in ,

“Siapa Kata Saya Muda? Kulit Saya Dah Ada Kedutan Halus” – Sofia Jane

Sebut sahaja nama Datin Sofia Jane, pasti ramai yang mengenali pelakon cantik berdarah kacukan Inggeris itu. Meskipun sudah berusia 50 tahun, namun ibu kepada empat cahaya mata itu tetap cantik dan anggun.

Memetik Kosmo, bagaimanapun Sofia berkata dia tidak merasakan dirinya masih menawan seperti yang diperkatakan netizen.

Meluahkan rasa syukur di atas kurniaan diberikan Allah serta mengakui dia memetingkan penjagaan kesihatan, bagaimanapun Sofia berkata dia tidak suka apabila ditanya mengenai rahsia penjagaan kecantikan yang diamalkan.

“Saya sebenarnya tidak suka menjawab soalan begini walaupun menerima banyak pertanyaan tentangnya dalam Twitter.

“Sebab apa yang bagus pada saya tidak semestinya baik juga untuk orang lain. Saya sudah pun berusia 50 tahun dan anda pula 25 tahun. Bagaimana saya mahu berkongsi rahsia jika tidak sesuai dengan anda?” katanya.

Dalam pada itu, selepas dipujuk akhirnya Sofia mendedahkan dia mengamalkan makanan berasaskan sayur-sayuran (vegetarian) sejak tujuh tahun lalu.

“Saya pengamal sayur-sayuran. Saya sudah menjadi ‘vegetarian’ sejak tujuh tahun lalu. Selain itu saya hanya amalkan perkara asas yang dilakukan seperti orang lain iaitu bersenam dan minum air putih dengan banyak,” katanya.

Seakan menolak pujian mengatakan dirinya masih kelihatan muda, Sofia berkata hakikatnya dia sudah berusia 50 tahun dan wajahnya sudah mempunyai garis-garis kedutan halus.

“Siapa kata saya muda? Kulit saya sudah ada garis-garis kedutan halus. Tapi saya sangat menyukainya. Saya tidak akan kembali pada usia 25 tahun. Hakikatnya saya sudah berusia 50 tahun.

“Saranan terbaik saya, jaga pemakanan dan jalani kehidupan yang sihat dan aktif. Paling penting jangan lupa untuk senyum dengan orang di sekeliling kita,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Aina Abdul Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-29 Hari Ini

Perkhidmatan WhatsApp Tergendala Gara-Gara Masalah Teknikal