in , ,

Rupanya Ini Sebab Kak Lina Undur Diri Sebagai Hos Gegar Vaganza

Pengacara terkenal, Elly Mazlein atau lebih mesra dengan nama Kak Lina mengundurkan diri sebagai pengacara program All Stars Gegar Vaganza atau GV10.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Astro, pengunduran Kak Lina itu disebabkan hal peribadi dan pihak Astro menghormati keputusan tersebut.

“Dengan rasa berat hati Astro dan Kak Lina (Elly Mazlein) ingin mengumumkan pengunduran Kak Lina dari program All Stars Gegar Vaganza atas hal-hal peribadi. Walaupun berasa sedih, pihak Astro menghormati keputusan yang diambil.
“Pihak Astro ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kak Lina atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza.
“Pastinya para peminat Kak Lina masih berkesempatan untuk menonton personaliti yang disayangi ramai menerusi program-program Astro yang akan datang,”

– Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad.

Sementara itu, Kak Lina turut memohon maaf tidak dapat meneruskan tugasnya untuk mengacarakan program tersebut serta mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokongnya.

“Kak Lina ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong Kak Lina sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza. Sesungguhnya Kak Lina amat menghargainya. 
“Insya-Allah, kita doakan rancangan All Stars Gegar Vaganza terus berjaya dan Kak Lina berharap agar peminat-peminat kekal menyokong semua bintang GV yang bertanding,”

– Kak Lina

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SHILA AMZAH

PA Berang Dipanggil Balaci, Gelar Adik Shila Amzah Gangster Langat

NABILA HUDA

Terbaiklah! Selebriti Popular Sokong Perniagaan Tempatan di Shopee Live