in , ,

Sensasi, Apa Yang Sensasi Sangat Tu?

Jenuh Budiey menunggu siaran langsung rancangan TV Sensasi di TV3 Selasa lalu, namun yang ada di kaca TV hanyalah siaran ulangan Anugerah Juara Lagu 21.

Apa sudah jadi dengan Sensasi? Ada masalah teknikal kah? Tetamu tak datangkah? Awal Ashaari demamkah atau Intan Suraya tak sihatkah? Persoalan terjawab apabila saya mendapat tahu dari akhbar utama menyiarkan program Sensasi tidak lagi disiarkan secara langsung. Ini berikutan daripada isu kata-kata tetamu jemputan Rosnah Mat Aris dalam satu sesi yang menyentuh sensitiviti agama Islam tentang usia Siti Khadijah, isteri Nabi Muhammad SAW.

357933405 0Ae989Efbe O | 4
Awal Ashaari: “Manalah dia tetamu tak sampai-sampai lagi ni. Sensasi dah nak start dah ni, nasib baik bukan siaran langsung. Ok jugak tu. Kalau aku tersasul nanti, bolehlah cut dan ulang sekali lagi. Hehe!” -Sumber foto: budiey.com

Dikhabarkan rancangan yang menerima rating yang agak tinggi itu telah ditarik balik dengan serta merta oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Sebelum ini pada 2 Februari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta salinan asal program Sensasi untuk dikaji sebelum mengambil apa-apa tindakan.

Atas kesalahan pihak TV3 gagal mengambil langkah menyunting serta mengawal kandungan yang tidak relevan apatah lagi berkait rapat dengan isu sensitiviti umat Islam. Maka wajar sekali, rancangan ini tidak dibuat secara live dan disiarkan dalam siaran rakaman tertunda.

Pendekatan ini wajar dijadikan panduan untuk program TV yang lain. Walaupun asyik berhibur dan berjenaka, penonton dan pengelola rancangan perlu peka dengan mentaliti dan juga isu-isu yang tidak sepatutnya diketengahkan.

Pihak stesen TV juga janganlah terlalu mengejar rating tertinggi sehingga menimbulkan isu-isu yang tidak kita ingini berlaku.

Seperti kata-kata, “Tua ke tidak tu? Dah nak mampus ke tidak??? dikatakan menjadi ayat yang menimbulkan satu rasa tidak hormat apatah lagi ianya ditujukan kepada orang yang sangat mulia. Apa pendapat anda pula tentang isu ini?

Saya kira TV3 sudah mengambil langkah yang bagus dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Diharap juga pisang tidak berbuah dua kali.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Camelia | 25

Profile Penyanyi Camelia

Muid Latif | 26

Selamat Hari Jadi Muid Latif!