in , ,

Isu Persenda Lisa BlackPink Dah Reda, Janna Nick Kembali Aktif Semula di Instagram

Laman sembang kecoh konon akaun Instagram (IG), Janna Nick disekat gara-gara kontroversi artis K-pop yang menjadi topik hangat netizen, sejak akhir-akhir ini.

Tidak menunggu lama, pelakon dan pengacara Janna Nick, 26, kembali aktif di Instagram (IG) yang memiliki 6.2 juta pengikut semalam selepas akaun itu dinyahaktif gara-gara kontroversi artis K-pop. Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner memuat naik dua hantaran iaitu mempromosikan drama lakonannya, Marry Me Senorita dan menulis luahan rasa. Namun, akaun Twitter miliknya masih belum aktif.

Bagaimanapun akaun IG Janna yang sebelum ini dinyahaktif, boleh diakses dengan pelakon Marry Me Senorita itu memuat naik entri.

Difahamkan, Janna perlu menunaikan komitmen dalam mempromosikan produk dan kerjaya lakonan melalui media sosial itu.

IG JANNA NICK

Pada entri terbaru yang dimuat naik, Janna yang masih membisu selepas mengeluarkan kenyataan berhubung kontroversi artis K-pop mempromosikan drama Marry Me Senorita arahan Michael Ang.

“Anda takkan dapat kawal bagaimana orang menerima tenaga yang anda berikan. Semua yang anda lakukan atau katakan akan ditapis melalui mata orang yang melihat dan dikaitkan dengan apa yang mereka rasakan, yang tentunya bukan mengenai anda.

“Terus lakukan apa yang anda lakukan dengan penuh berintergriti dan penuh kasih sayang,” tulisnya dalam bahasa Inggeris.

Meninjau di ruangan komen, pelakon drama My Coffee Prince itu menerima respon positif daripada keluarga, rakan artis dan peminat.

@kissyanick: Terus kuat, angah. Sebagai tokoh masyarakat setiap orang mengawasi awak, apa sahaja yang awak lakukan sedang diperhatikan dan mereka akan menemui titik untuk menjatuhkan awak. Semua doa kami dimakbulkan.

@mamascha_: Allah Maha Mengetahui, Maha Adil, terus kuat angah. Nama awak ada dalam doa saya.

@sakinah_moonah: Saya akan ada dengan awak susah senang okey. Jangan mengalah, saya kenal awak, saya tau apa awak buat, saya tau awak selalu kuat.

@daleryusuf: Orang yang mengenali awak dalam kehidupan sebenar dapat memberitahu awak jenis orang yang bagaimana sebenarnya. Awak rajin, kreatif dan baik. Sentiasa bersedia menolong orang lain. Tidak mengapa kita melakukan kesilapan dan kita belajar darinya. Jaga diri.

Dalam perkongsian itu, Janna atau nama sebenar, Nurul Jannah Munner membiarkan ruangan komen dibuka mengiringi video yang dimuat naik.

Semakan mendapati, video memaparkan aksinya bersama teman lelaki, Dini Azan Schatzman dalam drama yang menggandingkan mereka itu, sudah mengumpul lebih 28,000 tanda suka.

Bagaimanapun, semakan mendapati akaun Twitter Janna masih belum aktif.

Janna membuat laporan polis berhubung dakwaan fitnah, ugutan dan serangan peribadi yang mengaibkan serta merosakkan reputasinya di Malaysia dan di luar negara.

Janna berkata, beliau difahamkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sudah memulakan siasatan bagi mengenal pasti individu dipercayai penyebar fitnah, biarpun mereka dikatakan cuba berselindung di sebalik nama atau akaun samaran.

Bagaimanapun, Janna enggan memberi butiran lanjut mengenai laporan yang dibuat kepada polis.

Sejak akhir-akhir ini, nama Janna ‘panas’ apabila kontroversi tercetus pada 2018 ‘disensasikan’ semula dengan pengacara Melodi itu dituduh mempersendakan kematian bintang K-pop, mendiang Kim Jong-Hyun dan menyamakan anggota kumpulan Blackpink, Lisa Manoban sebagai ‘Lisa Blackpig’.

Mengulangi penafiannya dua tahun lalu, Janna yang mengaku peminat ‘budaya Korea Selatan’ menolak semua dakwaan, malah, pelakon itu bersumpah sambil memegang senaskhah al-Quran.

*Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Electronics Appoints New President for Samsung Malaysia Electronics

Terbongkar! G-Dragon & Jennie BLACKPINK Disahkan Menjalin Cinta Sejak Setahun Lalu