfriend is her idol GD. They are the two idol singers representing YG. They have been dating for about a year now.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat masih lagi terkejut dengan pengumuman tersebut.

Jennie-Blackpink-Dan-G-Dragon_169

Untuk info: Dispatch yang dikenali sebagai portal eksklusif Korea telah membina reputasi sebagai salah satu sumber untuk berita terkini dan foto paparazzi selebriti Korea.

Sejak tahun 2008, Dispatch terkenal bukan sahaja sebagai sumber berita eksklusif tetapi juga sebagai syarikat media yang pakar dalam meneliti dan mencari maklumat mengenai peristiwa kontroversi selebriti Korea.

Sebagai acara tradisi, Dispatch akan mendedahkan pasangan-pasangan selebriti popular yang bercinta setiap kali tiba tahun baharu.

G-Dragon &Amp; Jennie Blackpink

Dalam laporan itu, mereka mendakwa telah menyaksikan ahli kumpulan BIGBANG itu dan Jennie telah bertemu secara rahsia dan sering meluangkan masa bersama di rumah. Dedahnya lagi, G-Dragon mempunyai parking khas dan lif persendirian di kediamannya yang membolehkan Jennie memasukinya tanpa dikenali orang ramai.

Menurut Dispatch, rutin harian Jennie adalah menziarahi G-Dragon di rumah penyanyi itu sebaik sahaja selesai segala aktiviti sebelum pulang ke rumahnya sendiri.

“BLACKPINK Jennie sedang dilamun cinta. Teman lelakinya adalah idol, GD. Mereka berdua merupakan penyanyi di bawah naungan agensi yang sama, YG Entertainment. Pasangan ini sudah menjalinkan hubungan cinta lebih kurang setahun,” maklumnya.

G-Dragon &Amp; Jennie Blackpink

Bagi pihak pengurusan YG Entertainment pula, mereka tidak boleh mengesahkan sebarang spekulasi memandangkan perihal tersebut merupakan isu peribadi untuk artis naungan mereka.

“Kami Tidak Boleh Mengesahkan Sebarang Perihal Mengenai Kehidupan Peribadi Artis Kami. Kami Harap Anda Semua Faham” Kata Yg Entertainment Dalam Sebuah Kenyataan

Dalam perkembangan lain, menjengah ke laman Twitter yang hangat memperkatakan mengenai hubungan dua bintang ternama ini, segelintir peminat meluahkan rasa sedih apabila melihat berita tersebut disensasikan. Bukan sahaja tidak gembira bahawa kehidupan peribadi selebriti kesayangan mereka itu diintip, malah ada juga yang mendakwa hubungan G-Dragon dan Jennie hanya seperti adik-beradik.

Tahun lalu, Dispatch mendedahkan EXO Kai dan Jennie menjalin hubungan cinta dan berita itu kemudiannya disahkan oleh agensi Kai, SM Entertainment.

Namun selepas sebulan berita itu didedahkan, pasangan ini dilaporkan berpisah setelah empat bulan menjalinkan hubungan cinta.

Awal tahun ini, Dispatch juga telah mendedahkan hubungan cinta pelakon drama terkenal, Crash Landing On You, Hyun Bin dan Son Ye Jin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Janna Nick | 23

Isu Persenda Lisa BlackPink Dah Reda, Janna Nick Kembali Aktif Semula di Instagram

Muhyiddin Yassin | 24

Perdana Menteri Jadi Individu Pertama Terima Suntikan Vaksin Covid-19