in , ,

Tahniah! Isteri Fad Bocey Selamat Bersalin Bayi Lelaki Bernama Ibrahim Jibreil

Pagi tadi, pelakon dan juga pelawak terkenal Mohammad Fadzlie bin Mohd Nizam atau lebih dikenali sebagai Fad Bocey telah memaklumkan baru sahaja menimang cahaya mata keempat.

Isteri kepada pelawak terkenal, Fad Bocey iaitu Syaheera Rahman telah selamat bersalin bayi lelaki mereka awal pagi tadi. Berita gembira itu dikongsikan Fad, menerusi akaun Instagram miliknya. Tahniah!

Menurut Fad, isterinya selamat bersalin pada pukul 4.41 pagi tadi. Mereka berdua telah memilih nama yang cukup indah buat bayi tersebut iaitu Ibrahim Jibriel. 

Tahniah! Isteri Fad Bocey Selamat Bersalin Bayi Lelaki Bernama Ibrahim Jibreil

Fad telah mengumumkan khabar gembira itu menerusi laman Instagram miliknya dengan meluahkan rasa syukur terhadap kurniaan yang Maha Esa.

Selain itu, pelawak yang juga ahli kumpulan Bocey ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan segala urusan isteri serta keluarganya dipermudahkan sehingga bayi mereka selamat dilahirkan.

Dia juga sempat meluahkan rasa sayang yang tidak terhingga buat isteri kerana sekali lagi sanggup berkorban demi zuriat mereka.

Tahniah! Isteri Fad Bocey Selamat Bersalin Bayi Lelaki Bernama Ibrahim Jibreil

Rata-rata warganet telah memberi ucapan tahniah kepada Fad dan isteri atas kelahiran cahaya mata itu.

Mereka juga mendoakan agar Ibrahim Jibriel membesar menjadi anak yang soleh dan mendengar kata orang tua.

Terdahulu, pasangan itu bernikah pada 2015 dan dikurniakan tiga orang anak. Anak pertama mereka merupakan pasangan kembar Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan manakala pada 2017 mereka dikurniakan  seorang anak perempuan, Nur Aminah Mishall.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

UBAI

“Ajar Sikit Bini Kau!”- Ubai Anggap Adik Ipar Biadab & Melampau Batas

HONOR X9b 5G

HONOR Malaysia Bakal Lancar Telefon Siri X Terbaharu HONOR X9b