in ,

Telemovie Hatiku Di Kinabalu

Sebuah telemovie romantik taruhan Astro Citra istimewa di penghujung tahun 2011!

Bertepatan dengan slogan Dunia Sinemaku, Astro Citra sentiasa menayangkan variasi filem dan siri mini tempatan serta filem-filem terbaik tempatan, Asia dan antarabangsa. Istimewa di penghujung tahun 2011 ini, sebuah telemovie berjudul Hatiku Di Kinabalu bakal menemui para penonton pada hari Ahad, 25 Disember 2011 pada pukul 10.00 malam di Astro Citra (Saluran 131).

Telemovie berdurasi 90 minit yang diarahkan oleh MJ Woo ini bakal menyaksikan gandingan lakonan mantap tiga pelakon hebat, Zul Ariffin, Yana Shamsuddin dan Irma Hasmie.

Image003

Pengurus Kumpulan Saluran Filem Astro, Puan Shoba Devi berkata, “Sebagai sebuah saluran yang menjadi destinasi pilihan rakyat Malaysia untuk filem tempatan dan antarabangsa, pihak Astro Citra amat mementingkan kualiti setiap karya yang ditayangkan di saluran ini demi memastikan para pelanggan mendapat kepuasan menonton yang maksima setiap kali berada di hadapan televisyen.

Ini sememangnya penting bagi kami kerana kejayaan saluran ini adalah ditentukan oleh penerimaan positif dan sokongan padu daripada orang ramai yang terus setia bersama Astro Citra selama ini,” ujar Shoba lagi.

Shoba turut menambah, “Selepas kejayaan beberapa telemovie dari saluran ini mendapat pengiktiran dan memenangi anugerah seperti Sanggul Beracun dan Apa Dosaku, para penonton sudah meletakkan suatu penanda aras dan harapan untuk setiap karya yang kami tonjolkan. Kami pula pastinya akan menghidangkan telemovie yang berkualiti dengan menitikberatkan skrip dan jalan cerita, sinematografi serta pemilhan pelakon terbaik untuk meletakkanbya sebaris dengan kualiti sebuah filem.

Hatiku Di Kinabalu mengisahkan Anuar dan Qistina yang jatuh cinta semasa bergelar mahasiswa dan seterusnya berkahwin dan mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Malangnya, Qistina jatuh koma akibat kecederaan serius akibat diragut. Anuar setia menjaga Qistina yang terlantar di hospital dengan sepenuh hatinya. Pada masa yang sama, dia juga menjaga anak perempuannya, Maya.

Keadaan menjadi bertambah rumit kerana Maya semakin membesar. Pada masa itulah Anuar menemui Lara, jatuh cinta cinta dan akhirnya Anuar mengahwini Lara selepas dipujuk oleh ibu bapa Qistina. Kehidupan mereka diteruskan seperti biasa dan mereka terus menjaga Qistina yang masih terlantar di hospital.

Konflik sampai ke kemuncaknya apabila Qistina yang terlantar koma selama 10 tahun akhirnya tersedar. Keadaan ini semestinya merumitkan keadaan Anuar menguruskan keluarga, Lara menjaga hati madunya dan Maya untuk menerima ibu kandung yang selama ini hanya dilihat hanya kaku di atas katil hospital.

Jangan lupa untuk menyaksikan telemovie romantis menyentuh perasaan berjudul Hatiku Di Kinabalu bakal menemui para penonton pada hari Ahad, 25 Disember 2011 pada pukul 10.00 malam di Astro Citra (Saluran 131).

Hati1

Hati2

Hati3

Hati4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Sempena Tahun Baru 2012

Gambar Siti Nurhaliza Tema Madonna