in , ,

Nabila Huda Terpaksa Beli Teleprompter untuk Studio Melodi di Rumah

Siap Beli Teleprompter, ‘Set Up’ Rumah Jadi Macam Studio, Kegigihan Demi Melodi Terima Pujian

Umum mengetahui, pelakon, Nabila Huda telah menggalas tanggungjawab sebagai pengacara Melodi sejak 25 Julai yang lalu. Meskipun terpaksa keluar dari comfort zone, Nabila Huda dilihat cuba sedaya upaya memberikan yang terbaik buat para penonton.

Atas cadangan ramai, lagi sekali saya keluarkan duit beli teleprompter demi #Virtualhosting ! Janji ni last. Dah tak payah suggest apa-apa lagi please. Bahaya! Haha. Jadi equipment i dah complete! Korang tak tengok #Meloditv3 siap eh. Jaga kau eh!

– Nabila Huda

Di Instagram, Nabila memberitahu kepada umum bahawa dia sudah membeli sebuah teleprompter seperti yang disarankan oleh para pengikutnya di media sosial sebelum ini. Tambah Nabila, dengan adanya teleprompter tersebut, sedikit sebanyak dapat membantu urusannya ketika ‘virtualhosting’ nanti.

Nabila Huda Terpaksa Beli Teleprompter untuk Studio Melodi di Rumah

Terdahulu, Nabila memuat naik sebuah video disebalik tabir mengenai proses rakaman Melodi. Menurut Nabila, dia dibantu oleh beberapa orang sahabat termasuk anaknya sendiri iaitu Keisha. Sebagai anak seni, Nabila mahu memberi hasil yang terbaik buat para penonton.

Di ruangan komen, bekas pengacara Melodi iaitu Awal Ashaari memberi nasihat kepada Nabila Huda agar tidak menggunakan teleprompter ketika mengendalikan program tersebut. Ujar Awal, Nabila perlu melakukan banyak latihan dan penonton setia Melodi akan nampak hasil tersebut tidak lama lagi.

Selain Awal, beberapa rakan artis turut memberi pujian kepada Nabila di atas usaha yang dilakukan itu.

Nabila Huda Terpaksa Beli Teleprompter untuk Studio Melodi di Rumah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mendayu! Yuna Suntik Nafas Baru untuk BELLA CIAO Lagu Tema Drama MONEY HEIST

tony fernandes airasia-2020

Tawaran Terbaik untuk Makanan & Barangan Runcit di airasia Super App Sempena 9.9