in

Program Sempena Tahun Baru 2012

MERIAHKAN SAMBUTAN HARI NATAL DAN TAHUN BARU BERSAMA TV3!

Setiap tahun, bulan Disember cukup sinonim dengan musim cuti sekolah dan bagaikan tradisi tahunan untuk seisi keluarga meluangkan waktu untuk bersama. Bersempena dengan sambutan Hari Natal dan Tahun Baru yang kian hampir, TV3 turut mengambil peluang untuk sama-sama memeriahkan dan menghiburkan penonton setianya dengan pelbagai aneka rancangan menarik!

Raikan sambutan Hari Natal dan Tahun Baru bermula 24 Disember dengan sajian istimewa pelbagai genre dan sesuai untuk tontonan semua pringkat umur menerusi rangkaian filem-filem hebat seperti The Heartbreak Kid, Ip Man, Wanted, Slumdog Millionaire, 3 Idiots termasuklah drama bersiri fantasi popular The Adventures Of Merlin dan telatah lucu Mr. Bean: Merry X’Mas Mr. Bean.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton telemovie terbaru seperti Aduh Sayang dan Jatuh Cinta serta imbas kembali kisah sensasi dan gosip panas dalam industri hiburan menerusi Melodi Terhangat, Fuhhh! Terbaik dan program majalah berita, Gelombang 2011.

Selamat Hari Natal dan Selamat Tahun Baru, istimewa dari kami di TV3!

CHRISTMAS SPECIAL
Santa Baby 2: Christmas Maybe – Sabtu, 24 Disember, 11.30pagi
Sinopsis: Apabila Santa Claus mengambil keputusan untuk bersara, anak perempuannya mesti memilih sama ada mahu menggantikan tugas bapanya di kutub atau meneruskan kehidupan di dunia luar.
Pelakon: Jenny McCarthy, Mig Macario, Dean McDermott, Lorette Clow, Holly Anne Emmerson, Kris Holden-Ried, Brendan Hunter.

Surviving Christmas – Sabtu, 24 Disember, 5.00petang
Sinopsis: Drew Latham, seorang eksekutif melalui kehidupan yang sunyi, walaupun dikurniakan kekayaan. Menjelang Hari Krismas, Drew berhasrat ingin melawat rumah lamanya yang mungkin dapat mengimbau kembali kenangan Hari Krismas lalu. Namun, rumah tersebut telah diduduki oleh keluarga lain. Drew cuba menawar sejumlah wang yang lumayan kepada pemilik rumah tersebut untuk membelinya. Apakah yang berlaku kemudian?
Pelakon: Ben Affleck, James Gandolfini, Christina Applegate, Catherine O’Hara, Josh Zuckerman, Bill Macy.

TV3 Cinema: The Heartbreak Kid – Sabtu, 24 Disember, 12.30pagi
Sinopsis: Eddie, berusia 40 tahun, memiliki kedai sukan, masih bujang dan tidak yakin untuk menjalinkan perhubungan. Ketika sedang berjalan-jalan, Eddie melihat dompet seorang wanita dicuri namun gagal mendapatkannya semula. Lila, seorang penyelidik alam sekitar seakan sempurna untuknya. Sejak peristiwa tersebut, Eddie dan Lila menjadi rapat dan berkahwin selepas 6 minggu berkenalan. Bagaimanapun, Eddie hanya mengetahui latar belakang sebenar Lila setelah mereka berkahwin. Ketika mereka sedang berbulan madu, Eddie bertemu dengan seorang lagi wanita bernama Miranda. Apakah yang berlaku selepas itu?
Pelakon: Ben Stiller, Malin Akerman, Michelle Monaghan, Jerry Stiller, Rob Corddry, Carlos Mencia, Scott Wilson.

Holiday In Handcuffs – Ahad, 25 Disember, 10.02pagi
Sinopsis: Trudie yang bercita-cita ingin menjadi seorang pelukis hilang pekerjaan sebagai pelayan dan teman lelakinya pada malam Hari Krismas. Selepas beberapa sesi temuduga yang kurang meyakinkan, dia mula merasa tekanan untuk pulang ke rumah bersendirian. Trudie menculik David Martin, salah seorang pelanggan di restoran dia bekerja dan memperkenalkan David sebagai teman lelakinya kepada ibubapanya. David cuba melarikan diri. Namun, apakah yang berlaku seterusnya?
Pelakon: Melissa Joan Hart, Mario López, Timothy Bottoms, Markie Post, June Lockhart, Kyle Howard, Vanessa Lee Evigan.

The Adventures Of Merlin – Ahad, 25 Disember, 10.30malam
Individu misteri, Julius Borden tiba di Camelot membawa berita tentang rahsia magis yang bakal mengancam landskap Camelot selama-lamanya. Beliau berjaya mengesan bahagian terakhir kunci makam Ashkanar, tempat di mana tersimpan harta yang sangat istimewa iaitu telur naga. Merlin berjanji akan membantu Borden. Namun, apakah tujuan sebenar Borden mahukan telur naga tersebut?
Pelakon: Colin Morgan, Angel Coulby, Katie McGrath, John Hurt, Bradley James, Richard Wilson, Anthony Head.

Mr. Bean: Merry X’Mas Mr. Bean – Ahad, 25 Disember, 11.30malam
Sinopsis: Ketika Hari Krismas semakin hampir dan ramai yang mula membuat persiapan, Mr. Bean juga tidak ketinggalan untuk ke pusat membeli-belah untuk mencari pokok Krismas. Namun, pelbagai kejadian yang berlaku. Pun begitu, beliau berjaya mendapat ayam belanda dan pokok Krismas secara percuma! Pada malam Krismas, Mr. Bean turut dikejutkan dengan kehadiran kekasihnya…
Pelakon: Rowan Atkinson.

NEW YEAR SPECIAL
Pearl Screen: Ip Man, Isnin, 26 Disember, 10.00malam
Sinopsis: Penaklukan Jepun di tanah China pada tahun 1937 memberi kesan kepada semua penduduk terutamanya penduduk Foshan, selatan China. Rumah salah seorang guru seni bela diri iaitu Ip Man telah digeledah dan dia sekeluarga telah dihalau dari rumah tersebut. Ketika penjajahan Jepun ini, penduduk tempatan harus menewaskan askar Jepun di dalam latihan bela diri untuk mendapatkan semangkuk nasi. Tindakan Jeneral Miura ini membangkitkan kemarahan penduduk tempatan. Ip Man mahu bertarung dengan 10 orang askar Jepun dalam satu masa dan menewaskan mereka dalam sekelip mata. Ini telah menarik perhatian Miura yang mahu melihat sendiri kehebatan Ip Man dan teknik “Wing Chun”…
Pelakon: Donnie Yen, Simon Yam, Siu-Wong Fan, Ka Tung Lam, Yu Xing, You-Nam Wong, Chen Zhi Hui.

Melodi Terhangat – Selasa, 27 Disember, 6.00petang
Ikuti 10 kontroversi yang menjadi bualan hangat sepanjang tahun 2011! Antaranya kisah dua pelakon jelita, Fasha Sandha dan Nora Danish, pelakon dan pengarah drama “Asmara”, Faezah Elai dan Heykal Hanafiah, cinta Shahz Jaszle dan Maria Farida serta perang Twitter Azwan Ali. Istimewa episod khas ini, penonton akan bersama pengantara yang juga wartawan Melodi, Azwan Azmi, Nik Shafiq Hadari, Nik Zulkifli, Saiful Azmi Jamsari, Dalili Michelle Abdullah Wee dan Nurul Izza Safar.

Fuhhh! Terbaik – Selasa, 27 Disember, 11.00malam
Sinopsis: Episod khas ini akan mengimbas kembali fesyen-fesyen artis tanah air di majlis-majlis anugerah seperti Anugerah Juara Lagu 25, Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah Skrin 2011. Selain itu, muzik video terbaik untuk tahun 2011 dan aktiviti tanggungjawab sosial artis turut dipaparkan. Di dalam Fuhhh! Terbaik ini juga, penonton dapat menyaksikan rumah Awal Ashaari diselongkar oleh wartawan-wartawan Fuhhh!

3 Idiots – Selasa, 28 Disember, 10.00malam
Sinopsis: Farhan Qureshi, Raju Rastogi dan Rancho merupakan pelajar kejuruteraan dan berkongsi kediaman di Kolej Kejuruteraan Imperial. Farhan mengambil jurusan ini kerana permintaan ayahnya sedangkan dia mahu menjadi jurugambar, Raju pula bertekad untuk mengubah nasib keluarganya dan Rancho kerana kegilaannya terhadap mesin-mesin. Suatu hari, Racho jatuh cinta dengan seorang pelajar perubatan, Pia ketika Racho, Farhan dan Raju memecah masuk ke majlis perkahwinan kakak Pia untuk mendapatkan makanan percuma. Dekan universiti, Viru, melabelkan Racho dan kawan-kawannya sebagai “bodoh” dan cuba memecah-belahkan persahabatan mereka…
Pelakon: Aamir Khan, Kareena Kapoor, Boman Irani, Sharman Joshi, Madhavan, Omi Vaidya, Mona Singh.

Mega Movie: Wanted – Jumaat, 30 Disember, 10.00malam
Sinopsis: Wesley Allan Gibson, seorang kerani yang melalui rutin hidup yang membosankan. Wesley selalu dihina oleh bosnya manakala kekasihnya curang di pejabat. Suatu hari, Wesley bertemu dengan seorang wanita misteri bernama Fox yang menyampaikan berita bahawa ayahnya merupakan seorang pembunuh profesional dari kumpulan “Fraternity” dan telah dibunuh oleh Cross, yang membelotkan kumpulan “Fraternity”. Wesley menyedari dia mempunyai kebolehan terpendam dan membuat keputusan untuk menyertai kumpulan yang diketuai oleh Sloan…
Pelakon: James McAvoy, Morgan Freeman, Angelina Jolie, Terence Stamp, Common, Kristen Hager, Marc Warren.

Gelombang 2011 – Sabtu, 31 Disember, 5.00petang
Sinopsis: Gelombang 2011 mengupas pelbagai cerita dalam dan luar negara yang paling mendominasi tajuk utama sepanjang tahun 2011. Dari agenda politik ke kancah sukan dan dari perkembangan ekonomi ke perihal sosial. Antara yang dipaparkan; tsunami Jepun, tragedi tanah runtuh di Madrasah Al-Taqwa, kemelut negara Arab, perkahwinan DiRaja Putera William dan Kate Middleton, perletakkan jawatan oleh Misbun Sidek, kejayaan kontinjen Malaysia di Sukan SEA, penghijrahan Safee Sali ke kelab Indonesia, Pelita Jaya, pilihanraya negeri Sarawak dan banyak lagi.

Cerekarama: Aduh Sayang, 31 Disember, 9.00malam
Sinopsis: Aduh Sayang berkisar tentang Nani dan Shidi, pasangan suami isteri yang dikurniakan dua cahaya mata, Fateha, 4 tahun dan Fayyad, 3 tahun. Sejak mendapat cahaya mata, Nani dan Shidi sering keletihan dan tidak bermaya ke pejabat. Kadang kala ketegangan antara mereka tercetus. Keadaan ini disedari oleh ibu bapa mereka, Latiff dan Ros. Oleh itu, mereka mencadangkan agar Fateha dan Fayyad ditinggalkan bersama mereka selama seminggu supaya mereka boleh berehat. Nani dan Shidi bersetuju lalu Fateha dan Fayyad ditinggalkan bersama nenek dan datuk mereka. Walaupun merindui anak-anak, Nani dan Shidi kelihatan lebih tenang dan bersemangat di tempat kerja kerana mendapat rehat yang secukupnya sejak ketiadaan anak-anak mereka. Namun, mereka dikejutkan dengan berita penjaga rumah asuhan tempat mereka menghantar anak telah ditanggap kerana terlibat dengan sindiket menjual budak…
Pelakon: Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Rahim Omar, Fatimah Abu Bakar.

Remy Ishak Tiz Zaqyah

Remy Ishak Tiz Zaqyah

Istimewa Maher Zain, 1 Januari, 6.00petang
Sinopsis: Kenali Maher Zain secara lebih dekat lagi melalui temu bual eksklusif dan ikuti persembahan istimewa beliau ketika Konsert Maher Zain di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak.

Jatuh Cinta, 1 Januari, 9.00malam
Sinopsis: Manisah tinggal bersama ibu bapanya yang bekerja sebagai penoreh getah dan hidup secara sederhana. Dia sentiasa membantu keluarganya untuk menyara hidup. Badrul, pengasas syarikat terkenal merupakan seorang duda yang tinggal dengan anak perempuannya bernama Tasha. Manisah bukan seorang wanita yang berpendidikan tinggi dan tidak pernah keluar dari kampungnya. Ayahnya mahukan Manisah gembira dan berharap dia akan berkahwin dengan seorang yang kaya. Suatu hari, Badrul kembali ke kampung halamannya untuk menguruskan beberapa projek. Ketika sedang berjalan di kampung, dia terlihat Manisah yang bergelut untuk bangun selepas digigit oleh serangga yang menyebabkan sayur-sayurannya rosak. Badrul membeli sayur-sayuran yang sama sebagai ganti untuk Manisah dan selepas itu mereka menjadi rapat. Apakah yang bakal berlaku kemudian?
Pelakon: Fahrin Ahmad, Eina Azman, Eyka Farhana, Hanez Suraya, Mohammad Hanis, Shukri Yahaya, Idris Mat Diah, Liza Abdullah.

Jatuh Cinta (2)

Jatuh Cinta (4)

Barbie Princess Charm School, 2 Januari, 9.00pagi
Sinopsis: Barbie sebagai Blair Willows, seorang gadis yang setia menjaga ibu dan adiknya walaupun terpaksa mengharungi pelbagai dugaan. Bagi mengubah nasib keluarganya, Blair membuat keputusan drastik menyertai Princess Charm School dengan harapan dapat menjadi Kerabat DiRaja suatu hari nanti.
Pelakon: Diana Kaarina, Morwenna Banks, Nicole Oliver, Brittney Wilson, Ali Liebert, Shannon Chan-Kent.

Slumdog Millionaire, 2 Januari, 5.00petang
Sinopsis: Mengisahkan tentang Jamal Malik, berusia 18 tahun, anak yatim berasal dari kawasan miskin di Mumbai yang bakal melalui perubahan terbesar di dalam hidupnya. Seluruh negara sedang menonton keajaiban Jamal yang hanya perlu menjawab satu sahaja soalan lagi sebelum memenangi 20 juta rupees di dalam rancangan “Who Who Wants To Be A Millionaire?”. Seluruh negara dikejutkan dengan penahanan Jamal kerana didakwa menipu. Jamal terdesak untuk membuktikan dia tidak bersalah, dia mula menceritakan kaitan setiap soalan yang ditanya dengan kisah silamnya…
Pelakon: Dev Patel, Saurabh Shukla, Anil Kapoor, Rajendranath Zutshi, Jeneva Talwar, Freida Pinto.

Pearl Screen: Armour Of God, 2 Januari, 10.00malam
Sinopsis: Jackie pernah bersama Alan dan Laura di dalam sebuah kumpulan muzik sebelum dia dibuang. Namun, Alan kembali mencari Jackie untuk meminta bantuan selepas Laura diculik. Jackie mencuri salah satu pedang lagenda yang terkenal dengan nama “Perisai Tuhan” (Armour of God) dari sekumpulan puak Afrika. Dapatkah Jackie menyelamatkan Laura dari kumpulan pemuja syaitan tersebut?
Pelakon: Jackie Chan, Alan Tam, Rosamund Kwan, Lola Forner, Bozidar Smiljanic, Ken Boyle.

Remy Ishak Tiz Zaqyah

Remy Ishak Tiz Zaqyah

Remy Ishak Tiz Zaqyah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Journey To The West di 8TV

Telemovie Hatiku Di Kinabalu