in ,

Penyanyi Aina Abdul Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-29 Hari Ini

Penyanyi terkenal Aina Abdul nampak begitu gembira meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-29 hari ini.

Ternyata ramai sekali peminat meraikan hari jadi penyanyi Aina Abdul yang menyambut hari kelahiran yang ke-29 pada hari ini.

Aina yang popular dengan lagu Sumpah, berkongsi tentang hari istimewanya menerusi Instagram buat para peminat.

“Birthday girl gembira nak makan hari ini!” tulis Aina sebagai kapsyen ringkas menemani beberapa foto gembira yang dikongsi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan selamat hari lahir untuk Aina dan mendoakan kebaikan buatnya.

Dihujani Ucapan Peminat

“Happy Birthday Aina.

“Happy birthday Queen Aina! Semoga terus sukses, fly high!

“Moga makin terbang tinggi, happy birthday.

“Happy Birthday Aina Abdul semoga terus sukses dan terus menyanyi untuk kami semua,” antara coretan netizen.

Semoga karier Aina Abdul terus berkembang dan semakin sukses!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netizen Sokong Dato’ Seri Vida Tidak Kisah Cik B Potong Rambut Persis Lelaki

SOFIA JANE

“Siapa Kata Saya Muda? Kulit Saya Dah Ada Kedutan Halus” – Sofia Jane