in , ,

HONOR Malaysia Bakal Lancar Telefon Siri X Terbaharu HONOR X9b

Tahan Lasak Semua Sudut, penanda aras baharu untuk kekukuhan telefon

Pada Januari lalu, HONOR X9a berjaya mencipta penanda aras baharu ketahanan dengan Skrin Lengkung Ultra Kukuh OLED. Kini, HONOR bersedia untuk mempertaruhkan keluaran generasi baharu iaitu HONOR X9b. 

Selepas ‘a’, ‘b’ pula melambangkan “beyond tough (jauh lebih kukuh)”, menunjukkan bahawa X9b bakal menjadi juara terunggul dari segi ketahanan dengan Rekaan Ultra Kukuh Setiap Sudut.

Horizontal HONOR X9b Teaser

HONOR X9b – Tahan Lasak Semua Sudut, Penanda Aras Baharu Untuk Kekukuhan Telefon

Direka untuk menjadi lebih kukuh dan lasak, HONOR X9b mempunyai kekukuhan peranti 360°. HONOR berusaha bersungguh-sungguh mencipta ketahanan dengan memperkenalkan Paparan Anti-jatuh Melantun Ultra HONOR bagi memastikan rintangan jatuh yang sewajarnya untuk kedua-dua skrin. 

Ini sekali lagi mengukuhkan komitmen HONOR untuk memberikan pengguna seluruh dunia dengan peranti yang boleh dipercayai dan berkredibiliti berbanding pendahulunya.   

Paparan Anti-jatuh Melantun Ultra HONOR  merupakan Perlindungan Ultra 3 Lapisan serba baharu termasuk perlindungan pengukuhan titik tunggal, balutan kusyen keliling dan perlindungan tertutup rapat, setiap aspek HONOR X9b direka dengan teliti bagi menghasilkan elemen paling kukuh pernah dihasilkan berbanding mana-mana telefon pintar. Dibina untuk tahan lama, HONOR X9b diperkukuhkan dari skrin hingga badan dan bahagian dalaman.

HONOR X9b termasuklah bahan berkusyen yang baharu dan mampu menyerap sehingga 1.2 kali impak jatuhan, kini tidak perlu risau lagi jika telefon anda terlepas daripada genggaman kerana ini sudah menjadi pengalaman zaman lepas. HONOR dapat melindungi anda.

Dengan teknologi Paparan Anti-jatuh Melantun Ultra HONOR ini, HONOR X9b telah dapat memiliki sijil lima bintang rintangan jatuh setiap sudut, dianugerahkan oleh SGS Switzerland. HONOR mencipta satu penanda aras baharu untuk ketahanan dalam industri telefon pintar, dengan menawarkan peranti ultra kukuh serba boleh dan banyak lagi.

HONOR X9b – Revolusi Baharu Dalam Ketahanan  

Nantikan pengumuman terkini yang menggembirakan apabila HONOR bersiap sedia untuk mendedahkan HONOR X9b, tahap baru dari segi ketahanan. Kepada peminat, siap sedia untuk telefon pintar yang serasi dengan anda walau ketika gaya hidup yang sibuk dan sukakan cabaran.

Berita dan maklumat terkini tentang HONOR X9b yang ditunggu-tunggu ramai atau apa sahaja tentang HONOR, sila layari: https://www.hihonor.com/my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FAD BOCEY

Tahniah! Isteri Fad Bocey Selamat Bersalin Bayi Lelaki Bernama Ibrahim Jibreil

MONA ALLEN

Taktik Kotor Akaun Instagram Pro Israel Fitnah Mona Allen Sokong Israel!