in , ,

Perkhidmatan WhatsApp Tergendala Gara-Gara Masalah Teknikal

Aplikasi pemesejan WhatsApp kini dilaporkan sudah dibaik pulih. Tinjauan mendapati penggunaan aplikasi pemesejan itu sudah mula kembali seperti biasa, yang membolehkan pengguna menghantar dan menerima mesej atau menggunakan perkhidmatan lain dalam aplikasi itu.

Aplikasi pemesejan WhatsApp kini dilaporkan menghadapi masalah teknikal, di mana pengguna WhatsApp secara global didapati tidak dapat menghantar dan menerima mesej.

Mula dilaporkan di DownDetector sekitar 3.00 petang, lebih 3,000 laporan mengenai isu tersebut telah diterima. Antaranya adalah melibatkan masalah mengakses aplikasi dan WhatsApp Web serta menghantar dan menerima mesej.

Menjengah di laman Twitter, WhatsApp mula trending dengan lebih 500,000 ciapan telah dimuat naik, sehingga artikel ini ditulis.

Ada yang menyangkakan hanya peranti mereka yang bermasalah sehingga menghidupkan semula (restart) peranti. Tidak kurang juga yang memuat naik meme sehingga menerima ribuan tanda suka.

Menurut ciapan wartawan BBC Shiona McCallum di Twitter, beliau memaklumkan WhatsApp sudah sedia maklum berhubung masalah tersebut.

Pihak WhatsApp juga dalam usaha membaik pulih secepat mungkin isu berkenaan, yang mana sehingga kini telah melebihi satu jam sejak dilaporkan mengalami gangguan teknikal secara global.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SOFIA JANE

“Siapa Kata Saya Muda? Kulit Saya Dah Ada Kedutan Halus” – Sofia Jane

Tony Roma’s Lancar Menu Akhir Tahun Direka Khas Oleh Dato’ Fazley Yaakob