in , ,

Sokongan Tanpa Had TM Untuk Harimau Malaya Dengan Prabayar UNI5G

Alami Penstriman Perlawanan 360° Secara Langsung dan Lawatan Stadium Secara Maya melalui 5G

TM hari ini mengumumkan pengalaman digital imersif yang boleh peminat bola sepak tempatan dan penyokong Harimau Malaya nikmatidengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sebagai Rakan Teknologi Rasmi untuk FAM dan Harimau Malaya TM melalui Unifi Mobile telah bekerjasama dengan Kumpulan Syarikat Fresnel untuk merevolusikan pengalaman menonton bola sepak tempatan. 

Dengan inovasi seperti Penstriman Langsung 360° perlawanan dan Lawatan Realiti Maya (VR) Stadium Nasional Bukit Jalil yang dikuasakan oleh 5G para peminat akan menikmati pengalaman yang dipertingkatkan apabila bersorak untuk pasukan kebangsaan di acara Pestabola Merdeka, sama ada di rumah mahu pun di mana sahaja.

Peminat boleh menyaksikan perlawanan antara Malaysia dan India pada 13 Oktober dari pelbagai sudut dalam kualiti 8K yang mengagumkan melalui Penstriman Langsung 360°, didayakan oleh teknologi 5G. 

UMxHM_PrSokongan Tanpa Had Untuk Harimau Malaya Dengan UNI5Gess Release

Pengalaman mengasyikkan ini dibawakan melalui dua kamera 360° yang diposisikan secara strategik di grandstand dan tiang gol Stadium Nasional Bukit Jalil, menawarkan pengalaman menonton yang unik membolehkan peminat menjadi sebahagian daripada aksi perlawanan itu secara maya dan merasai suasana kemeriahan di stadium. Rakyat Malaysia dijemput untuk merasai pengalaman ini dengan menonton saluran YouTube Unifi atau melayari unifi.com.my/harimaumalaya.

Peminat bola sepak tegar juga seharusnya tidak melepaskan peluang ini untuk menjelajah stadium secara VR interaktif, yang boleh diakses secara eksklusif melalui pek permulaan Unifi Mobile Prabayar Edisi Terhad Harimau Malaya. 

Pengalaman unik ini menawarkan peluang kepada peminat untuk menerokai Stadium Nasional Bukit Jalil – stadium kebanggaan Harimau MalayaPeminat akan mendapat akses ke lokasi ikonik di belakang tabir termasuk bilik persalinan dan kemudahan latihan, yang sebelum ini tidak dipamerkan kepada orang ramai. 

Melalui UNI5G peminat boleh merasai keseronokan seolah-olah mereka hadir secara fizikal di sana semuanya dari keselesaan rumah mereka sendiri atau di mana sahaja. 

Shanti Jusnita, Ketua Pegawai Pemasaran, TM berkata, “Kami berbangga dapat bekerjasama dengan FAM dan Kumpulan Syarikat Fresnel dalam menyokong Harimau Malaya dan arena bola sepak tempatanKami sentiasa melihat bola sepak sebagai acara yang menyatukan rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyokong pasukan Harimau Malaya. 

Sebagai pemacu Digital Malaysia, kami berusaha untuk menginovasi pendigitalan bola sepak tanah air dengan membawakan aplikasi dan pengalaman 5G kepada rakyat Malaysia melalui UNI5G.”

Unifi telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah 2023 oleh OoklaⓇ dalam menyampaikan pengalaman video mudah alih terbaik di Malaysia. Ketika negara bersatu memberikan sokongan padu kepada pasukan Harimau Malaya semasa Pestabola Merdeka, para perninat juga disokong oleh penyedia pengalaman video mudah alih terkemuka negara.

Selain itu, menerusi kempen Unifi Mobile Laungan Tanpa Batasan (Unifi Mobile Road Louder). peminat yang mengunjungi khemah Unifi Mobile semasa Pestabola Merdeka dari 13-17 Oktober mempunyai peluang eksklusif untuk merebut Jersi Harimau Malaya Edisi Terhad. Mafla Harimau Malaya, tiket akses umum dan pulangan tunai segera RM5 apabila melanggan pelan Prabayar UNI5G Bulanan Tanpa Had, yang menawarkan Data 4G+5G Tanpa Had, Panggilan Tanpa Had dan Hotspot 5GB-semua dengan hanya RM45.

Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Presiden FAM berkata, “Kami gembira melihat usaha dan hasil daripada kerjasama yang terjalin dengan TM pada ketika iniKami teruja untuk memberikan pengalaman tontonan imersif 360° kepada peminat bola sepak tempatan. Kami berharap dengan menawarkan pengalaman tersebut bersama Pesta bola Merdeka yang telah lama dirindui ini, akan menjadi sesuatu kenangan yang tidak dapat dilupakan.”

Para peminat juga dijemput mengunjungi khemah Unifi Mobile di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 13-17 Oktober untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Unifi Mobile prabayar dan penawaran-penawaran eksklusifnya, layari unifi.com.my/prepaid.

“Unifi merupakan pemenang Anugerah Speedtest Malaysia untuk Pangalaman Video Mudah Alh Terbaik bagi tempoh Q1-Q2 2023. Berdasarkan analisis oleh Cokte terhadap data Speedtest Intelligence untuk Q1-02 2023. Tanda dagangan Ookla digunakan di bawah lesen dan dicetak semula dengan kebenaran

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NAMIRA

Bulan, Runut Bunyi Filem Pagari Bulan Namira Dapat Perhatian Ramai

UBAI

“Ajar Sikit Bini Kau!”- Ubai Anggap Adik Ipar Biadab & Melampau Batas