in , ,

Perdana Menteri Jadi Individu Pertama Terima Suntikan Vaksin Covid-19

Perdana Menteri, Tan sri Muhiyiddin Yassin menjadi individu pertama di negara yang menerima suntikan vaksin Pfizer BioNtech dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula sebentar tadi.

Menerusi laporan Sinar Harian, pelaksanaan program tiga fasa yang diawalkan dua hari berbanding jadual asal pada 26 Februari (Jumaat) itu bakal menyaksikan lebih 500,000 anggota barisan hadapan menerima vaksin tersebut untuk fasa pertama tersebut dan akan berlangsung hingga April depan.

Mereka telah menerima vaksin tersebut di Klinik Kesihatan Presint 11, Putrajaya merupakan antara lebih 500 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang telah dikenalpasti di seluruh negara.

PM

Selain Muhyiddin, turut dijadualkan menerima vaksin itu pada petang ini ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta  Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba tiba 2.10 petang dan Menteri Penyelaras PICK yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin tiba 2.20 petang turut hadir.

Pada Ahad lalu, sebanyak 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech dihantar ke negara ini dengan sebahagian diterbangkan ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, sementara sebahagian lagi ke Johor.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Terbongkar! G-Dragon & Jennie BLACKPINK Disahkan Menjalin Cinta Sejak Setahun Lalu

Tiger Woods Kemalangan Kereta Terhumban Ke Belukar Jalani Pembedahan di Kaki